Friday, October 19, 2012

Cerita Aku : Damaikanlah HatiKu

20 Oktober 2012 

Seperti kebiasaannya hujung minggu sebegini berjalan ke luar dari UKM mampu menghilangkan lelah dek kerana dinihari menghadap buku, tutorial, kerja di Bmart, namun pada har ini aku hanya suka mengasingkan diri dari berada diluar sana, bagi menguruskan masa yang bersisa dengan membelek buku nota seketika, membaca novel yang aku pinjam beberapa hari yang lalu di Perpustakaan Tun Seri Lanang, 'mengupdate' entry di blog sebagai teman setia ku meluahkan rasa.

Hanya satu persoalan yang membuatkan aku berfikiran yang tak sudah..Sepanjang sebulan lebih berada di sini, apa yang perlu aku capai untuk semester 1 ni??memang aku inginkn buat yang terbaik bagi pengajian ku sem ini, aku mohon sangat dapat Lulus ...bukan mudah berada disini mendapat cgpa3.50 , namun aku ingin sekali menjadi salah seorang yang mampu meraih cgpa 3.50 bagi sem ini..TAPI MAMPUKAH AKU??? Minggu demi minggu pensyarah mengajar dihadapan, terkadang aku akui, aku berkhayal seketika, kurang fokus pada setiap bicara yang dituturkan oleh Profesor berkenaan, mungkin disebabkan prof. tersebut tidak suka membazirkan masa, lantas setiap butir bicaranya menceritakan segala ilmu yang diketahuinya. Terkadang saling berpandangan dengan rakan disebelah "Awak, awk faham ke apa yang prof cakap tu?", namun jawapan diberikan kepadaku sekadar mengangkat bahu kepadaku. 

Tamatnya sesi kuliah, membuat aku rasa terbeban sangat yang tak pernah aku lalui pada suatu ketika dulu semasa belajar di Politeknik Kota Kinabalu. "Mengapalah sukar sangat nak faham bab tadi,tanya kawan pun kawan tak faham, tanya prof..aduyai prof cakap pun bahasa yang terlampau detail, bagi contoh pun sukar nak faham..Makin belajar tinggi2, makin banyak benda yg ta tak tahu.."Sesi muhasabah pada diri pun bermula...Aku segera 'mengoggle' cari berkenaan motivasi. 


       SAYA TIDAK KALAH APABILA BERADA DI BAWAH . SAYA HANYA KALAH         SEKIRANYA SAYA TIDAK BANGUN SEMULA DARI BAWAH 
> Dr. Shukri Abdullah

Monday, October 1, 2012

Tugasan 1: Aplikasi Komputer

https://docs.google.com/open?id=0B8J9e6x4K1H6eWc1WDJiT2NlMVk https://docs.google.com/open?id=0B8J9e6x4K1H6YXU2LWE1eVZoelU https://docs.google.com/document/d/1UQdc4dFHaK3xl_REOGbxMqbzuUQeFzDkyi1m0YRMJD0/edit
“Create your future from your future, not your past.” ~Werner Erhard

“Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan daripada masa silam”.
Alangkah hebatnya kalau kita semua mempunyai sifat dan sikap yang sama. Jika cara ini diamalkan oleh kita semua, proses menimba ilmu pasti menjadi sesuatu yang sangat mudah. Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, ikut resmi padi, semakin tunduk apabila semakin berisi.