Monday, September 24, 2012

https://docs.google.com/document/d/1sTTL08ed6R0iGDd35rJAnuaqBGEaS6sRrxzB2E9o1WY/edit

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG PADA KITA

Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita....

Thursday, September 20, 2012

Seekor burung
Pun jika mempunyai semangat dan cita-cita
Tinggi untuk terbang bebas
Sedangkan jasadnya terkurung
Ianya mampu membawa sangkar langit lepas!


Tuesday, September 18, 2012

Dunia Baru

Dunia berlegar disekelilingku
Bukan belum punya teman baru,
Namun semuanya terasa asing untukku,
Apa yang perlu aku lakukan???
Terasa kejahilan minda,
Namun sukar untuk aku luahkan,
Apa yang ada di isi hati ini!!!
Blogger teman setiaku,
BMart teman baruku,
Aminuddin Baki rumah baruku,
Namun terasa seakan masih kosong,
Ku harapkan semuanya indah berlalu,
Berikan aku kekuatan ya allah untuk lalui semua ini,
Hanya padamu ku bermunajat ,
Baik dari segi rohani dan jasmani,
Agar aku mampu terus berdiri ,
Bagi meraih sebuah kejayaan satu hari nanti.