26
September 2015 (Sabtu)
Ujian
ini membuatkan aku buntu, hidup bersendirian tanpa ditemani rakan. Hari ini
genap 2 hari orang mengerjakan ibadah Haji. Tahun keenam aku beraya jauh dari
keluarga. Sebelum ini beraya ditemani takbir sayup-sayup kedengaran dari Masjid
Politeknik Kota Kinabalu.
Pada
tahun 2012, hari raya pertama di UKM Bangi, ditemani sahabat Asmie Binti Amin.
Ku ingat lagi seusai solat aidiladha dan meluangkan masa bersama rakan Sabahan
yang lain, setelah itu semua pergi membawa haluan masing-masing. Tinggal aku
terpinga keseorangan, aku mengambil keputusan beraya bersama rakan ku Farah
Syuhada.
Tahun
2013, tika ini arwah bapa masih lagi ada kerna arwah bapa meninggal 27 Disember
2013 sedangkan aidiladha pada tahun ini sekitar bulan September 2013(jika aku
tidak silap) aku mengambil keputusan beraya dengan keluarga mertua abangku.
Ternyata harapan ku juga meleset, aku terperuk dibilik berek IPD Muazzam kerna
mertua lelaki abangku berpangkat sarjan dan belum lagi pencen. Sama saja aku
rasa bosan, aku mulai bosan dengan diriku sendiri.
Tahun
2014, kali ini aku beraya di perantauan di Depok Jakarta Indonesia, kerana
menuntut satu semester di University of Indonesia kerana terpilih sebagai salah
seorang pelajar pertukaran AIMS Asean International Mobility Student. Malam
persiapan raya aku membantu rakan-rakanku yang lain Ekin, Tim, Syida dan Muth.
Tapi keesokkannya sikap ku yg suka bersendirian dan waktu itu period aku
berdiam saja dalam bilik hingga azan Zohor. Bayangkan, pendiam ku dah makin
teruk. Keceriaan ku diragut semenjak arwah bapa dan mama ku telah tiada didunia
ini. Sementara Ariff (kekasih mulai 2009 dan bertunang Jan 2015) selesa berada
dilaut berbulan. Aku tak percayakan orang lain, dan hanya dia teman yang aku
selesa dan kongsi cerita.