Friday, December 21, 2012
Monday, December 17, 2012
Saingan Mesin Pencari Google Ternyata Ada di Cina
Di banyak negara, Google adalah mesin cari internet terpopular yang tiada tanding. Namun di China, mereka kalah telak dari mesin cari lokal, Baidu.
Pendiri Baidu adalah sosok muda bernama Robin Li. Lelaki yang berumur 44 tahun ini berhasil mendulang kekayaan senilai USD 10,2 miliar berkat kejayaan Baidu.
Siapakah Robin Li? Ia lahir di kota Yangquan, Provinsi Shanxi, Cina. Kedua orang tuanya pekerja pabrik, dan Li sebagai anak keempat, satu-satunya anak lelaki dari lima bersaudara. Minatnya pada dunia teknologi tampak saat bersekolah di Sekolah Tinggi Yangquan, dan memperoleh nilai tertinggi kedua saat ujian masuk.
Tahun 1987 saat mengikuti ujian masuk Pendidikan Tinggi Nasional, Li mendapat nilai tertinggi hingga akhirnya bisa kuliah di Universitas Peking mengambil jurusan Manajemen Informasi. Dia juga kuliah di Amerika Serikat di University at Buffalo.
Tahun 1994 ia membantu mengembangkan program untuk edisi online The Wall Street Journal, selain bekerja juga pada peningkatan algoritma untuk mesin pencari. Dari sinilah cikal-bakal pembangunan mesin pencari Baidu, yang dibangun bersama koleganya Erix Xu pada tahun 2000.
Dalam dua belas tahun sejak mendirikan Baidu pada Januari 2000, Li telah mengubah perusahaan tersebut menjadi mesin pencari terbesar China, dengan lebih dari 80% pangsa pasar dengan permintaan pencarian, dan mesin pencari terbesar kedua independen di dunia.
Robin Li adalah tipe pekerja dan pembangun sejati. Melakukan pekerjaannya dengan semangat, perlahan-lahan membangun dengan kesabaran. Penuh dedikasi atas apa yang dikerjakannya.
Memiliki mimpi setinggi langit memang bagus bila kita punya cara untuk mewujudkannya. Namun, bermimpi soal ide besar sambil terus membual tanpa langkah nyata, lupakan saja. You'd better think small and grow...
Friday, December 14, 2012
Bingkisan Dari Sahabat
hm, tu lahh salah satu kebaikan atau
kelebihan tarikh hari ini. jadinya. jgn lupa baca yaasin k malam nih :)
banyak maksud yang tersirat .
nampak tak bas tu ?? dia langgar pokok.
huuhuu. ni bas Rengit yg hari2 aku naik. nak ke fakulti. fakulti jauh
kan,jadinya kena laa naik bas. huhuuhuuu. bukan bas RINGGIT taw ! haha./ RENGIT ! hmm, satu bencana pada hari ni.
okay , kita g ke bencana seterusnya.... berlaku kat kolej aku sendiri iaitu KOLEJ AMINUDDIN BAKI.
kolej tercinta uollss ~ hehehe :D berlakunya litar pintas dan
menyebabkan kebakaran kecil kat K5A aras 3. blok lelaki la tapi..
huhuuu. mangsa yang terkorban adalah SPENDER yang dijemur ditempat tv
tuh. hakhakhak. itu lawak ! :D :D tgok gambarnya kat bawah. agak teruk
gak laa.
habis sofa ngn tv tuh. rentung dibuatnya. huuuhuu.
kenampakan asap dari sudut atas. teruk kan ? ishh3 >.<
okay lahh, lastly... ade sedahan pokok
tumbang depan pintu gate utama ukm. huhuhuu. yang peliknyaa, bende tu
berlaku pada hari yang sama iaitu hari ni lah 12.12.12.
Thursday, December 13, 2012
Kenali Dinar dan Dirham Kelantan, Matawang Syariah
Apakah Matawang Syariah?
Matawang syariah adalah Dinar Emas dan Dirham Perak. Matawang ini pernah digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Apakah Dinar?
Mengikut piawaian khalifah umar al-khattab, Dinar diperbuat daripada emas 22karat (917). Nilai satu Dinar pada zaman Rasulullah bersama dengan seekor kambing. Nilai Dinar Kelantan pula adalah RM581 pada tarikh pelancaran iaitu 12 Ogos 2010.
Apakah Dirham?
Dirham pula diperbuat daripada perak tulen (999) dan nilai satu Dirham pada zaman Rasulullah boleh membeli seekor ayam.
Bilakah Dinar Dirham Kelantan dilancarkan?
Pada 12 Ogos 2010 oleh Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk :
1. menyempurnakan ibadah zakat,
2. bayaran mas kahwin,
3. simpanan.
4. Bonus dan hadiah
Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
Dimanakah Dinar dan Dirham Kelantan boleh didapati?
Sila hubungi Wakalah Utama / wakil pengedar untuk maklumat lanjut. Dan untuk mengetahui harga semasa sila ke www.dinarkel.com
Apa kaitan Dinar dan Dirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.
Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada: Surah Imran (3):75 yang bermaksud
Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi
Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar dan Dirham?
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham.
Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul S.A.W?Contoh penggunaan dinar oleh Rasul S.A.W.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata:
Contoh penggunaan dirham oleh Rasul S.A.W
Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.
Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59:
Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.
Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g;1 Dinar Kelantan pula 4.25g.
Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.
Matawang syariah adalah Dinar Emas dan Dirham Perak. Matawang ini pernah digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
Apakah Dinar?
Mengikut piawaian khalifah umar al-khattab, Dinar diperbuat daripada emas 22karat (917). Nilai satu Dinar pada zaman Rasulullah bersama dengan seekor kambing. Nilai Dinar Kelantan pula adalah RM581 pada tarikh pelancaran iaitu 12 Ogos 2010.
Apakah Dirham?
Dirham pula diperbuat daripada perak tulen (999) dan nilai satu Dirham pada zaman Rasulullah boleh membeli seekor ayam.
Bilakah Dinar Dirham Kelantan dilancarkan?
Pada 12 Ogos 2010 oleh Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk :
1. menyempurnakan ibadah zakat,
2. bayaran mas kahwin,
3. simpanan.
4. Bonus dan hadiah
Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
Dimanakah Dinar dan Dirham Kelantan boleh didapati?
Sila hubungi Wakalah Utama / wakil pengedar untuk maklumat lanjut. Dan untuk mengetahui harga semasa sila ke www.dinarkel.com
Apa kaitan Dinar dan Dirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.
Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada: Surah Imran (3):75 yang bermaksud
"Dan di
antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan
sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan
sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau
amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu
kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana
mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai
orang-orang yang Ummi", dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap
Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)."
"Dan
(setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah,
iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang
yang tidak menghargainya."
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham.
Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul S.A.W?Contoh penggunaan dinar oleh Rasul S.A.W.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata:
"Sesungguhnya
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli
seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam
dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu
dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi
Shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam
mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan
untung juga"
( Riwayat Abu Dawud [2810] dan at-Tirmizi [1/287])
( Riwayat Abu Dawud [2810] dan at-Tirmizi [1/287])
"Abu Salamah
menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar
Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk
para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah
bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak."
Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu,
berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua
puluh dirham."
(Riwayat Imam Muslim)
(Riwayat Imam Muslim)
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.
"Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu"
(Riwayat Imam Muslim)
Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut
merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh
perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang
lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji,
Jumu'ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah
urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar
melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan
ekonomi.(Riwayat Imam Muslim)
Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.
Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g;1 Dinar Kelantan pula 4.25g.
Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.
Kahwin Muda Jangan Ingat Mudah!!!
Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..
Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!
Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan.
Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:
"Wahai
sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut
dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan
mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih
menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu,
maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah "pemuda-pemuda" di situ
ditekankan sebagai galakan agar disegerakan perkahwinan pada umur yang
masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur 40 tahun, dan ada
yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian, sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati dan iman!
Pertama: Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.
Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.
Firman Allah SW
"sesiapa
yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(Surah at-Talaq ayat 2)
Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL
untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika
perlu berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati
pandangan mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh
dipercayai). Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai
seseorang melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan
besar), lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah
perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama
Islam.(Surah at-Talaq ayat 2)
"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",
"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",
"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.
Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah SAW sebagai peringatan:
"Orang Islam
itu ialah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya
(kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".
(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)
Secara kesimpulannya, pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH,
jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan
mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka
teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan
dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)
Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya semata-mata..
Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."
Wallahu Anta A'lam
Rahsia Purba Atasi Perut Buncit
Walau pun mungkin hanya gurauan bagi mereka,
tetapi dalam hati anda, hanya tuhan saja yang tahu!
Ia memang rahsia, dan ianya telah disimpan selama 100 tahun. Namun,
anda adalah pembaca bertuah kerana saya akan bongkarinya khas untuk
anda. Rahsia ini berkaitan dengan bagaimana mengatasi masalah perut
buncit. Ya, rahsia purba tentang mengatasi masalah perut buncit.
Anda senyum? Tidak mengapa.. Jika hanya 'disebut' sahaja membuat anda tersenyum, bagaimana pula jika anda berada di kalangan mereka yang memiliki perut yang buncit. Anda pula yang akan mendapat 'senyuman' daripada orang sekeliling anda. Walaupun anda memakai baju mengikut ukuran badan anda, namun kadang kala masalah perut buncit masih lagi kelihatan. Malah lebih menyedihkan anda ada yang menerima perlian daripada rakan-rakan.
Jika lelaki akan menerima perlian...
"Besar pouch bag awak.. apa isinya?".
Kalau perempuan pula lagi segan..
"Mengandung lagi ke? Aikk.. cepatnya"
Siapa tak malu jika memiliki perut yang buncit ni. Jika perut buncit tapi bawa Ferrari, itu lain cerita.. tapi jika perut buncit sebab nafsu makan yang luar biasa. Ada sesuatu di depan mata yang menyedapkan semua pasti di 'kebas'. Itu yang susah tu.
Tapi usah risau. Kali ini, saya akan muncul sebagai penyelamat walaupun saya tahu 95% mereka yang membaca rahsia ini hanya membaca sahaja dan tidak melakukan, lagi 4% akan melakukan selama 3 hari sahaja dan lagi 1% ... agak saya lah, mereka teruskan selama 2 minggu. Agakkan saja saja ya,
Apa pun saya rasa anda tidak lah begitu. Saya yakin, anda seorang yang berjiwa kental, kekal dengan matlamat mahu memusnahkan perut buncit anda tersebut. Namun, ianya ianya tidak akan berguna sekiranya anda tidak bermula dengan tindakan yang positif.
Takkan hilang perut buncit jika anda masih terus duduk di hadapan sofa sambil minum coke. Sia-sia jika hanya berharap sekadar keinginan semata-mata. Jawabnya sampai ke tahun hadapan perut anda masih akan mara ke depan.
Semoga tips step by step ini berguna untuk anda. Saya mengharapkan agar anda tergolong dalam golongan 1% iaitu orang yang melakukan. Orang yang mempunyai keinginan yang kuat dan dibuktikan dengan perbuatan.
Berikut adalah tips rahsia purba bagaimana untuk menghilangkan perut buncit.
Step 1 : Kempiskan perut buncit
Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. "Tapi, saya tak ada duit untuk ke Gym bro.. bagaimana?"
Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up. Itu juga salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang lebih best ialah sit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda.
Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukan planking selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli dengan planking. Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah bukan?
Step 2 : Bakar lemak perut buncit
Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada suku. Boleh kan? =)
Saya akui ia agak sukar. Namun ianya lebih perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik. Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda.
Step 3 : Nyahkan/ Buangkan perut buncit
Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit.
Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya.
Step 4 : Mengtong sampahkan perut buncit
Makan lebih banyak makanan yang mempunyai 'whole grain'. Apakah whole grain ini? Contoh makanan 'whole grain' untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)
Saya akui harganya memang sedikit mahal TETAPI apa lah salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama, kereta mahal. Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan yang lebih baik kan.
Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan.
Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa. Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat 130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan..
Selamat mencuba!^^
The Three Symbol in IsLam
Islam has set forth the roots of its founding, the righteous path that will lead man to find what will calm his heart and mind. The path that will takes man to a new different level of self. Which will brings him to new kind of views and perspectives. People who has taken Al Quran and Sunnah as their guidance, may prosper in life and find peace in their heart.
To establish man's faith in Islam, man's first mission is to plan a tree and set the root or foundation so strong that any obstacle that may set forth, he will still stand and be strong. Here, the root of tree may refer to man's aqidah and man's knowledge in life. These is the main foundation to set man to a true and guided path where God has already laid them.
In general, as you probably already know, Iman is referred to as a root of tree and Islam as its trunk/branches while akhlaq referred to the fruits/flower. Same goes to parable which Muslim can be preferred to as a tree, the tree of Islam.
Ibn 'Umar reported: "The Prophet pbuh said:
"There is a
kind of tree whose leaves do not fall and it is like the Muslim. Tell me
what it is.' The people mentioned different kind of desert trees ...
and I said to myself, 'It is the date palm tree,' but I felt too shy to
speak up. Then the people said, 'Tell us what it is, O Messenger of
Allah.' He said: 'It is the date palm tree.".
(AlBukhari, 60)
This is the tree to which Allah likens the believer because it is
good in all aspects, it is lasting and it offers different kind of
benefit.(AlBukhari, 60)
Islam and Muslims had been up until the middle of the 18th century like a magnificent tree, with strong branches and verdant twigs, glowing with vigor, freshness and splendour, and bearing with abundance the most scrumptious of fruits.
Now we have passed the ages where the trees were used to be full of good branches and delicious fruits on its twig. Muslim nowadays are just normal man that has no direction, their path to glory have slowed down little by little. Let's face it, population of Muslim in the world is nearly two billion people as of today. Our brothers in Syria, Palestine, Iraq, Thailand and many more are suffering because of the violence that other people created. Probably because of hatred. Nevertheless, let me ask this one question. Out of two billions of Muslim, how many of us are in straight path?
How many of us wishes to see the glory of Islam once again? How many of us wishes to participate in it?
If we were to unite as one, one ummah, we have created a strong base, a strong foundation to fight these people who has the hatred against Islam in their heart and to those who are astray. These line (ummah) are the trees combined that could set a barrier that will stop and prevent all the bad and awful stuff that has been happening to our brothers and the religion itself.
Please keep in mind, to have a strong base or foundation, we need to remember the roots of Islam is Iman and good akhlaq, without it, the structure of the tree is merely nothing. Easy to crumble when facing the enemy.
Trees (Islam) can give man a huge and valuable lesson about life. Man relied heavily on the structural lesson of the tree. However we choose to ignore. Ignore the fact that, trees lived longer than man and has seen and experience the nature of human and also earth. Other than that, same goes to a Muslim, Muslim can really and eventually change the world with their knowledge guided by the Quran and Sunnah.
"Have you
not considered how Allah presents an example, [making] a good word like a
good tree, whose root is firmly fixed and its branches [high] in the
sky?. It produces its fruit all the time, by permission of its Lord. And
Allah presents examples for the people that perhaps they will be
reminded."
(Surah Ibrahim Verses 24-25)
Principles and values, spiritual and moral development is the strong
roots in the Muslim community. While the Muslim communities are
encourage to face challenges and changes of life independently like a
tree branches that grow so well independently until lifted high into the
sky.(Surah Ibrahim Verses 24-25)
We must overcome the challenges and any changes that might effect our minds to be a good Muslim in the future. We must rely on Allah in any problems that we faced. Also not to forget, to use Al Quran and Sunnah as the source of guidance. Wallahualam.
Si Bijaksana Dan Si Inventor
Luqman Hakim adalah seorang genius yang disebut dalam al-Quran. Kisah beliau diabadikan dalam sebuah surah bernama Luqman, yang mengandungi 34 ayat.
Tuhan memaklumkan dalam ayat 12 surah Luqman,
"Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)."
Apakah itu hikmah? Hikmah sering dikaitkan dengan sifat arif dan bijaksana. Ia dimiliki oleh orang berilmu, namun tidak semua orang berilmu memilikinya.
Menurut penulis Ruh al-Bayan, hikmah adalah ketepatan dalam memilih yang benar dengan lisan, ketepatan dalam berfikir dengan bantuan anggota badan dan ketepatan bergerak dengan anggota badan. Sekiranya berbicara, Luqman berbicara dengan hikmah. Sekiranya berfikir, beliau berfikir dengan hikmah dan sekiranya bergerak, beliau bergerak dengan hikmah juga.
Ramai orang bertanya kepadanya, "Daripada siapa tuan mempelajari hikmah?" Jawab Luqman,"Saya mempelajari hikmah daripada orang-orang bodoh, dan orang-orang bodoh. Saya melihat ada cacat pada diri mereka lalu saya berusaha menjauhinya."
Thomas Edison adalah seorang inventor yang berjaya mencipta mentol lampu pada tahun 1879. Sebelum itu 9999 cubaannya tidak berjaya. Namun kata beliau,"Saya tidak gagal. Saya berjaya menemui 9999 cara yang tidak menghasilkan mentol lampu." Dalam cubaannya yang ke-10,000 barulah mentol lampu beliau menyala.
Kata bijak pandai, kehebatan seorang pemikir terletak pada kemampuannya meneka dengan tepat hasil sesuatu tindakan. Itu adalah salah satu ciri hikmah. Sebab itulah pemikir yang hebat secara tepat sentiasa berjaya menghasilkan sesuatu. Bagaimanakah cara kita dapat meneka secara tepat apa yang akan berlaku? Salah satu caranya ialah melihat apa yang sudah berjaya dan apa yang tidak.
Namun dalam kes Thomas Edison, didapati ada lebih banyak cara yang tidak betul berbanding cara yang betul, dengan nisbah 9999:1.
Dalam hidup, boleh jadi yang lebih penting ialah berusaha meninggalkan apa-apa yang tidak betul, bukannya lebih mencuba apa-apa yang kita sangka betul.
Luqman Hakim menjadi bijak dengan melihat kebodohan pada orang lain dan kemudian berusaha tidak melakukannya. Beliau sudah melihat sesuatu yang bodoh, lalu berusaha supaya dirinya tidak mengulang kebodohan itu.
Dalam kes Thomas Edison, beliau juga tidak mengulang kesilapan. Namun 9999 kesilapan itu terpaksa dilaluinya sendiri terlebih dahulu. Boleh jadi sebelum itu, tiada sesiapa pernah cuba mencipta mentol lampu. Jadi Thomas Edison tidak dapat belajar daripada kesilapan orang itu. (Boleh jadi juga sebelum itu kitab cara-cara mencipta mentol lampu sudah ada, namun telah dibakar oleh orang-orang Mongol).
Apapun, Thomas Edison terpaksa menghabiskan masanya bagi melalui 9999 kesilapan sambil berusaha tidak mengulang 9999 kesilapannya sendiri itu. Sehinggalah pada suatu hari beliau berjaya menemui satu cara yang betul. Nasib baik usianya panjang. Beliau berjaya menyudahkan 10,000 eksperimen.
Nasib kita mungkin tidak sebaik Thomas. Boleh jadi tempoh usia kita tidak panjang. Maut sentiasa mengikut kita di belakang. Setiap hari ia semakin dekat. Masa kita semakin kurang, jadi kita perlu bijak memanfaatkan apa yang sedikit.
Meneladani Luqman Hakim, genius yang disebut dalam al-Quran, lebih baik kita belajar daripada orang, dengan tidak mengulanginya kebodohan mereka. Jangan juga kita jadi seperti Thomas Edison yang terpaksa belajar daripada kesilapannya sendiri.
Pada pendapat saya, boleh jadi itu antara kebaikannya alim ulamak menasihatkan kita supaya berguru dengan orang. Tidak cukup hanya berguru dengan buku.
Manusia itu sentiasa belajar. Guru yang terbaik sudah tentulah orang yang bijaksana dan berhikmah. Kerana mereka sentiasa belajar daripada kesilapan orang dan kesilapan mereka sendiri.
- Artikel iluvislam.com
We Rise From Our Past

Alhamdulillah, we get to live to see another day in this beautiful yet harmonious world. Lets make du'a and seek repentance. One way the heart and mind will be calm and be peaceful.
Throughout our life, there will always be a horrid dream that probably has come true in our life. Let's face it, you don't want to remember it right? now lets all just try to forget all the terrible things from the past that happened to us, whether it is from our childhood, school, college, university or from now, the beginning and the present of our adulthood.
How to forget the past? Just focus on the future and the present. Enjoy all the things that is in front of you, whether you like it or not, still you have to go through it. That's what we called life. Everyone has been given the chance of one life. To have another life mean that we are so lucky He still gives us the chance and hope to make it a better one.
"People change as time flies, but the memory may remain". - Anonymous
We grow so fast that we didn't flashback at what we do few years back, it may seem that we don't want the memories to haunt us again but there still a good side to this. There is still bits of pieces that we can take from our past memories like experience and momentum. These two would be considered as the main power to our survival, without these two, we may never get back up from falling.
Experience - Knowledge that we gained from action of our past, which will remind us of what should we do correctly the next time if certain situation occurs.
Momentum - Once we fall, our momentum might decline really bad, probably really down that you think you don't have the strength to get back up and all hopes may seemed lost. Nevertheless, be remembered! you still have the chances to rise and set your momentum straight again by gather all your confidence, mental strength and physical strength. (Pray to Him, set your intention (niat) straight and may He guide you to the correct path).
Let us rise and take all the distances memories into experience that we may cherish. Let us ponder into the future, once we rise from the ashes, greater things will come to us for those who are willing to take the risk. Always have in mind that Allah is very near to us, just raise your hand and InsyaAllah, He will help you no matter how big the obstacle is. He will show you the way and maybe the easiest way, but it is up to you to walk and work you way through it.
There is no reward if there is no effort.
Forget all the people around you who want to put you down, they wanna see us fallback. They do this because you are one further step away from victory. Them? just a friction between you and victory/ultimate prize.
If we ever lost into the distance, lets remember Him, Allah SWT. He will guide you back to the right path, if you wanted to. Your path of life is your own choice, but the obstacle may vary. Don't let you heart be astray. He has given you so many, yet in your heart there is ignorance?.
Without Him, we may never rise from our fall, He aid us in so many ways that you couldn't thank Him enough.
You may write me down in history
With your bitter, twisted lies,
You may trod me in the very dirt
But still, like dust, I'll rise.
With your bitter, twisted lies,
You may trod me in the very dirt
But still, like dust, I'll rise.
Does my sassiness upset you?
Why are you beset with gloom?
'Cause I walk like I've got oil wells
Pumping in my living room.
Why are you beset with gloom?
'Cause I walk like I've got oil wells
Pumping in my living room.
Just like moons and like suns,
With the certainty of tides,
Just like hopes springing high,
Still I'll rise.
With the certainty of tides,
Just like hopes springing high,
Still I'll rise.
Did you want to see me broken?
Bowed head and lowered eyes?
Shoulders falling down like teardrops.
Weakened by my soulful cries.
Bowed head and lowered eyes?
Shoulders falling down like teardrops.
Weakened by my soulful cries.
Does my haughtiness offend you?
Don't you take it awful hard
'Cause I laugh like I've got gold mines
Diggin' in my own back yard.
Don't you take it awful hard
'Cause I laugh like I've got gold mines
Diggin' in my own back yard.
You may shoot me with your words,
You may cut me with your eyes,
You may kill me with your hatefulness,
But still, like air, I'll rise.
You may cut me with your eyes,
You may kill me with your hatefulness,
But still, like air, I'll rise.
Does my sexiness upset you?
Does it come as a surprise
That I dance like I've got diamonds
At the meeting of my thighs?
Does it come as a surprise
That I dance like I've got diamonds
At the meeting of my thighs?
Out of the huts of history's shame
I rise
Up from a past that's rooted in pain
I rise
I'm a black ocean, leaping and wide,
Welling and swelling I bear in the tide.
Leaving behind nights of terror and fear
I rise
Into a daybreak that's wondrously clear
I rise
Bringing the gifts that my ancestors gave,
I am the dream and the hope of the slave.
I rise
I rise
I rise.
(Maya Angelou, And Still I Rise?)
I rise
Up from a past that's rooted in pain
I rise
I'm a black ocean, leaping and wide,
Welling and swelling I bear in the tide.
Leaving behind nights of terror and fear
I rise
Into a daybreak that's wondrously clear
I rise
Bringing the gifts that my ancestors gave,
I am the dream and the hope of the slave.
I rise
I rise
I rise.
(Maya Angelou, And Still I Rise?)
Let your heart and minds speaks for itself, have you grown up yet?
Aku Remaja Biasa
Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di sekolah biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.
Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana.
Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa.
"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."
Allah berfirman:
"(Mereka
berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan
hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah
kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan
Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(Surah ali-Imran ayat 8)
FirmanNya lagi:(Surah ali-Imran ayat 8)
"Rasulullah
telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan
juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka
berkata): 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain
Rasul-rasulnya'. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat
kembali'"
(Surah al-Baqarah ayat 285)
Allah berfirman lagi;(Surah al-Baqarah ayat 285)
"Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat
pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'"
(Surah al-Baqarah ayat 286)
Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat-ayatNya memberikan aku
semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk belajar di
sekolah yang ku inginkan, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di
bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga
adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah.(Surah al-Baqarah ayat 286)
Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Samaada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut.
Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah.
"Maka
bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan
bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum
terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung
siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)
(Surah Taha ayat 130)
5 Punca Masalah Kewangan yang Membelenggu Diri
Tidak dapat dinafikan, wang merupakan satu 'alat' yang amat penting
untuk meneruskan kehidupan. Seawal pagi lagi, kita sudah menggunakan
wang. Semasa perjalanan menuju ke tempat kerja, kita membelanjakan wang
untuk membeli sarapan, mengisi minyak kenderaan, membayar tol dan
pelbagai lagi aktiviti transaksi. Pada hujung minggu pula, kita akan
membelanjakan wang untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama
keluarga di restoran. Lihatlah, saban hari kita pasti menggunakan
nota-nota kertas atau siling-siling ini. Oleh itu, kita perlu mengambil
tahu cara-cara untuk menguruskan kewangan.
Artikel iLuvIslam kali ini berkongsi tentang 5 punca masalah kewangan yang sering membelenggu kehidupan kita. Mari kita perhatikan dan merefleksi diri tentang 5 punca ini agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Apakah 5 punca utama masalah kewangan ini?
(1) Tiada simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda. Ini kerana, anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin anda ataupun ahli keluarga anda akan ditimpa penyakit atau kemalangan. Saya mendoakan anda dan keluarga sihat sejahtera.
Namun, sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi ruang dan pilihan untuk anda memikirkan tindakan terbaik yang anda perlu lakukan.
Satu cara yang terbaik ialah dengan membeli insuran kesihatan. Ramai orang yang kurang peka terhadap peri pentingnya insuran kesihatan ini. Tidak rugi anda membuat persediaan awal dengan membeli insuran kesihatan. Insuran kesihatan bukan sahaja dapat membayar bil-bil perubatan dan pembedahan, malah anda juga boleh menggunakannya untuk menolak cukai tahunan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
(2) Tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan
Ini juga satu punca utama yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Boleh dikatakan lebih 60% pembeli menyatakan bahawa mereka membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Anda perlu bijak dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri sendiri pada masa hadapan.
Satu tips yang baik ialah dengan membuat senarai barang-barang yang anda mahu beli. Kemudian, anda tanyakan pada diri, adakah ini keperluan atau keinginan?
Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk memastikan kelangsungan kerja atau matlamat tugasan anda tercapai. Contohnya seperti komputer riba bagi seorang pelajar. Komputer riba amat penting untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan.
Keinginan ialah benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Contohnya, membeli sesuatu kerana mementingkan jenama. Sedangkan, masih ada produk yang mampu milik, berkualiti dan mampu membantu anda untuk mencapai sesuatu objektif. Istilah 'biar papa asal bergaya' tidak seharusnya digunapakai.
(3) Tidak mengetahui aliran wang keluar
Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.
Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar pada masa kini, tidak kiralah sama ada menggunakan platform Android atau Apple. Anda boleh mencari aplikasi-aplikasi pengurusan kewangan seperti 'HomeBudget', 'Piggie' dan lain-lain. Aplikasi sebegini dapat membantu anda mengenalpasti aliran wang masuk dan keluar pada setiap hari. Pada setiap minggu dan bulan, anda boleh mengetahui pola perbelanjaan dan seterusnya mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.
Jika anda tidak menggunakan telefon pintar, anda boleh mengambil masa selama 5-10 minit setiap hari sebelum tidur untuk mencatat perbelanjaan anda. Percayalah, anda akan lebih tenang untuk membelanjakan wang kelak.
(4) Citarasa melebihi kemampuan
Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.
Dunia konsumerisme yang penuh dengan iklan-iklan di televisyen, surat khabar dan pelbagai lagi medium pemasaran, menyebabkan para pengguna berlumba-lumba untuk membeli barangan berjenama. Jika ada yang menegur-"Wah, kamu memandu kereta BMW. Kayanya."-pasti timbul perasaan bangga kerana orang memuji kita kaya.
Namun, kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku tenang? Mampukah aku tidur dengan lena? Jika anda tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petanda kemampuan anda mengikut citarasa. Jika sebaliknya, anda harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup anda tidak dibelenggu oleh hutang yang menimbun?
Sebagai renungan, jika kita benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.
(5) Sukar menolak tawaran
Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.
Anda perlu faham, matlamat akhir seorang penjual ialah untuk memastikan barangannya terjual. Ada penjual yang tidak mempedulikan apa-apa jua alasan yang diberikan oleh pelanggan. Justeru, anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan anda kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.
Artikel iLuvIslam kali ini berkongsi tentang 5 punca masalah kewangan yang sering membelenggu kehidupan kita. Mari kita perhatikan dan merefleksi diri tentang 5 punca ini agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Apakah 5 punca utama masalah kewangan ini?
(1) Tiada simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda. Ini kerana, anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin anda ataupun ahli keluarga anda akan ditimpa penyakit atau kemalangan. Saya mendoakan anda dan keluarga sihat sejahtera.
Namun, sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi ruang dan pilihan untuk anda memikirkan tindakan terbaik yang anda perlu lakukan.
Satu cara yang terbaik ialah dengan membeli insuran kesihatan. Ramai orang yang kurang peka terhadap peri pentingnya insuran kesihatan ini. Tidak rugi anda membuat persediaan awal dengan membeli insuran kesihatan. Insuran kesihatan bukan sahaja dapat membayar bil-bil perubatan dan pembedahan, malah anda juga boleh menggunakannya untuk menolak cukai tahunan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
(2) Tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan
Ini juga satu punca utama yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Boleh dikatakan lebih 60% pembeli menyatakan bahawa mereka membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Anda perlu bijak dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri sendiri pada masa hadapan.
Satu tips yang baik ialah dengan membuat senarai barang-barang yang anda mahu beli. Kemudian, anda tanyakan pada diri, adakah ini keperluan atau keinginan?
Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk memastikan kelangsungan kerja atau matlamat tugasan anda tercapai. Contohnya seperti komputer riba bagi seorang pelajar. Komputer riba amat penting untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan.
Keinginan ialah benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Contohnya, membeli sesuatu kerana mementingkan jenama. Sedangkan, masih ada produk yang mampu milik, berkualiti dan mampu membantu anda untuk mencapai sesuatu objektif. Istilah 'biar papa asal bergaya' tidak seharusnya digunapakai.
(3) Tidak mengetahui aliran wang keluar
Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.
Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar pada masa kini, tidak kiralah sama ada menggunakan platform Android atau Apple. Anda boleh mencari aplikasi-aplikasi pengurusan kewangan seperti 'HomeBudget', 'Piggie' dan lain-lain. Aplikasi sebegini dapat membantu anda mengenalpasti aliran wang masuk dan keluar pada setiap hari. Pada setiap minggu dan bulan, anda boleh mengetahui pola perbelanjaan dan seterusnya mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.
Jika anda tidak menggunakan telefon pintar, anda boleh mengambil masa selama 5-10 minit setiap hari sebelum tidur untuk mencatat perbelanjaan anda. Percayalah, anda akan lebih tenang untuk membelanjakan wang kelak.
(4) Citarasa melebihi kemampuan
Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.
Dunia konsumerisme yang penuh dengan iklan-iklan di televisyen, surat khabar dan pelbagai lagi medium pemasaran, menyebabkan para pengguna berlumba-lumba untuk membeli barangan berjenama. Jika ada yang menegur-"Wah, kamu memandu kereta BMW. Kayanya."-pasti timbul perasaan bangga kerana orang memuji kita kaya.
Namun, kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku tenang? Mampukah aku tidur dengan lena? Jika anda tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petanda kemampuan anda mengikut citarasa. Jika sebaliknya, anda harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup anda tidak dibelenggu oleh hutang yang menimbun?
Sebagai renungan, jika kita benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.
(5) Sukar menolak tawaran
Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.
Anda perlu faham, matlamat akhir seorang penjual ialah untuk memastikan barangannya terjual. Ada penjual yang tidak mempedulikan apa-apa jua alasan yang diberikan oleh pelanggan. Justeru, anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan anda kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.
Cerita Aku : Team work yang dipelajari dlm OB
Dalam dunia pengurusan moden dan korporat, 80 peratus syarikat yang tersenarai di Fortune 500 menggunakan konsep kerja berpasukan. Antaranya ialah Toyota, General Electric dan FedEx.
Bagaimana kita dapat menerangkan populariti kerja berpasukan ini?
Kajian-kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan.
Memahami dan mengenal pasti ciri-ciri kerja berpasukan boleh membantu pengukuhan organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Terdapat empat ciri utama kerja berpasukan iaitu:
1) Usaha kolektif
-Ahli dalam organisasi mesti memahami dan berkongsi pandangan tentang hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.
-Menyedari peranan dan fungsi masing-masing boleh memberi motivasi kepada ahli untuk mengambil bahagian dalam setiap peranangan dan tindakan yang telah diputuskan.
-Bekerja bersama-sama boleh dicapai jika usaha kolektif dijadikan sebagai prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan seumber dapat digembleng ke arah pencapaian matlamat yang satu.
2) Positif
-Setiap anggota organisasi harus melihat kerja berpasukan sebagai peluang bagi pencapaian matlamat, memenuhi keperluan hidup dan menyediakan sokongan sosial ketika berlaku krisis.
-Melihat dari perspektif positif dapat mewujudkan kejelekitan sesama ahli kumpulan seterusnya kuasa sinergi yang menggerakkan organisasi ke arah prestasi yang maksimum.
-Kesepaduan di antara peranan ahli dan prestasi akan menggalakkan idea yang lebih kreatif dan mengurangkan jurang perbezaan pendapat.
3) Kerjasama
-Tidak semua anggota organisasi benar-benar mamahami peranan yang diamanahkan kepada mereka. Ini kerana terdapat di antaranya yang lebih suka bekerja bersendirian.
-Cabaran besar organisasi bagi menarik perhatian anggotanya ialah mendedahkan peluang yang bakal dinikmati jika bergerak secara berkumpulan. Di peringkat awal, komunikasi yang lebih kerap sesama ahli dapat meningkatkan 'espirit de corp' untuk mereka saling kenal-mengenal seterusnya memahami aspirasi organisasi.
4) Saling lengkap-melengkapi
-Setiap anggota ada peranan masing-masing mengikut kepakaran.
-Pengkayaan ilmu dan peningkatan prestasi akan lebih terserlah jika setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing.
-Proses lengkap-melengkapi di dalam organisasi akan mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih besar.
Bagaimana kerja berpasukan dapat diaplikasi?
Kerja berpasukan melibatkan anggota-anggota organisasi yang bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama. Organisasi pelajar di universiti adalah salah satu kelompok yang terurus dan sentiasa diberi bimbingan. Kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dalam setiap program boleh membantu mereka menjayakannya pula dalam organisasi sebenar yang lebih mencabar, dinamik dan kompetetif.
Memahami organisasi dan bagaimana ia beroperasi adalah syarat asas kepada kecemerlangan kerja berpasukan. Setiap organisasi yang dibentuk, sama ada kecil ataupun besar mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai. Elemen-elemen seperti penetapan matlamat, struktur, peranan dan penggunaan sumber yang cekap mesti difikirkan oleh anggota-anggota di dalam organisasi supaya setiap perancangan yang telah dipersetujui dapat dijayakan.
Model organisasi yang diguna pakai semasa di universiti boleh diserap ke dalam organisasi sebenar kerana kaedah operasinya tidak jauh berbeza. Kebanyakan organisasi moden hari ini menekankan pendakatan demokratik iaitu memberi ruang yang luas kepada komunikasi dua hala dan membuat keputusan bersama.
Pengalaman terlibat dalam kegiatan kurikulum sebenarnya banyak membantu para pelajar merasai sendiri betapa pentingnya kerja berpasukan. Justeru, mereka yang terdedah dengan kegiatan ini dilihat berpotensi besar untuk menjadi anggota organisasi yang cemerlang dan maju kehadapan kelak.
Bagi memudahkan organisasi pelajar di universiti menggunakan kemahiran mereka dalam organisasi sebenar, perkara yang mesti dikenal pasti ialah menentukan jenis-jenis kerja berpasukan yang ada dan biasa dipraktikkan.
Terdapat empat bentuk kerja berpasukan iaitu kumpulan pasukan pemandu, kumpulan penyelesaian masalah, kumpulan pengurusan kendiri dan kumpulan silang fungsi.
1) Kumpulan Pasukan Pemandu
-Tujuan kumpulan ini adalah untuk melaksanakan usaha penambahbaikan atau menyelesaikan masalah khusus yang wujud di dalam organisasi.
-Isu-isu penting seperti agihan kuasa, membuat keputusan, kepimpinan dan interaksi tidak menjadi masalah besar kerana ianya jelas dan mudah.
2) Kumpulan Penyelesaian Masalah
-Anggota dalam kumpulan ini berkongsi idea atau cadangan untuk meningkatkan proses kerja mereka.
-Gerak kerja setiap ahli kumpulan sangat fokus kerana tema perbincangan berkisar kepada kaedah meningkatkan kualiti, menambah kecekapan dan menceriakan suasana persekitaran kerja.
-Saiz anggota kumpulan di antara 8 hingga 10 orang dan mereka bertemu untuk membentangkan semua idea yang dikenal pasti seterusnya bergerak ke arah pencapaian matlamat organisasi.
3) Kumpulan Pengurusan Kendiri
-Hampir 70 peratus syarikat dalam Fortune 1000 mengguna pakai jenis pasukan kerja ini.
-Kaedah pelaksanaannya adalah tanpa ketua tetapi setiap anggotanya bertanggungjawab menyelesaikan tugas khusus yang diamanahkan.
-Kumpulan ini diberi kebebasan bergerak, memilih anggota sendiri dan masing-masing boleh menilai prestasi kerja tanpa ada halangan.
4) Kumpulan Silang Fungsi
-Kumpulan ini dianggotai oleh mereka yang berada dalam hirarki yang sama tetapi berbeza dalam bidang kepakaran atau kemahiran. Semua ahli dikumpulkan untuk menyelesaikan tugas khusus.
-Kelebihan kumpulan silang fungsi ialah pertukaran maklumat berlaku dengan cepat, menjana idea-idea baru, menyelesaikan masalah dan memberi ruang kepada penyelarasan tugas-tugas yang mencabar.
-Bagi setiap anggota kumpulan, cabaran utama ialah memberi kepercayaan dan kesediaan untuk berkongsi kepakaran.
-Kumpulan jenis ini banyak diguna pakai dalam industri automatif.
Teras kerja berpasukan dan dunia organisasi
Memahami perubahan ke atas organisasi menjadikan setiap elemen yang membentuk organisasi menjadi semakin penting. Sebagai contoh, Haji Samuri terkenal dengan Sate Kajang. Melalui proses transformasi yang dilalui dalam penghasilan produk dan kerja, jenama Sate Kajang sudah sebati dengan Haji Samuri.
Kejayaan beliau dikaitkan dengan pengurusan operasi iaitu kaedah yang diguna pakai untuk mereka bentuk, mewujudkan operasi dan kawalan ke atas sumber untuk diberikan kepada pelanggan.
Proses transformasi yang dimaksudkan ialah satu proses di mana organisasi mencipta nilai-nilai yang terdapat pada input dan ditukarkan kepada output (hasil).
Organisasi hari ini berkembang daripada sebuah entiti yang kecil kepada konglomerat yang besar dan kompleks. Bagi mempastikan organisasi ini terus berkembang dan kompetetif, budaya kerja adalah teras kepada kejayaan kerja berpasukan ini.
Syarikat-syarikat multinasional dari Jepun, Korea dan Jerman sentiasa menerapkan budaya kerja yang positif. Budaya kerja 5S umpamanya, telah menjadi satu kemestian dalam organisasi seluruh dunia dan tidak lagi hanya diamalkan di Jepun.
Bagi istilah yang lebih menarik, budaya kerja ini disebut sebagai budaya korporat yang melambangkan identiti dan hala tuju organisasi. Budaya korporat Matsushita Electric ialah:
-Berkhidmat kepada negara melalui industri
-Keadilan
-Harmoni dan kerjasama
-Perjuangan ke arah kebaikan
-Bersopan dan berperikemanusiaan
-Penyesuaian dan penyerapan, bersyukur
Asas kepada kejayaan kerja berpasukan ialah organisasi harus mempunyai budaya kerja masing-masing supaya kepercayaan, nilai dan norma yang dikongsi oleh semua anggota kumpulan dapat memacu kejayaan yang lebih cemerlang.
Budaya korporat yang difahami dan dikongsi bersama juga berfungsi sebagai pendorong anggota organisasi untuk menghapuskan sifat-sifat negatif seperti malas bekerja, tidak peka dan reaktif. Secara tidak langsung, anggota organisasi yang enggan memajukan diri, bermuka-muka, lembab dan tidak tidak berkesan akan diketepikan.
Budaya kerja mempunyai kesan ke atas prestasi organisasi yang benar-benar ingin merealisasikan matlamat penubuhannya. Antara kesan tersebut ialah:
-Budaya kerja mempengaruhi struktur operasi dan produktiviti. Memberi penekanan kepada nilai-nilai yang diingini dalam organisasi dapat merangsang anggota pekerja untuk menyerlahkan potensi diri mereka.
-Membantu mewujudkan matlamat pensosiolan di kalangan anggota pasukan seperti kerjasama, jujur dan komunikasi terbuka.
-Kepercayaan organisasi dan iltizam moral menentukan bentuk dan moral organisasi.
Produktiviti yang tinggi adalah satu contoh pencapaian yang cemerlang setelah penyerapan budaya kerja yang terurus dan terancang dilakukan. Kepercayaan terhadap nilai-nilai yang disepakati dapat menyuburkan kesedaran berganda kepada setiap anggota bagi mencapai matlamat bersama.
Isu dan cabaran kerja berpasukan
Kerja berpasukan tidak secara automatik meningkatkan produktiviti atau prestasi kerja. Jadi, apakah yang menjadi isu dan cabaran bagi membentuk kerja berpasukan yang berkesan?
Pakar pengurusan, Peter F. Drucker pernah menyifatkan trend berpasukan ini semakin menurun kerana kerja secara pasukan menjurus kepada kekecewaan. Maksudnya ialah kerja berpasukan ada kalanya tidak perlu kerana bagi sesetengah keadaan, keputusan yang diambil oleh seorang lebih baik dan berkesan.
Pandangan seperti ini boleh mempengaruhi ramai orang kerana kesannya ke atas keberkesanan kerja berpasukan. Bagaimanapun banyak kajian yang mengaitkan kerja berpasukan menjadikan prestasi kerja lebih baik sekali gus menolak anggapan Drucker sebelum itu.
Membentuk sebuah pasukan kerja yang benar-benar mantap adalah cabaran paling besar bagi kewujudannya. Terdapat sembilan cabaran besar yang menjadi halangan kepada setiap anggota organisasi untuk merealisasikan kejayaan mereka.
Cabaran utama dalam kerja berpasukan ialah memberi kefahaman kepada anggota organisasi. Ini kerana matlamat yang difahami sahajalah yang mampu menggerakkan seluruh fikiran dan tenaga pasukan bagi menjayakannya. Ia juga menyemai komitmen yang bersepadu dan sanggup berkorban.
Individu yang cekap atau mempunyai tahap kompetensi yang relevan dengan tugas dapat menyumbang kepada kerja berpasukan yang lebih cemerlang.
Mewujudkan kepercayaan yang dikongsi bersama adalah umpama berhadapan dengan duri-duri di atas jalan. Kesusahan, kesakitan dan turun naik semangat kerja diukur dengan tahap integriti, watak dan bentuk komunikasi di antara satu sama lain. Komunikasi yang berkesan boleh memberi panduan kepada anggota organisasi bagi mengurangkan salah faham, merangsang kejelekitan dan cepat bertindak balas apabila berhadapan dengan sebarang masalah.
Kepimpinan berkesan amat diperlukan oleh organisasi khususnya ketika menghadapi situasi sukar. Pemimpin mengembalikan seluruh operasi organisasi pada landasan yang betul, memberi harapan kepada ahli, meningkatkan keyakinan diri setiap orang dan meniup semangat merealisasikan potensi diri. Kepimpinan berkesan bukan hanya menunjukkan arah atau mengawal sebaliknya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing.
Cabaran terakhir kerja berpasukan ialah mewujudkan suasana kondusif yang membantu perkembangan organisasi. Ia termasuk menyediakan latihan, insentif, penghargaan dan sumber-sumber yang merangsang pencapaian prestasi kerja.
Rumusan
Kejayaan organisasi tidak lagi dikaitkan secara langsung dengan prestasi individu. Malahan kejayaan demikian dilihat sebagai fungsi sempurna sebagai sebuah organisasi atau sebuah pasukan. Bagi menyerlahkan prestasi ini, setiap anggota mesti berupaya berkomunikasi secara terbuka dan jujur di antara satu sama lain, berani menghadapi konflik dan bersedia menerima perbezaan pendapat.
Kerja berpasukan yang mantap seringkali dibayangi oleh individu yang mempunyai pencapaian luar biasa. Jawatan presiden atau setiausaha tidak lebih daripada pembimbing atau pemudah cara kerana dalam organisasi, setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Mereka bekerja, berfikir dan bertindak kerana yakin kerja berpasukan dapat menyelesaikan banyak masalah.
Cerita Aku: Penjagaan Rambut
Daun lidah buaya memiliki banyak khasiat, selain dapat digunakan untuk
penyembuh luka, dan perawatan kulit, lidah buaya juga telah terbukti
sangat berkesan untuk mengatasi keguguran rambut, Lidah buaya
mengandungi tonik yang berguna untuk menyuburkan dan memberi nutrisi
pada akar rambut serta menjadikan rambut kita lebih cantik dan lebat.
Khasiat Lidah Buaya untuk Rambut
Lidah buaya terkenal untuk menjadikan rambut menjadi lembut dan cantik. Mungkin manfaat ini kita sudah dengar sejak kecil. Khasiat ini dperolehi dari kandungan glycoprotein. Glycoprotein berperanan dalam menghasilkan rambut yang lembut dan cantik. Itulah sebabnya banyak shampoo yang menggunakan ekstrak lidah buaya dalam produknya.
Sebum adalah zat berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh dan dirembeskan oleh kelenjar rambut kita. Bila dikeluarkan berlebihan, sebum akan terkumpul pada kulit kepala seterusnya bercampur dengan kotoran dan membentuk kerak yang dapat merosakan folikel rambut serta menghalang pertumbuhan folikel rambut yang baru.
Lidah buaya memiliki sifat antibakteria yang membantu mengurangkan sebum yang berlebihan bagi membolehkan kulit kepala untuk bernafas dan membolehkan folikel rambut diperbaharui. Dengan itu rambut menjadi lebih sihat dan bersih.
- Mengaktifkan Pertumbuhan Rambut
Lidah buaya mengaktifkan pertumbuhan rambut baru dan folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke akar folikel. Lidah buaya juga membantu membersihkan pori-pori dan menjadikan pH kulit kepala seimbang serta menguatkan akar rambut.
-Memberikan Kelembapan semulajadi, Vitamin, dan Mineral.
Folikel rambut mememerlukan vitamin. Ini boleh didapati dari lidah buaya (aloe vera). Ini kerana daun lidah buaya mengandungi lebih dari 20 mineral , vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, dan E. Dengan itu lidah buaya dapat menjaga kelembaban semulajadi kulit kepala dan folikel rambut.
Mengalami rambut gugur merupakan suatu perkara yang tidak menyenangkan, ada yang mengatakan rambut adalah mahkota, bagaimana jika mahkota anda mengalami keguguran terus menerus, mungkin boleh menjadi masalah yang serius, jika tidak diatasi dengan segera.
Berikut adalah Cara menggunakan lidah buaya untuk mengatasi rambut gugur :
Khasiat Lidah Buaya untuk Rambut
Lidah buaya terkenal untuk menjadikan rambut menjadi lembut dan cantik. Mungkin manfaat ini kita sudah dengar sejak kecil. Khasiat ini dperolehi dari kandungan glycoprotein. Glycoprotein berperanan dalam menghasilkan rambut yang lembut dan cantik. Itulah sebabnya banyak shampoo yang menggunakan ekstrak lidah buaya dalam produknya.
Sebum adalah zat berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh dan dirembeskan oleh kelenjar rambut kita. Bila dikeluarkan berlebihan, sebum akan terkumpul pada kulit kepala seterusnya bercampur dengan kotoran dan membentuk kerak yang dapat merosakan folikel rambut serta menghalang pertumbuhan folikel rambut yang baru.
Lidah buaya memiliki sifat antibakteria yang membantu mengurangkan sebum yang berlebihan bagi membolehkan kulit kepala untuk bernafas dan membolehkan folikel rambut diperbaharui. Dengan itu rambut menjadi lebih sihat dan bersih.
- Mengaktifkan Pertumbuhan Rambut
Lidah buaya mengaktifkan pertumbuhan rambut baru dan folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke akar folikel. Lidah buaya juga membantu membersihkan pori-pori dan menjadikan pH kulit kepala seimbang serta menguatkan akar rambut.
-Memberikan Kelembapan semulajadi, Vitamin, dan Mineral.
Folikel rambut mememerlukan vitamin. Ini boleh didapati dari lidah buaya (aloe vera). Ini kerana daun lidah buaya mengandungi lebih dari 20 mineral , vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, dan E. Dengan itu lidah buaya dapat menjaga kelembaban semulajadi kulit kepala dan folikel rambut.
Mengalami rambut gugur merupakan suatu perkara yang tidak menyenangkan, ada yang mengatakan rambut adalah mahkota, bagaimana jika mahkota anda mengalami keguguran terus menerus, mungkin boleh menjadi masalah yang serius, jika tidak diatasi dengan segera.
Berikut adalah Cara menggunakan lidah buaya untuk mengatasi rambut gugur :
- Ambil daun lidah buaya yang berukuran besar dan isi yang banyak.
- Kemudian belah daun lidah buaya tersebut kepada dua bahgian dan ambil isi/lendirnya .
- Lumurkan isi/lendir tadi pada keseluruhan bahagian kepala hingga serata.
- Biarkan selama 10 hingan 15 minit
- Kemudian cuci sampai bersih
- Lakukan secara rutin dua kali dalam satu minggu.
Petua menyuburkan rambut dengan lidah buaya
Daun Lidah buaya dicuci hingga bersih.Kemudian belah dan ambil lendirnya. Gosokkan lendir lidah buaya tadi secara merata di kulit kepala sambil dipici-picitt. Diamkan selama 15 minit. Setelah itu, cuci rambut dengan shampoo sehingga bersih. Ulangi cara ini seminggu tiga kali.Insyallah rambut anda akan tumbuh subur dan sihat.
Menurut carian di internet, orang Red Indian, di Amerika percaya dengan menyapukan bahan dari daun lidah buaya setiap malam di kulit kepala dan dibilas bersih-bersih pada keesokan paginya – rambut akan menjadi lebih bermaya.
Seorang pendandan rambut terkenal,Rudy Hadisuwarno mengatakan ada beberapa faktor yang menyebabkan rambut gugur, diantaranya adalah :
Daun Lidah buaya dicuci hingga bersih.Kemudian belah dan ambil lendirnya. Gosokkan lendir lidah buaya tadi secara merata di kulit kepala sambil dipici-picitt. Diamkan selama 15 minit. Setelah itu, cuci rambut dengan shampoo sehingga bersih. Ulangi cara ini seminggu tiga kali.Insyallah rambut anda akan tumbuh subur dan sihat.
Menurut carian di internet, orang Red Indian, di Amerika percaya dengan menyapukan bahan dari daun lidah buaya setiap malam di kulit kepala dan dibilas bersih-bersih pada keesokan paginya – rambut akan menjadi lebih bermaya.
Seorang pendandan rambut terkenal,Rudy Hadisuwarno mengatakan ada beberapa faktor yang menyebabkan rambut gugur, diantaranya adalah :
- Keguguran rambut disebabkan oleh faktor genetik (keturunan).
- Bagi anda yang suka mendyekan rambut, ada kemungkinan anda alahan terhadap pewarna rambut. Sebaiknya sebelum memwarnakan rambut, pewarna rambut itu diuji terlebih dulu pada tangan dan dibiarkan seketika.(bagi orang muslim, haram mewarnakan rambut kerana suka-suka)
- Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut setelah melahirkan anak
- Rambut seelok-eloknya dibiarkan dalam keadaan kering dan tidak lembap, oleh itu tidak digalakkan untuk memakai helmet dan topi untuk waktu yang lama.
- Stres juga menjadi salah satu faktor penyebab keguguran rambut.
Sumber carian pelbagai sumber di internet.
Itulah sedikit sebanyak tentang khasiat lidah buaya untuk rambut yang saya jumpa internet. Diharapnya ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Itulah sedikit sebanyak tentang khasiat lidah buaya untuk rambut yang saya jumpa internet. Diharapnya ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Wednesday, December 12, 2012
Cerita hari ne 12.12.12 : Wanita
Saya pelajar sebuah IPT yang menetap di asrama yang bercampur dengan wanita bukan Islam. Menjadi satu bebanan bagi saya dan kawan2 saya untuk memelihara aurat dalam keadaan orang kafir tinggal sebilik dangan kami.
Jadi saya ingin mendapat penjelasan dari ustazah tentang hokumnya
jika kami mendedahkan aurat zahir kami kerana keadaan terpaksa.
Jawapan
Saya sering ditanyakan masalah ini,terutamanya melibatkan mahasiswa
dan pelajar yang tinggal sebilik dengan wanita bukan Islam. Kerana ini
sedikit sebanyak akan mendatangkan kesukaran pergerakan seharian mereka.
Menutup aurat bagi wanita muslimah merupakan sesuatu yang diwajibkan
oleh syarak. Ianya merupakan suatu ketetapan yang pasti berdasarkan
dalil daripada al-Quran dan sunnah. Seorang wanita muslimah itu
dibenarkan menampakkan aurat mereka hanya kepada golongan-golongan
tertentu seperti yang dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran
Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau …………” .hingga akhir ayat.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat khilaf para ulama dalam hal ini.
Allah tidak menyebut lafaz “an-nisaa” bermaksud wanita-wanita. Tetapi Ia
menyebut “nisaaihinna” bermaksud wanita-wanita mereka. Lafaz
“nisaaihinna” bermakna Allah menghadkan kebebasan perempuan Islam dalam
ruang lingkup tertentu. Apakah ruang lingkup tersebut? Di sinilah
terdapat perselisihan pendapat di antara para ulama’.
Ada yang mengatakan bahawa boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat
hanya kepada wanita Muslimah sahaja. Pendapat ini menurut mazhab Syafie
yang menyatakan auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram. Begitu
juga keterangan yang dilihat seperti mana yang dihuraikan oleh Imam Ibn
Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azhim katanya :
“Firman Allah SWT ‘nisaa`ihinna’, maksudnya adalah, seorang
wanita Muslimah dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada
wanita-wanita Muslimah yang lain. Namun ia tidak dibenarkan kepada ahlu
zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah). Ini bertujuan agar
wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah
kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari pada semua
wanita, akan tetapi ianya lebih ditekankan lagi kepada wanita ahlu
zimmah. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]
Imam Ibn Kathir menganggap wanita bukan muslim ahlu zimmah tidak
memahami larangan Rasulullah SAW berkenaan menceritakan aurat wanita
lain kepada suami mereka. Ini kerana wanita bukan Islam tidak boleh
dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan
aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
Disebabkan alasan tersebut, beliau mendatangkan pendapat yang
melarang secara terus dari menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam.
Begitu juga pandangan Syeikh ‘Atiyyah Saqqar yang menguatkan dalil
dengan kata-kata Ibn Abbas yg mengharamkan aurat perempuan Islam dilihat
oleh perempuan Yahudi atau Kristian kerana takut perempuan kafir akan
menceritakan atau mendedahkan kepada lelaki lain atau suami mereka
tentang apa yang mereka lihat. Pendapat ini juga dipegang oleh Imam
al-Qurtubi di dalam tafsir beliau dengan berdalilkan al-Athar (kata-kata
sahabat) daripada Umar RA yang bermaksud:
Dan Umar RA menulis kepada gabenornya Abi Ubaidah bin al-Jarrah:
“Bahawa telah sampai berita kepadaku perempuan ahli zimmah memasuki
tempat mandian wanita islam. Maka tegahlah daripada demikian itu dan
halalkan selain mereka (perempuan ahli zimmah).” Dan pendapat ini merupakan pendapat Jumhur Ulama.
Jika dilihat kepada alasan beberapa pandangan Ulama ini, mereka
mendatangkan hukum ini adalah berdasarkan adanya alasan tertentu. ‘Illah
(alasan) tersebut ialah ‘agar aurat wanita muslimah tidak diceritakan kepada suami mereka’.
Menurut kaedah fiqh, Ianya dikategorikan sebagai ‘illah ba’ithah. Iaitu
hukum tersebut dibina berdasarkan kepada kewujudan dan ketiadaan illah.
Apabila illah/alasan tersebut hilang maka gugurlah hukum asal tersebut.
Namun apabila illah/alasan itu kembali, maka hukum asal digunapakai
semula.
Di dalam isu ini, sekiranya wanita bukan Islam diyakini tidak akan
menceritakan aurat wanita Muslimah kepada lelaki lain, maka harus bagi
wanita Muslimah menampakkan aurat kepada mereka.
Ini bersesuaian dengan pandangan sebahagian ulama. Mereka tidak
memandang bahawa menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam akan
membuatkan wanita bukan Islam tersebut secara pasti akan menceritakannya
kepada suami mereka. Lalu mereka mengharuskan wanita Muslimah membuka
aurat dihadapan wanita bukan Islam diatas keperluan dan syarat-syarat
tertentu. Antara syarat-syaratnya ialah dipastikan wanita bukan Islam
(khusus kepada ahlu zimmah) tersebut dapat dipercayai ia tidak
menceritakan perihal aurat wanita muslimah kepada lelaki lain. Lalu
mereka membahagikan wanita bukan Islam itu samada ianya boleh
dipercayai, ataupun tidak boleh dipercayai.
Ini seperti mana yang dinyatakan oleh pandangan yang agak berlainan
dari pandangan jumhur seperti Ibn al-Arabi al-Maliki didalam kitab
beliau Ahkamul Qur’an, Jld 3, hal. 326, yang mengatakan boleh bagi
wanita Muslimah membuka aurat kepada semua wanita yang baik akhlaknya
dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam
boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin
hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita
itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam
tidak boleh membuka auratnya. Pendapat ini juga disokong oleh Imam
Fakhrurrazzi dan mufassir kontemporari dari Saudi iaitu Syeikh Ali
Al-Shabuni.
Apa yang ingin dijelaskan oleh mereka disini adalah, aurat atau tidak
bukanlah dinilai pada perbezaan agama, tetapi dinilai pada perbezaan
akhlak dan budi pekerti. Maka harus bagi perempuan Islam mendedahkan
aurat di hadapan perempuan lain yang elok budi pekerti dan akhlaknya
walaupun bukan Islam. Dan pandangan ini dipersetujui oleh Fatwa Negeri
Kedah dengan merujuk kepada kitab Hasyiyah Qalyubi juz. 3, hal. 211
mendatangkan alasan berbezanya keadaan zaman kini jika dilihat pergaulan
wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di
pusat-pusat pengajian tinggi, di asrama, di tempat bekerja dan
lain-lain.
Jika perihal menceritakan aurat terbatas hanya kepada agama,
bagaimana dengan perempuan Islam yang rosak akhlak dan tidak bermoral
seperti golongan lesbian? Maka sudah semestinya wajib menutup aurat di
hadapan mereka kerana bergaul dengan mereka mendedahkan kepada bahaya
dan mudarat sebagaimana bergaul dengan lelaki bukan muhrim.
Disebabkan itulah Islam melarang seseorang wanita muslimah itu
menceritakan kepada rakan-rakan yang bukan mahramnya perihal aurat
mereka. Seperti menceritakan rupa bentuk tubuh badannya, kedudukan
rambut, mahupun warna kulit anggota-anggota tertentu yang terselindung
disebalik batasan-batasan aurat yang digariskan oleh Islam.
Kesimpulannya di sini, mana-mana wanita Muslimah dilarang
mendedahkan atau menceritakan aurat mereka kepada yang bukan mahram dan
wanita bukan Islam tanpa keperluan tertentu yang mendesak.
Mereka dibolehkan membuka aurat mereka kepada wanita bukan Islam hanya
sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam tersebut
mampu merahsiakan aurat wanita Muslimah dari dihebahkan kepada lelaki
lain. Namun harus diingat bahawa anggota zahir sahaja yg boleh dibuka
spt lengan,kaki, rambut,leher dsb. Tetapi tidak boleh membuka yang
sulit-sulit kpd mereka. Ini adalah juga untuk menjaga maruah diri wanita
muslimah.
Islam tidak menyusahkan wanita. Tetapi ia memuliakan dan memelihara maruah wanita.
WALLAHU ‘A’LAM
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad.
Friday, December 7, 2012
Cerita Ku : Banyak Membantu
Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)
Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam
hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN..
Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)
Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik
dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik
yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang
gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la
pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan
anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani
datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya
tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa,
rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar
cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi
bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…Mamat : Terima kasih pakcik makcik..
Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek..
Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam
12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko
hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni
bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon
aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)
Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami
dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau
dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa,
pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat
menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN
minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus
kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan :
Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah
dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah
tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat
menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu
dengan ayah pun suka.. Hihihi)
Jumaat (HALAL & HARAM)
Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape
la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran
telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran
ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima..
Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari
badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi
ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku..
Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah
mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit
ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik
ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun
boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’
30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam
juzu’ 30 tu..
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang..
ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang
nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da
hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)
Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye
rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la..
Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati
saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni
nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair
ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat
aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1
surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah..
Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha
Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime
nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu
aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih
ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak
senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak
je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak
tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh
tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau..
Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..
Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)
(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil
NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang
solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci
suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)
(MALAM PERTAMA)
Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje
nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada
abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang
dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta
selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni
sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang
tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin
dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana
menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah..
Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah
baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita
berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru
sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan
membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang..
Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku
suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi
ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD
sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang
terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada
abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai
seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….
~p/s~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut
hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi.
Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat
InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu.. .
Subscribe to:
Comments (Atom)





