Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..
Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!
Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan.
Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:
"Wahai
sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut
dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan
mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih
menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu,
maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah "pemuda-pemuda" di situ
ditekankan sebagai galakan agar disegerakan perkahwinan pada umur yang
masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur 40 tahun, dan ada
yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian, sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati dan iman!
Pertama: Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.
Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.
Firman Allah SW
"sesiapa
yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(Surah at-Talaq ayat 2)
Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL
untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika
perlu berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati
pandangan mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh
dipercayai). Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai
seseorang melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan
besar), lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah
perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama
Islam.(Surah at-Talaq ayat 2)
"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",
"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",
"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.
Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah SAW sebagai peringatan:
"Orang Islam
itu ialah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya
(kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".
(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)
Secara kesimpulannya, pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH,
jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan
mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka
teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan
dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)
Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya semata-mata..
Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."
Wallahu Anta A'lam
No comments:
Post a Comment