Saturday, November 26, 2011

Benarkah kewujudan Polip, sebelum kwujudan manusia???

Apakah Itu Bangsa Polip?
Adakah anda tahu berkenaan bangsa Al-Hin yang dikatakan wujud jutaan tahun sebelum kewujudan manusia? Jika ya, Bangsa Polip juga adalah sedemikian. Bangsa ini juga telah dikatakan muncul jutaan tahun sebelum bangsa manusia wujud di muka Bumi Allah ini. Bangsa Polip juga sama sebagaimana bangsa Al-Hin iaitu mereka bukanlah daripada kalangan bangsa jin, malaikat apatah lagi manusia. Mereka adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang lain sebelum manusia di tempatkan di muka Bumi ini sebagai Khalifah.
Dikatakan rupa jasad Bangsa Polip adalah sama sepertimana manusia namun mereka mempunyai ciri khas di belakang badan mereka iaitu sepasang sayap untuk mereka berterbangan. Istilah zaman sekarang manusia bersayap disebut sebagai Pari-Pari. Namun ada juga yang berkata bahawa Bangsa Polip bersayap dan berkaki banyak namun bertubuh manusia. Perbezaannya hanyalah pada kewujudan sayap di belakang badan dan kakinya yang banyak berbanding manusia. Wallahualam.
GAMBAR SEKADAR HIASAN: Apakah begini rupa Bangsa Polip?
GAMBAR SEKADAR HIASAN: Atau apakah begini rupa Bangsa Polip?
Malahan terdapat pendapat mengatakan bahawa Bangsa Polip ini diciptakan terlebih dahulu daripada bangsa jin. Merekalah Khalifah di muka Bumi sebelum bangsa mereka dihapuskan akibat kemaksiatan mereka pada Allah. Namun demikian, terdapat pula hujah yang bertentangan yang berpendapat bahawa Bangsa Polip ini telah musnah akibat peperangan mereka dengan bangsa manusia. Dalam erti kata lain bangsa manusia dan bangsa polip pernah berinteraksi antara satu sama lain. Wallahualam.

Daripada sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim. Antara 10 perkara di bawah, mana satu daripadanya boleh datang terlebih dahulu atau kemudian. Maknanya tanda² kiamat ini tidaklah datang menuruti turutan.
Daripada Abu Tufail bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata; "Telah datang Rasulullah S.A.W sewaktu kami tengah sibuk membincangkan masalah hari kiamat.
Baginda berkata; "Apa yang sedang kamu bincangkan ini?"

Kami menjawab; "Kami tengah membincangkan hari kiamat."

Baginda berkata; "Oh, kiamat itu belum terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda."

1. Datang asap yang membuatkan kabut seluruh dunia.
2. Datang Dajjal.
3. Keluar binatang.
4. Matahari terbit dari tempat terbenamnya.
5. turun Al-Masih Isa bin Maryam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
7. terjadi gerhana di tiga tempat iaitu di sebelah timur.
8. gerhana di belahan bumi sebelah barat.
9. gerhana di jazirah Arab.
10. Keluar api dari bawah tanah Eden yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.
[Riwayat Muslim]

Kita fokuskan sahaja salah satu daripada tanda² kiamat itu seperti yang di bawah ini:


KELUARNYA BINATANG MELATA DARI BUMI
"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami." [Al Naml;82-]

Daripada Abdullah bin Amr,bahawa Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yang satu lagi akan segera menyusul."
Ketika keluarnya binatang itu nanti, dia akan bercakap dengan manusia.
Al Suddi berkata; "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama selain Islam tidak benar dan tidak diterima Allah. Ada yang mengatakan binatang itu akan bercakap kepada manusia menerangkan jahatnya kelakuan mereka. Ata' Al Khurasaniy berkata; "Binatang itu akan mengatakan pada manusia dengan kata2; "Sesungguhnya manusia tidak percaya bahawa kami akan didatangi menjelang terjadinya kiamat."
Al-Qurthubi berkata; "Binatang itu akan berkata, "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami." Ada banyak riwayat tentang sifat dan ciri binatang itu. Ada yg mengatakan panjangnya 60 hasta. Ibnu Juraij berkata; "Binatang itu kepalanya seperti lembu, matanya seperti khinzir, telinganya seperti gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, leher seperti burung unta, dadanya seperti dada singa, warna seperti harimau, rusuknya seperti kucing, ekor seperti kibas dan tinggi seperti unta."
Apapun, cerita² itu tidak mudah diterima akal. Saya juga menyarankan agar tidak terlalu mempercayainya kerana tidak dijumpai dalam hadis mutawatir mengenai ciri² haiwan melata yang seperti itu.
Membaca perkara ini membuatkan saya teringat akan satu kajian daripada penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai 'Penghuni Bumi Sebelum Manusia'. Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yang berbeza-beza di muka bumi ini sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala seperti burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yang memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat manakah kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam..
Dalam Al-Quran hanya menerangkan ciri² binatang yang keluar itu nanti tahu berkata² dengan manusia. Selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).
Maka apakah maksud binatang melata yang akan keluar pada akhir zaman ini nanti merupakan bangsa² makhluk berakal yang pernah Allah ciptakan sebelum kejadian manusia diciptakan di muka Bumi seperti Bangsa Al-Hin dan Bangsa Polip?
Namun yang demikian sesungguhnya masih belum ada bukti kukuh yang mampu menunjukkan bahawa kebenaran kewujudan makhluk² yang kita bincangkan ini. Apakah mereka benar² wujud atau hanya sebuah lagi mitos yang diciptakan untuk tujuan tertentu. Apatah lagi hadis di atas menyebutkan bahawa makhluk yang mampu berkata² dengan manusia itu kelak adalah binatang. Maka amat sukar untuk ditentukan kewujudan makhluk² ini sepertimana yang sedang kita bincangkan. Sesungguhnya berpegang teguhlah pada Alquran dan Hadis Rasulullah untuk keselamatan dunia dan akhirat. Maka ambil ringanlah terhadap perkara yang tidak disebutkan dalam Alquran dan Hadis. Wallahualam.
Tambahan
~ Jika di barat, manusia bersayap kini lebih dianggap sebagai malaikat.
~ Apakah juga makhluk Al-Hin itu sebenarnya adalah Bangsa Polip ataupun Bangsa Poppy, cuma tinggal hanya diberikan gelaran yang berbeza-beza? Terdapat satu penceritaan yang mengatakan bahawa Al-Hin adalah sebuah suku kaum daripada bangsa Poppy. Namun siapakah Polip masih lagi kabur.
WALLAHUALAM~

Thursday, November 3, 2011

PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH ~~~

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. 
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. 
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. 
Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda. 
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.

Monday, June 13, 2011

KeTenanGan MuLa MenDekaTi


Kadangkala,
kita menangisi sebuah kehilangan,
seolah-olah kita tidak lagi punyai apa-apa
tapi benarkah kita telah hilang segalanya?


Tika malam terasa sepi
 Tika bulan seakan memingir diri
Tika sang unggas seolah tak sudi menyanyi
Tika si kunang bagai enggan bercahaya lagi
Tika manusia semakin menjauhi
Tika ketenangan beransur pergi
Tika harapan tersimpul mati
Tika hidup umpama tiada erti semuanya datang silih berganti.


Hidup ini umpama roda
Adakalanya kita berjaya
Adakalanya kita kecewa
Adakalanya suka
Adakalanya duka
Adakalanya kita bahagia.
 Adakalanya kita derita.


  And Sometimes,
I want to open my hijab,
and show the world,
that I too,
am beautiful in the people's definition.


Namun menutup aurat satu syariat,
   Kepada agama kita taat,
  Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
  Di dunia selamat, di akhirat hebat.
  ....Wallahu`alam....


Saturday, June 11, 2011

Alangkah Indahnya Dunia Bersama Dengannya MeLangkah Bersama


Hari ne kami sedondonkn...sama cantik sama padan...huhuhu...kami bjlan utk hilangkn stress 
nak final da 1week later...jalan2 p karaoke...men bowling, ngok wayang, bgambar2 jew...malas maw tperuk kat kamsis..
3 tahun da aq kenal ariff...semoga aLLah takdirkn kami dciptakan antara satu sama lain...amin...bnyk orang kata kami serupa, mcm adik beradik jew...huhuhu, yekew???!! Tapi dunia kami berbeza, dia dlahirkn disebuah kuarga yg agak stabil dan bhgia, baik dari segi pndidikan, taraf hidup, dn hal2 agama...dan kuarganya erat antara satu sama lain...dan Aq, punya kuarga yg mna ibuku da meninggal sewaktu aq tingkatan2, dan sebuah ayah yang berada ceruk jauh dari ibu kota bersama kuarga barunya...tp aq bersyukur masih punya abg2, kakak2,  adik2 serta nenek dan yg lain yg mampu mengisi masa ku bertemankn bhgia bersama mereka disamping...
Buat terakhir kalinya, kami berjalan bersama selepas 2 minggu
Tamatnya exam berlangsung....alhamdulillah semoga apa yg di usahakn selama ini membuahkan hasil yg lumayan...insyaallah...
Dia selalu ada disampingku, memberi kata semangat ntuk aq trus bangun dan jgn leka...belajar dan terus belajar...kerana ilmu e2 sukar dikuasai dan mesti dipelajari...kerana ilmu kita akan Berjaya...tp jgn leka dengan ilmu dunia...ilmu akhirat, perlu di amalkan juga...buat yg wajib...pasti e2....akhirnya pengajian ntuk diploma uda gak ku habiskn...huhuhu...tunggu result degree kuar bulan 7 nti....harap2 dapatla gak...aminnnnn..

Thursday, June 9, 2011

Bersabar atas Kehilangan


alt
Dalam mengharungi perjalanan hidup di dunia ini, pasti ada cabaran serta dugaan yang harus kita hadapi.. Ujian kehilangan harta benda, ahli keluarga serta para sahabat merupakan antara ujian yang sangat berat untuk ditanggung, apatah lagi jika tiada sesiapa di sisi untuk sama-sama menemani kita menempuh ujian ini..
Bagi orang yang beriman, kehilangan sesuatu yang disayangi merupakan sesuatu yang akan diberikan ganjaran yang besar, lebih-lebih lagi jika ianya disertai dengan sabar dan redha..
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155 hingga 157 menerangkan perihal mereka ketika mana ditimpa ujian seperti ini.. Kalimah "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun" menjadi pengubat hati mereka.. Tidak hairanlah jika Allah menjanjikan kepada mereka selawat dan rahmat serta menyifatkan mereka sebagai orang yang mendapat petunjuk..

Namun ini bukanlah bererti penghujung hidup buat individu yang beriman akan kewujudan hari akhirat.. Mereka yakin, jika bahagian mereka dikurangkan di dunia, mereka pasti akan dilebihkan ganjaran di akhirat kelak..
Tidak seperti orang yang tidak beriman yang merasakan ianya adalah titik penamat kepada kehidupan di dunia.. Hati mereka akan memberontak dan membenci seluruh kehidupan mereka serta menganggapnya sebagai sia-sia.. Sebagai natijahnya, kehidupan mereka akan dilalui dengan melakukan perkara-perkara yang terkutuk, dan lebih parah lagi jika diakhiri dengan perbuatan bunuh diri..
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami (Allah) akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh itu". (S. Al-Ankabuut: 58).
Untungnya orang beriman.. Sehingga Nabi pun takjub dengan perihal orang mukmin.. "Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya.." Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Doa dan zikir.. Itulah pengubat hati mukmin dikala lara.. Allah akan bersama orang mukmin yang sabar dan redha.. Kehilangan sesuatu yang disayangi sedikit pun tidak memberi kesan kepada iman mereka terhadap Allah.. Malah kadangkala bertambah-tambah pula iman dan taqwanya.. Baginya harta di dunia ini terlalu sedikit dan tidak bernilai jika hendak dibandingkan dengan nikmat di akhirat kelak..
Segala khazanah langit dan bumi ini milik Allah.. Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan merampas semula dari siapa yang dikehendakinya.. Jika orang kafir di muka bumi ini pun diberi kekayaan yang melimpah ruah, apatah lagi hamba-Nya yang beriman dan bersabar atas ujian-Nya..
Tidak mustahil bagi Allah untuk menggantikan kehilangan harta kita dengan perkara yang lebih baik dan lebih besar nilainya.. Cuma yang menjadi misteri sekarang adalah bilakah waktunya.. Sama ada di dunia yang bersifat sementara ini, ataupun di akhirat yang tiada penghujungnya nanti.. Sebagai individu yang cerdik, pertimbangkanlah.. Mana satukah yang lebih menguntungkan =)
Wahai mukmin.. Bersabarlah.. Tenangkanlah diri.. Pupuklah sifat redha di hati.. Semoga Allah beri kita kekuatan diri dan ketabahan jiwa dalam menelusuri rasa kehambaan sepanjang perjalanan hidup ini.. Semoga bermanfaat..

Apa Khabar Jodohku???

alt
Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

saKit HATi TuLAnG sEnDiri


WANITASiapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKIKamu!!!
WANITAMenurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
altv
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan  masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!"LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITAtidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: belum
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....
Nota Kasih Sayang :
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu,jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah,  apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?