Friday, November 23, 2012

Saya suka makan Yogurt =)


Tidak ramai yang menggemari amalan makan yogurt, mungkin kerana faktor rasanya yang masam. Namun yogurt sebenarnya terkandung banyak khasiat yang sangat baik untuk kesihatan dalam badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Melayukini.net – Kebaikan Amalkan Makan Yogurt |  Tidak ramai yang tahu bahawa badan manusia memerlukan bakteriayang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup. Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan.
Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.Jom ketahui apakah kebaikan amakan makan yogurt di bawah ini
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
Melayukini.net - Yogurt sememangnya makanan yang amat baik untuk diamalkan setiap hari. Namun tidak juga yang ramai mengegemarinya kerana mungkin ia seperti memakan susu masam. Namun itu pada permulaan. Jika sudah biasa, rasa masam itu akan menjadi sedap. Cubalah amalkan yogurt setiap hari.

Thursday, November 15, 2012

Cerita Ku : Tahun Baru

Berdoa hanya padaMU 
Kau kuatkanlah hatiku sepanjang tahun ini YA ALLAH
KAU bimbinglah diriku dari segala tipu muslihat syaitan
KAU hiaskanlah peribadiku dengan kalimah AL-QuranMU
Sebagai insan yang bahagia
dan membahagiakan insan lain di dunia MU yang sementara
Serta kekalkanlah kebahagiaan sentiasa disamping keluargaku yang tercinta
Permudahkanla YA ALLAH segala urusan dan pengajian ku di UKM.
Agar aku boleh meraih segulung ijazah dengan berbekalkan keimanan.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Cerita Ku : Mencari Bahagia Bersama MU

Tuhanku
sering kali ku sendu
terkadang kurasa pilu
Selalu juga didatangi sedih dan sayu
Hinggakan tersirna rasa syukurku
Malah pernah juga aku buntu
Namun...
Aku tak berhenti mengharapkan rahmat-Mu
Engkau kabulkanlah munajat tulusku

Kusedari
Tiap kali aku mohon daripada-Mu kebahagiaan
KAU temukan aku dengan ujian
Kerna tiada erti bahagia tanpa derita
Tiap kali aku mohon daripada MU kekayaan
KAU tetapkan untukku pekerjaan 
Kerana tiada kekayaan tanpa usaha pekerjaan
Tiap kali aku mohon daripada MU kesihatan
KAU datangkanku pelbagai kesakitan
Kerana sihat dirasai hanya selepas sakit


Thursday, November 1, 2012

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”