Sunday, December 7, 2014

Langit tidak selalunya cerah

Mula - mula kenal semua indah, tak teks sehari mula gelisah, 
rasa macam tak nak berpisah.. Orang kata dia takde apa - apa
aku pun tak kisah, tapi itu dululah. Sekarang semua dah berubah,
dia dah kerja bergaji empat angka. Dalam diam dia menjauh, 
dia buat aku resah. Dia kata lima tahun sudah cukup lama untuk 
tahu lebih dan kurang tentangnya, jadi aku harus bersabar saja,
bukan cuma aku untuk terima perhatian darinya, sedihkan andai 
kamu jadi aku. Dan akhirnya aku terdiam dipenjara cinta ini, aku pujuk diri
menjauh pergi demi mengejar cita -cita yang ingin sangat aku raih, 
biar dia rasa apa akan jadi kalau aku tiada disisi, aku penat dan lelah
tentang mengenang derita ini, aku biarkan saja, pasrah pada illahi
andai saja aku dan dia punya jodoh sampai ke mati.



Saturday, September 27, 2014

Sebulan sudah di Jakarta

Sudah lama tak jumpa rindu hati pula bertandang ke blog ini.
Seperti kebiasaannya adakala saya suka menghabiskan menonton movie korea, berimaginasi yang tak mampu terjangkau oleh realiti. Sudah hampir sebulan lebih di Depok Jakarta, Indonesia. Alhamdulillah semuanya baik – baik saja, kesihatan baik, minda kurang terasah kerana banyak menghabiskan masa melihat apa yang ada di sekeliling, sementara duit asyik saja dibazir membeli pakaian yang tak sudah – sudah.

                 Entri kali ini, hanya sekadar berbasi bahasa saja hanya untuk meredhakan rindu di hati terkenang kampung halaman nun jauh di sana. Ins sya allah empat bulan kemudian, habislah sudah, lalu menjengah nanti Februari 2015 maka bermulalah diri ini berentap menyiapkan tesis yang menjadi tuntutan pelajar tahun akhir di alam Universiti bagi peringkat Izajah Sarjana Muda. Mudah-mudahan diri ini berkesempatan untuk konvokesyen juga pada November 2015 tahun hadapan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mohon doa dari teman sekalian.

                Alhamdulillah juga keputusan peperiksaan semester tiga lulus juga semua subjek untuk subjek Innovation and Change Management dan Public Health walaupun pointer jatuh dari 3.81 ke 3.33. Agak mengecewakan, tapi apakan daya dengan usaha yang tak seberapa, dan ketika itu banyak kesalahan yang dilakukan dengan membelakangi tanggungjawab sebagai seorang hamba, kelam kabut akibat pemergian ke Jakarta, semuanya berantakan menjadi kekeliruan sehinggalah semuanya kembali tenang menunggu keputusan apa yang seterusnya rancangan dariNYA, ampuni aku ya ALLAH, yang sering melupakanMU.


                Sekembalinya cerita, keberadaan diri ini disini, cara pembelajaran disini Universitas Indonesia Kampus Depok jauh sekali semasa sesi kuliah di Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Kebangsaan Malaysia, kerana budaya yang berbeza, bahasa ada sedikit berbeza, oleh itu selama hamper sebulan disini, Alhamdulillah hadirnya beberapa orang teman yang baik hati dan mudah berkongsi ilmu iaitu Afifah Amalia , Rifky dan Mazmur. Seusai sesi kuliah International Human Resources kami berempat banyak menghabiskan masa bersantai di ruang kafe Ui,bercerita tentang itu dan ini. Mudah – mudahan persahabatan ini kekal sampai bila – bila dan berpeluang lagi menambah ilmu dan pengalaman di tempat orang.

Monday, August 25, 2014

Direnung dgn Mata dan Disangka dgn Hati

Nyawa Cuma sekadar hinggap sekejap di Bumi,
Hamba tiada akan mati melainkan dengan izinNYA,
Pada ketika ianya merahsiakan dari aku,
Nyawa hamba bukanlah hamba miliki,
Kalau ini takdirnya ILLAHI,
Ambillah..
Kerana akhirnya kita semua akan mati,
Mengadu kisah kepada ILLAHI,
Melalui mata yang merenung, daripada hati yang menyangka.
Aku sering mendahulukan resahku atas suatu hakikat hidup,
Yang jauh lebih indah daripada apa yang direnung oleh mata dan disangka dengan hati.
Namun, pada hari ini,
Aku mendamaikan hatiku berlibur dengan teman-teman di kota Depok, Jakarta.
Dalam hening yang renggang, saja ingin mengetahui isi kota ini.
Berkenaan hidup yang tidak boleh hanya direnung dengan mata dan disangka dengan hati.

Menaiki angkot ( pengangkutan kota )



Friday, August 22, 2014

Di Laluan Ini






Ya Allah ajarkan aku erti redha,
Allah is always beside on me, right?
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan,
Jangan pernah anggap masalah itu adalah masalah berat yang sukar utk ditempuhi
Kerna pada ketika itu, ALLAH sedang mengujimu..Bersabarlah wahai diri..
When life gets too hard to stand, kneel.
Don’t forget to talk to HIM
Allah never fails to listen.

Permudahkan pengajian ku di Universitas Indonesia ya ALLAh..amin

Tuesday, August 19, 2014

Pada Pertama Kalinya

Lapangan Terbang

Sekembalinya dari Ukm, semester tiga udah ku lewati dengan dua subjek untuk menghabiskan sisa pengajian ku yang  berbaki lagi setahun. Mengisi masa lapang sehari dengan keluarga abang di Kuala Pilah, terasa rindu menjengah tatkala memikirkan penerbangan esok (17/8/2014) ke kota Jakarta untuk belajar sepanjang satu semester disana.
            Rindu kedua orang tua, semuanya terasa pantas saja masa berlalu. Rindu kekasih hati yang terpisah oleh jarak ini, mudah – mudahan niat mendirikan masjid Ogos 2015 dipermudahkan oleh sang maha pencipta. Lewat tengahari sampai di lapangan terbang  KLIA 2, ku menjengah memerhati setiap ruang, ku perhatikan empat rakan yang lain telah tiba dengan iringan kedua orang tua mereka, cemburunya melihat kebahagiaan mereka.
            Penerbangan ditunda selama setengah jam, dan sampai di perkarangan lapangan terbang Sokaerno Hatta International Airport jam enam petang, ruang lapangan terbang tidaklah sebesar KLIA2, namun kesibukan setiap inci dipenuhi oleh rakyat Indonesia. Ada yang menunggu sanak saudara, ada yang menanti dengan pengharapan agar menaiki teksi mereka. Alhamdulillah kami diiringi oleh van kuning dari Universitas Indonesia dengan bantuan Anza dan Mutiara Alam. Menariknya rakyat Indonesia disini aku suka keunikan nama dan pelbagai menu yang dapat dinikmati selagi mana engkau punya wang di tangan.

Depok Times Square dan Margo City
Rumah yang kami berlima sewa adalah dipanggil kosan Griya Jasta, kami sewa dua bilik, sementara aku sebilik dengan Fatimah dan Muthmainah, Alhamdulillah setakat ini adanya keserasian antara kami bertiga. Menghabiskan sisa berbaki dua hari sebelum orientasi mengenali sekeliling haruk piruk kota Depok Jakarta, Indonesia.

Pada pertama kalinya, aku merasakan tinggal dinegara asing, bermacam ragam yang ku perhatikan. Sungguh ada yang membahagiakan kerana dapat diberi peluang sebegini, yang pada hakikatnya aku sama saja seperti pengemis kota yang tidak mampu membiayai apa – apa, terima kasih ya ALLAH.

Wednesday, August 13, 2014

Nostalgia Perlakuan Tak Tertib

Daripada penulis
Kisah-kisah yang ada di dalam coretan ini ditulis melalui pengalaman dan penghayatan diri saya dari dulu hingga kini. Namun semuanya diusahakan menjadi mudah untuk pembaca bagi menghayati dan mengerti.
Semua kisah yang di inspirasi daripada kisah benar diri saya sendiri, ada yang kisah bermula dari suka-suka boleh menjadi duka dengan sepantas cuma yang bertujuan menjadi bahan bacaan mudah kepada pembaca.

Segala kekurangan yang ada di dalam coretan pada pertama kali ini, saya memohon keampunan kepada pembaca. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. dan yang kurang itu adalah daripada kekurangan saya sendiri sebagai seorang hamba yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Selamat membaca.

Nostalgia Perlakuan Tak Tertib
Sebagai tanda kekurangan saya pada masa lalu, saya sering mengingatkan diri saya berkenaan kisah ini. Walaupun saya tunggang-langgang bagi mengingatkan kisah itu, dan pada kebanyakan waktu adanya yang saya terlupa, namun saya tetap mencuba. Ia bukanlah kisah apa-apa tapi fikiran ini terasah tajam mencucuk hati bagi mengingatkan kisah itu agar tidak mengulanginya di kemudian hari.
Kisah dari anak kampung
Sepanjang perjalanan hidup dua puluh empat tahun ini, saya dibesarkan di sebuah keluarga sederhana yang berasal daripada Sandakan, Sabah, anak keenam daripada lapan orang adik -  beradik. Sememangnya kedua ibu bapa yang mempunyai seramai lapan orang anak bukan mudah untuk menyediakan segala keperluan makan minum, pendidikan, dan sebagainya terutama lagi arwah ayah bekerja sebagai tukang R3 di Jabatan Perhutanan Sabah. Namun apakan daya, seorang ayah dan ibu sanggup berhempas pulas saban hari demi menyediakan kehidupan yang selesa kepada anak – anak. Namun setiap keluarga mempunyai pasang surutnya menjalani norma – norma kehidupan, arwah ibu meninggal menghidap SLE dan meninggal ketika saya berusia 14 tahun, sementara ayah pada ketika itu baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan keluarga baru. Manakala arwah ayah meninggal ketika Semester Pertama Tahun 2 di UKM. Demi sebuah masa depan yang tak pasti, kedua kakak dan abang saya terpaksa berhenti belajar dari Tingkatan 6 bagi mencari nafkah bagi membiayai pendidikan kami yang masih kecil lagi dan tinggal menumpang di rumah nenek di Kampung Karamunting, Sandakan. Terlalu sukar untuk dilalui, namun bila dikenang kembali ianya mengajar saya menjadi lebih matang dan berusaha gigih tanpa perlu bergantung harap dengan sesiapa. Di menengah atas, saya menyibukkan diri dengan mengisi masa dengan mengikuti aktiviti persatuan kokurikulum dan bersukan bagi mendapatkan elaun sampingan jika menjadi atlet Gimnastik Artistik Majlis Sukan Sekolah Malaysia, dan akhirnya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia saya berjaya diterima menyambung pengajian sebagai pelajar diploma Politeknik Kota Kinabalu 2008 sehingga 2011 dan membuat pinjaman PTPTN. Selepas habis pengajian, saya mengisi masa lapang selama enam bulan menjadi pelatih kursus jahitan di Giatmara Sandakan dan selepas mengikuti kursus berkenaan saya bekerja disebuah syarikat swasta yang dikenali sebagai Aros Design Sdn. Bhd. di Sandakan, sebagai kerani yang ditawarkan gaji 600 sebulan. Hakikatnya walaupun mendapat kerja berkenaan dengan berbekalkan gaji sedemikian, tidaklah cukup untuk menampung perbelanjaan sara hidup dan kos pengangkutan ke tempat kerja. Namun saya kuatkan semangat,berazam dan berusaha sampai tak kenal erti putus asa untuk menjadi manusia yang lebih penyabar dan berusaha mengubah nasib diri. Saya lebih gemar hidup berdikari dan tidak meminta sumbangan wang dari abang- abang dan kakak-kakak, oleh itu dengan bermodalkan dana bantuan BR1M pada penghujung tahun 2011 saya membeli sebuah mesin jahit global, dengan tujuan membantu saya menambah pendapatan sampingan untuk menerima tempahan jahitan dari rakan-rakan. Allah maha mengetahui. Dia akan menguji hamba-Nya pada tahap yang hamba-Nya mampu menanggung, dan Allah sudah memberikan kita cara mencari jawapannya ada dalam konsep KESABARAN, dan untuk itu saya perlu kuat dan sabar mengharungi segala ujian yang perlu ditempuhi. Alhamdulillah pada Julai 2012 saya berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian ke UKM dalam bidang Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, dengan berbekalkan bantuan tiket penerbangan dari Zakat Sabah dan RM 1000 bagi dana yuran pengajian.
Hakikatnya, dana tersebut tidaklah cukup untuk saya melunaskan segala perbelanjaan kemasukan ke universiti, kerana dengan hanya bekerja setengah tahun dan segala simpanan saya dibelanjakan untuk kelengkapan barang dapur, kos pengangkutan, dan melunaskan perbelanjaan bil elektrik dan air, membuatkan saya rasa tertekan. Kiranya saya boleh putarkan masa, duit pinjaman PTPTN yang saya perolehi seharusnya saya belanja dan simpan dengan sebaik mungkin, tapi akibat mengikut nafsu muda memegang banyak duit sendiri, tiga tahun berada di Politeknik acapkali pada hujung minggu keluar beramai-ramai dengan rakan-rakan lain untuk menghabiskan duit menonton wayang, makan di restoran-restoran yang saya tak pernah rasa dan pergi semasa kecil, membeli-belah, dan akhirnya akibat amalan membazir berkenaan membuatkan saya tidak mempunyai simpanan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjanamuda. Nasib sahaja punya rezeki daripada sumbangan Zakat Sabah. Andai masa boleh kembali seperti dahulu, ingin saya simpan wang pinjaman PTPTN saya daripada habis begitu sahaja, sebagai manusia saya juga tak pernah lari daripada melakukan kesilapan, dan daripada kesilapan tak tertib yang saya lakukan itu seharusnya saya jadikan titik tolak agar tidak mengulanginya kembali.
Lapangan Terbang
Melempar senyuman ke luar jendela adalah antara kepandaian saya. Mudah bukan untuk kita berbuat begitu, kerana hati kian dihimpit ribuan rindu mengingat balik ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri disamping adik-beradik yang lain, walaupun ayah dan ibu telah pergi. Hati harus ceria dan berbunga.
            Kisahnya bermula daripada pendaftaran masuk beg ke kaunter. Seorang wanita tanpa berhijab yang saya rasakan lingkungan 30-an memanggil untuk datang ke kaunter berkenaan. Itu yang dia terjemahkan dalam bahasa tubuhnya. Dia menanyakan boarding pass dan kad pengenalan, yang saya berikan gambar barcode dari smart phone dan kad pengenalan. Kononnya tidak mempunyai kesempatan untuk mencetak kertas penerbangan berkenaan, walhal bagi menjimatkan kos dan menggunakan kecanggihan teknologi terkini. Beliau mengarah untuk meletakkan bagasi berkenaan, dengan rasa gagahnya saya letakkan bagasi berkenaan seperti yang diarahkan.
            “Awak dah scan luggage belum?” soal wanita berkenaan. Berkerut dahi terkesima seketika, dan bermonolog dalam hati “ Apasal aku boleh lupa scan dulu”. Lantas mengambil bagasi semula masuk ke dalam troli, dengan rasa cuak dan malu saya berkata “ Maaf, saya lupa”, “ Takpe, awak scan dulu kemudian datang sini semula”. Selang beberapa minit kemudian, saya kembali ke kaunter yang sama dengan wanita berkenaan serta menyerahkan barcode, kad pengenalan dan meletakkan bagasi tanpa dipinta.
            Sememangnya berat bagasi yang saya beli ialah 30 kg, namun berat barang-barang di bagasi saya telah melebihi dari yang sepatutnya iaitu 31.2 kg. Wanita berkenaan tidak memberi saya peluang untuk mengurangkan barang-barang yang ada di dalam bagasi itu, hasrat saya agar  tidak perlu membayar caj tambahan, tapi apakan daya disebabkan beliau tidak ingin melengahkan masa, terpaksa saya hulurkan not lima puluh ringgit bagi membayar caj tambahan bagasi. Akibatnya saya rasa tertekan, rancangan saya bagi berjimat tidak mencetak boarding pass terpaksa juga membelanjakan RM 50 untuk mematuhi prosedur penerbangan 1-10 kg caj sebanyak RM 50.00. Pengajarannya, saya berpesan pada diri sekiranya ingin berlepas menaiki pesawat saya perlu mencetak boarding pass, dan menimbang bagasi terlebih dahulu dan mengikut tertib yang sepatutnya bagi tidak menyusahkan diri di kemudian hari.

Saturday, June 14, 2014

Peperiksaan Tahun 2 Sem2 2014

siapalah aku?? exam mula jumaat kelmarin, kemudian minggu depan selasa( Teori Organisasi ) rabu (Research) jumaat (Strategic ) Isnin depannya (Compensation) mudah2an dipermudahkan ya allah..banyak masa yang ku bazirkan dengan sia-sia. Tapi tiada satu apa pun melekat di ruang minda..apakah soalan yang bakal ku temui nanti??? permudahkan ya allah..amin

Cenderahati AJK Bmart 2013-2014 Batch 3 Kolej Aminuddin Baki, Ukm

Wednesday, May 21, 2014

Beruntungkah Aku???


beruntunglah kamu yg masih mempunyai kedua ibubapa, yg boleh mendoakan...
ya allah, disaat aku hilang harapan dan tujuanku, yakinkanlah aku takdirmu ini jauh lebih baik daripada apa yang aku impikan...jangan biarkan aku jauh dari rahmat dan lindunganMU..bahaya ada dimana sahaja tak kira di Sabah, Selangor mahupun di Indonesia kelak.. hidup matiku aku tak tahu bila dan dimana, mungkin saja hari ini, esok,lusa dan bila2... masuk sekolah memang asalnya sendiri, bgtu juga ke poly, giatmara dan UKM, kawan2 ada dimana sahaja, ada yg ada ketika kita senang, ada yg ada ketika kita susah..dan akhirnya kembali dgn ALLah..tapi suatu hari nanti, kita pasti bersendiri hadapi onak duri ini yang penuh ranjau ini..cuma jgn riak dan sombong mjauhkn diri kita dari rahmatNYA..bukan manusia yg beri kita rezeki, tapi ALLAh swt..
#saja teringat pesan sahabat dan prof.ayu

Tuesday, May 20, 2014

Maafkan Bila Tak Sempurna MencintaiMU Ya Rabb

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Exchange Mobility Students AIMS- UI

Memang diluar jangkaan aku layak untuk ke Universitas Indonesia , Jakarta bermulai Ogos 2014 -Januari 2015...Banyak yang aku pertimbangkan saat ini...


Monday, May 19, 2014

Tidak Boleh Basuh Rambut Ketika Haid

Rambut adalah mahkota wanita. namun  Firman Allah Ta’ala yang bemaksud;
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada wanita-wanita Islam hendaklah mereka merendahkan pandangan mereka dan memelihara faraj mereka, dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutup dengan kain tudung mereka ke atas tempat yang terdedah dari bahagian atas dada mereka. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka……. (Surah al-Nur, 24:31).
FirmanNya lagi yang bemaksud;
Wahai Nabi katakanlah kepada isterimu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita Islam, mereka menyelubungkan melalui pakaian luar mereka ke atas diri mereka. Yang demikian itu adalah lebih hampir mereka dikenali lalu mereka tidak diganggu. (al-Ahzab, 33:59).
jelas menunjukkan bahawa ajib wanita melindungi mahkota rambutnya dari lelaki ajnabi.
penerangan dari segi saintifik pula,
Bulu roma yang terpanjang ialah rambut. Disebabkan ia mudah tercemar, penjagaan yang terbaik ialah dengan cara menutupnya daripada terdedah atau membasuhnya dengan kerap.
Kewajipan memakai tudung bagi kaum wanita bukan sekadar untuk menutup aurat, malah ia membantu mengelakkan pencemaran proton pada deria rambut.
Antara kesan pencemaran proton terhadap rambut ialah
1. Beberapa penyakit berkaitan spitirual mudah mengganggu.
2. Kelemahan sistem immune.
3. Mudah kemurungan.
4. Gangguan kecekapan Emotional Quotient (EQ).

namun; ketika haid, rambut dan kuku adalah 2 tempat terkeluarnya logam berat dalam tubuh wanita. maka untuk elakkan dari proses pengeluaran itu terganggu maka elakkan dari memotong kuku dan membasuh rambut ketika haid.
sebaliknya, kepada wanita yang tidak memakai tudung, ketika tidak dalam haid, dia perlu membasuh rambutnya setiap 3 jam sekali untuk meyeimbangkan proton.

Monday, May 12, 2014

Zikir Hati


Berubah itu senang,istiqamah itu payah...permudahkan hati ku , saudara sedarah sedagingku sendiri dan rakan2 hawa ku melabuhkn tdung dan pakaian, menjinakkan hati dan perilaku menjadi wanita yg terarah mengejar syurga...kepada yg muda dan yg tua juga menjadi contoh anak muda.

Mungkin aku silap, namun khilafku sendiri cuba mengunci mulut dari menegur hingga mengguris kata hati , namun apalah dayaku, aku pun tidak tlepas dari mlakukan khilaf,

tidak salah utk kita silap dmasa lalu, kerna itu mendewasakn kita.. berubahlah dari tak bertudung kepada bertudung, "APA KAU MAHU TUNGGU KEDUA ORG TUA MU SUDAH TIADA BARU ENGKAU BERUBAH?? ..dari yg berhijab sekerat atas dada sama2 kita labuhkan sikit demi sikit, mungkin mahal lebih bajet dari bidang 45, yg pntg2 berubah step by step..siapa tahu dosa dkurangkn sikit demi sikit..


Ku yang Dulu Bukanlah yg SEKARANG!!

sy dulu bukanlah baik mana, tadika cina , skolah rendah pun adapt dgn cina... kawan2 cina smua bijak2, membesar dgn budaya sbegitu, manalah aku tahu nilai sebuah tudung, kawan2 dlu pun bukan alim, 2x5 saja..msuk Poly kenal sama 1 "ustaz janggut" ni bgus teguran membina, awal2 btudung mmg panas, agak2la rambut mahal2 buat dr saloon, giatmara pun kwn2 semua gila nk melaram design2 baju, masa kerja smua staf tk btudung, tapi aku mulai selesa mengenakan tudung..masuk UKM ni fuhh alhamdulillah kesana kemari ada sj yg sejuk mata memandang bertudung labuh, sopan santun, aku mulai jatuh cinta, aku yg terasa malu dgn mereka ..nak tahu iman seseorang apabila dia kena tegur ..step by step aku berubah..kerna syurga itu mahal, dan modalnya adalah utk aku berubah dari sekarang...


1997 - 2002 SK ST GABRIEL


 12 May 2014 
2nd year FEP UKM
A.B.A.D.I
Annual Dinner Kolej AMINUDDIN BAKI 2014

Thursday, April 17, 2014

Ku Di Datangi Mimpi

semalam ku bermimpi didatangi wajah arwah mama, papa dan nenek dan dalam igauan mimpi sempat ku rasakn wujudnya pesanan yg sayup-sayup kedengaran, tapi hingga kini meninggalkan kesan yg mendalam..

seusai melewati tugasan yang bersisa di ruang kaca skrin laptop, dan terdetik diperbaringan, apa khabarnya arwah mama, papa dan nenek disana? tempatkanlah mereka dikalangan orang yg beriman dan dilapangkan kubur mereka dari seksa neraka dan azab kubur..

satu persatu ku didatangi igauan mimpi wajah hamba yang ku rindu saban hari.. alhamdulillah wajah dambaan hati ketiganya mengukir senyuman dan meninggalkan pesan " Cinta jangan sedih, papa disini baik-baik saja, yang penting selalu mendoakan ya"...Subhanallah ya ALLAH...adakah ini benar belaka? jika YA..kasihani kedua orang tua ku disana, tidak lupa juga arwah nenek2 dan atuk2.. mudah-mudahan perjanjian yang ku buat tika dirahim dan hingga dewasa kini menjadi anak yg senantiasa disenangi ..Alhamdulillah ujian itu berat, namun pabila sirna harapan dan kesabaran dijadikan intipati meneruskan perjuangan, kini aku mampu hadapi dengan senyum.

# apabila jari mula menaip, antara nikmat dan anugerah