Sunday, June 14, 2015

Telah ku temukan apa yang ku impikan

Jujur ku mengakui Mohd Ariff Bin Tumiran lelaki pertama dan terakhir yang akan kucintai tiada selain dia, meskipun berjuta banyak lelaki diluar sana jauh lebih kaya dan tampan dari dia. Tapi Ariff someone who special inside in my heart. Alhamdulillah perkenalan kami sudah menjangkau usia 6 tahun bermula 31.03.2009 dan bertunang 24.01.2015 sekembalinya aku balik dari belajar (Universitas Indonesia).

            Terlampau banyak ujian kami tempuhi, dari pahit manis kehidupan kami lewati bersama hatta jarak memisahkan kami. Semuanya aturan Allah, siapa menyangka aku melihat seorang jejaka semasa beratur memasuki dewan Politeknik Kota Kinabalu, muncul seorang lelaki tinggi 5kaki dengan berpakaian selamba mengenakan t-shirt berkolar putih lambing Pkk, seluar track lusuh dan berkasut kungfu putih. Ya itu kali pertama aku pandang lelaki dan rasa nak berpaling dan pandang kali ke dua. Selesai disitu dan seusai ceramah dalam dewan, aku dan Dewi Isabella rakanku kembali ke bilik masing – masing, kerana ada rencana seterusnya. Ya itu kami, berhujung minggu pergi ke kota. Kota Kinabalu yang tidak asing di bumi Sabah.
                       
            Seperti biasa mahasiswa/wi PKK akan menaiki bas berwarna biru atau City Bus dengan kadar tambang ketika itu RM 1.00 murah bukan?. Kami berbual bagai nak rak, bercerita perihal masing – masing. Tatkala itu, muncul sekumpulan geng lelaki dan aku lihat ya itu dia, jejaka yang idamkan. (hahahaha).
                       
            Ini mungkin peluang ku, dan takkan ku sia – siakan, akan ku usaha dapatkan nombornya. Ya aku dapat nombornya dari temanku Zell. Aku mengambil posisi betul – betul di belakangnya supaya aku dapat melihatnya dari dekat walaupun dapat nampak rambut saja semasa berada dalam bas menuju ke KK.
                       
          45 minit berlalu, dan dia turun dahulu. Aku menarik nafas panjang dan lirikan ku melihat betul – betul kearahnya dan berkata dalam hati “ Andai dia milikku” Ya itu aku pengaruh drama Korea dan Novel cinta. Hari beransur gelap, dan aku sampai dibilik sebelum isyak. Seusai solat isyak, aku mencapai handphoneku dan kemudian, mendail nombor tadi. Ya aku memang berani jika aku tidak membuat salah, kerana kalau aku tidak cuba aku takkan tahu dia berpunya atau tidak.

    Dihujung panggilan terdengar suara lelaki yang ku harapkan milik empunya suara yang kuidamkan. “ Assalamualaikum ini Adib ka?”, dia menjawab “ Walaikumsalam, ini bukan Adib, “ Boleh tahu namamu siapa?”, “Ni Arip, kenapa ya?”, “ Saya nak Tanya ni boleh nda kita jumpa malam ni?”, “ Atas urusan apa ya?”, “ Tiada apa, Cuma ada yang saya mahu bagitahu”, “ Malam ni nda boleh sebab ada assignment mahu disiapkan”, “ Kalau gitu bolehkah esok jam 12 jumpa di cafe?”, “ Boleh, tapi macam mana mau tahu ko siapa?”,” Nda pa, nanti aku call, ok jumpa esok”.

        Ya aku buat kerja gila, gila pun gilalah yang penting sekarang dia tunangku dan dia mengajak aku bertunang. Yang penting misi pertama, dia bukan kekasih siapa – siapa. Sehingga keesokkan harinya, hari yang dinanti pun tiba. Tepat jam 12pm aku telefon dia, dan aku mengenakan kebaya merah,tudung merah, heels 2inci, lipstick tipis ku kenakan, dan aku memang dah tahu dia tengah berdiri dihujung sana, dan aku memang betul – betul duduk di tengah – tengah kafeteria Politeknik Kota Kinabalu.
                       
      Aku perhatikan dia dari jauh tampannya dia berbaju kemeja berlengan panjang dan dilipat hingga ke siku, berseluar slack hitam dan berkasut kulit hitam, hidung mancung, mata kuyu, tinggi nya idamanku. Aku mengarah dia menghampiriku yang bertudung merah dan melambai kearahnya. Aku cemas dan teruja namun tetap maintain ayu lemparkan senyuman paling manis mengalahkan gula ketika itu.
                       
   Dia kaku memandangku dan tiada sepatah pun, mungkin dia tidak mengenalku tapi aku mengenalnya sejak dari kelmarin dan kalau boleh aku nak dia jadi bakal suamiku. Kebangangan apakah ini? Aku pun tidak tahu, yang pasti aku akan usaha sampai menjadi tanpa kuasa sihir mahupun syirik.
                       
       Aku mulakan perbualan, “ Assalamualaikum, nama ku Fadzlyeena Sairen, boleh panggil Lyeen, pelajar tahun 2 DPM, diploma pengurusan perniagaan, asal Sandakan dan bla..bla..bla..” dia senyum mungkin hairan aku banyak cakap. Dia membalas “ Walaikumsalam, nama saya Mohd Ariff Bin Tumiran, boleh panggil Ariff, tahun satu DKE diploma Elektronik, asal Sandakan juga bla..bla..bla..” “Ariff dah makan? Kalau nda kita makan sama”, “ Eh sudah tadi lepas kelas”.. dalam hatiku aishhh demi kau harini tak makan pun ndapa, menahan lapar ni, sedar tak sedar dua jam berbual tanpa makan minum, memang pertama kali sesi suai kenal buat kita serba tak menentu, jantung ni berdegup kencang.
                       
        “Arif, kalau Lyeen tanya bolehkah?”, “ Apa dia?”, “Ariff ada girlfriend ka?”, “Tiada, kenapa?” “Kalau tiada bolehkah Lyeen jadi GF Ariff”,” Hahahah main – main ni, nda percayalah” “Ya Lyeen serius, jumpa kelmarin masa dalam dewan, lepas tu terjumpa lagi masa di bustop, dan naik bas duduk tetap belakang Ariff”.”Maaf lyeen, nanti Ariff fikirkan dulu”.
                       
       Jam pun menunjukkan jam 2:30pm dan aku ada kelas Perakaunan Komputer UBS, dan perlu bawa laptop ku kelas. Dan alasanku minta dihantar olehnya kekelas. Dan mujurlah dia sudi, tapi dia meminta izin untuk solat Zohor terlebih dahulu, dan aku izinkan dan senyum  kepadanya, dan dia tersenyum faham soal wanita. Sekembalinya dia selesai solat Zohor, kami bergerak sama kebilikku dengan alasan mengambil laptopku, ku control langkah dengan heels setinggi 2inci dengan kebaya yang sendat waktu tu. Mujurlah bodyku sekarang 2015 maintain seperti dulu, hahahaha. Ya aku bahagia dia mengiringiku hingga sampai ke pintu kelasku, rakan – rakanku senyum memperli aku, dan mereka berseloroh Ariff seakan – akan pun suka padaku. Kubiarkan haritu hingga menunggu jawapan dari Ariff.
                       
       Ya malamnya tepat pukul 2.00am dia memberi mesej kepadaku, dia pun suka aku, aku banyak cakap, tak sunyi ada saja yang aku bualkan. Dan akhirnya aku membaca:
           
         Sebenarnya Arip pun suka lyeen, tapi malu mahu cakap, lyeen cantik.

Hatiku berbunga-bunga riang membaca mesej tu, malam tu memang aku tak tidur, lalu aku membalas mesejnya:

                        So kita couple la ni kan =)

 Tak sampai seminit dia membalas :

                        Ya, Ariff pun suka Lyeen.

          Ya malam tu 2 April 2009 hingga ke hari ini 13 Jun 2015 aku ingat sampai bila – bila, semakin hari semakin intim dan mengenal hati budi masing-masing sehinggalah bertunang 24 Januari 2015 dan terpisah oleh jarak bagi menuntut ilmu di UKM, Bangi 2012-2015 dan dia bekerja di Schlumbergee pelantar minyar Miri, Sarawak. Dan in sya allah rencana kami menikah tahun depan bulan 31 Mac 2016 hari pertama kami bertembung di perhentian bas PKK.

Jauh di dalam hati,
Selalu ku rasa bersyukur aku mengenalimu,
Kerana cinta darimu,
Menjadikan aku,
Wanita terbahagia didunia.

                                             Arfa E-day (Ariff & Fadzlyeena) 24.01.15 

                                         Hantar Ariff ke KLIA utk fligthnya
                                                     ke Abu Dhabi berkursus selama 1bln



 


                            




   
           


             

Ragu Dengan Tuhanmu

Pertanyaan dari seorang sahabat yang agak memeranjatkan dan membuat terkesan di hati, tapi perilakunya dimaafkan. In sya allah.

A         : Kenapa Tuhan kamu menyeksa umatnya? Bersempit – sempitan ke Mekkah?
  berpuasa tidak makan atau minum? Perlu solat 5 waktu sehari?
B         : Ini adalah tuntutan sebagai seorang Muslim yang perlu mengabdikan diri kepada Penciptanya.
A         : Tapi bukankah kedua orang tua kamu yang melahirkan kamu, semestinya mereka yang mencipta kamu.
B         : Ya itu benar, aku tidak menyalahkan jawapanmu. Tapi kamu tahu bukan, hujan datangnya dari awan, dan awan sememangnya ada di langit. Dan langit itu ada yang menciptanya. Dan penciptanya adalah ALLAH pemilik sekalian alam. Contohnya lagi, kamu punya insurans bukan?
A         : Ya, kenapa?
B         : Sebulan kamu bayar berapa?
A         : Aku bayar RM 80.00
B         : Buat apa kamu bayar?
A         : My friend kerana didunia ini tiada yang percuma.
B         : Kamu takut bukan kalau ada perkara yang tidak dikehendaki terjadi? Dan bila kamu terlibat dalam kemalangan, kamu akan masuk hospital dan claim dari insurans. Ya kan?
A         : Insurans yang aku ambil itu, aku tahu dimana officenya. Tuhan kamu officenya dimana? ( hahahaha ketawa mengejek)
B         : Aku tidak merasa beban dengan apa yang aku lakukan, aku bahagia dan tenang. Semoga saja selepas ini kamu diberi hidayah oleh ALLAH untuk merasai nikmatnya ISLAM.
A         : Mungkin saja.


                        Selang beberapa minggu kemudian A terlibat dalam kemalangan, dan bil hospital tidak dapat dilunaskan kerana simpanannya telah habis membiayai yuran pengajian PHD nya. Dan bersyukurlah dia, atas keprihatinan kawannya si B yang berusaha mengumpul dana pembiayaan kos hospital A, dan wang sumbangan daripada rakan – rakan yang lain sedikit sebanyak telah dapat meringankan beban si A. Tiada satu pun yang melawat beliau ketika seminggu terlantar di hospital, cuma rakan yang dia sering memperlekehkan isu agama itu jugalah yang banyak membantunya.

Telah ku temukan yang aku impikan,
Islam yang sempurna,
Segala kekurangan semua kelemahan,
Islam yang jadikan aku tenang dan mengenal cinta,
Tanpa Islam aku takkan mungkin bisa berjalan,
Mencari cinta hakiki yang sentiasa ku persoalkan,
Dari seorang sahabat yang sering,
Mendoakan ku dengan kesungguhannya,
Cinta Sejati ini tak mungkin raih tanpanya,
Dikirim Allah untuk melengkapi ku,
Ternyata kamu yang ku tunggu.




P/s: Nukilan ini tidak ada kena mengena dengan orang hidup mahupun mati, hanya cerita semata.