Wednesday, May 25, 2011
Tuesday, May 17, 2011
SIFAT WANITA SOLEHAH

Rasulullah bersabda,’Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah’. (Riwayat Muslim).*
Ciri-Ciri Wanita Solehah
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni’matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1- Taat kepada Allah dan RasulNya
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1- Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: ” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. “
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.
2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni’matan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: Ertinya:” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
taRikh Penting SejaRah SanDakan
TARIKH-TARIKH PENTING
SEJARAH SANDAKAN
(Tahun 1878 - 1960an)
| 11.2.1878 | William B. Pryer di beri kepercayaan oleh syarikat North Borneo Trading untuk mentadbir penempatan di Kampung Jerman yang telah dibuka oleh Kapten William Schuck untuk tujuan menjalankan perdagangan. |
| 15.6.1879 | Kampung Jerman terbakar kerana dipercayai kecuaian seorang penduduk kampung. |
| 21.6.1879 | Sandakan (Elopura) diasaskan oleh William B. Pryer. |
| Jun 1881 | Penduduk Sandakan meningkat ke 1,200 dari 698 jumlah |
| 1882 | Kwan Woo Kwong, seorang immigran dari Cina datang ke |
| 1883 | Sekolah rasmi pertama ditubuhkan di Sandakan oleh paderi Byron mubaligh Roman Katolik. Pembinaan gereja St Michael bermula dan ia mengambil |
| 1884 | Sandakan menjadi ibu negeri Sabah pada zaman |
| Feb 1885 | Kayu balak di eksport buat kali pertamanya ke Australia. Industri balak secara besar-besaran dimulakan secara tidak |
| 1887 | Kuil Cina bernama Sam Sing Kung siap di bina, salah satu kuil yang pertama dan tertua di bandar Sandakan. |
| 1889 | Sekolah St. Michael’s diasaskan oleh Rev. W. H. Elton dari mazhab Gereja Anglikan dari Persatuan Mubaligh |
| 1894 | Pembinaan telegraf dari Sandakan ke Labuan. |
| 8.4.1897 | Perhubungan melalui telegraf automatik berfungsi di antara |
| 1899 | Pada akhir tahun 1899 Jalan Leila diperbaiki. |
| Ogo 1902 | Kelab Rekreasi Sandakan yang pertama ditubuhkan. |
| 1909 | Bekalan eletrik bermula di Sandakan. |
| 1912 | Kereta mula kelihatan di bandar Sandakan. Wayang bergambar yang pertama di tayangkan di panggung |
| 1917 | Kelab Golf Sandakan ditubuhkan |
| 1920 | Syarikat Balak British Borneo ditubuhkan dan diberi kuasa |
| 1923 | Telefon berupa automatik diperkenalkan di Sandakan. |
| 1930 | Wayang Melayu (teater Melayu) diperkenalkan di bandar Sandakan. |
| 1942 | Jepun mula menguasai bandar Sandakan |
| 1945 | Beberapa askar pengaman datang ke Sandakan untuk memerangi tentera Jepun yang menahan tawanan di Batu 7 |
| 1946 | Peranan bandar Sandakan sebagai ibu negeri Sabah berakhir apabila (Jesselton) Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai ibu negeri baru Sabah. |
| 1952 | Syarikat Balak British Borneo tidak aktif dan membolehkan peniaga tempatan mendapatkan lesen membalak masing-masing. |
| 16.9.1963 | Sandakan menyambut Hari Kemerdekaan Sabah dengan penuh semangat. |
TEmpat-tempat MeNaRik di SanDaKan
Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Antara yang unik di pulau ini adalah dua buah bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api. Kawasan curam bukit tersebut adalah Hutan Simpanan di mana terdapat banyak tumbuhan tempatan yang hanya boleh didapati di kawasan pinggir laut yang menjadi tumpuan ahli botani. Terdapat sebuah kampung di bahagian barat pulau yang bersambung dengan tanah lapang ke pantai yang dilengkapi dengan kemudahan perkelahan. Di hujung bahagian Selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan. Terdapat beberapa gua di tebing karang ini. Sebelum Perang Dunia Ke-2 Pulau Berhala pernah digunakan sebagai penempatan pesakit kusta, manakala semasa Perang Dunia ke-2 pula Orang Jepun menggunakan Pulau Berhala sebagai ‘Pusat Tahanan Perang’. Puan Agnes Keith merupakan salah seorang daripada tahanan perang di antara bulan Mei 1942 hingga January 1943 sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Pada masa ini Pulau Berhala merupakan salah sebuah tempat perkelahan yang terkenal. ![]() | |
![]() | ![]() |
Di seberang Pulau Libaran, 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat sekelompok pulau-pulau yang terdiri daripada tiga pulau kecil yang berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang terutama di timur-selatan Asia di mana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya. Penyu-penyu ini biasanya bertelur pada waktu malam selepas pukul 8 bila air surut. Pada masa itu anda boleh menyaksikan penyu-penyu yang mendarat mengorek lubang di pantai dan bertelur ke dalamnya.
Penyu-penyu yang bertelur di pulau-pulau ini ialah 83% ‘Green Turtles’ dan 17% ‘Hawksbill Turtles’. Kebanyakan ‘Green turtles’ bertelur di Pulau Selingan manakala kebanyakan ‘Hawksbill Turtles’ bertelur di Pulau Gulisan, kerana terdapat terumbu karang yang luas di kawasan ini. Manakala sebahagian kecil dari kedua-dua jenis penyu ini bertelur di Pulau Bakkungan Kecil. Penyu-penyu ini bertelur sepanjang tahun, tetapi kemuncak ia bertelur ialah pada bulan Julai hingga bulan Oktober bagi ‘Green Turtles’ yang bertelur lebih kurang 110 biji dalam satu lubang dan Februari hingga April bagi ‘Hawksbills Turtles’ yang bertelur di antara 70 hingga 180 biji telur sekali. Telur-telur ini akan di peram selama 50-60 hari sebelum ia menetas menjadi anak penyu dan berenang balik ke laut. Dalam penyelidikan, penyu-penyu betina ini akan kembali untuk bertelur selepas 20 tahun dan akan kembali bertelur selepas beberapa tahun berikutnya. Di antara pulau-pulau penyu ini, Pulau Selingan juga merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik. Dengan menggunakan bot laju anda boleh menyaksikan keindahan pulau ini dan kejernihan lautnya yang cantik dengan beraneka jenis ikan. Pulau Selingan terdapat sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan. Ia mempunyai 15 buah bilik yang mempunyai bilik mandi. Chalet ini juga mempunyai restoran.
Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan. Pada tahun 1957, pembalakan telah diharamkan dan pasukan simpanan telah dilantik untuk membuat penyelidikan. Dalam tahun 1963 semasa Sabah merdeka dalam Malaysia, Jabatan Perhutanan telah menbentuk satu Cawangan Penjaga Binatang Perburuan (Game Branch). Pada masa itu, dipercayai bahawa orang-utan ialah binatang yang susah didapati dan makin berkurangan. Musim itu juga anak-anak orang-utan sangat terkenal sebagai binatang perliharaan di kalangan rakyat Sabah dan di tempat lain. Anak-anak orang-utan biasanya di tangkap semasa pembalakan dan pembersihan hutan. Dengan adanya Cawangan Penjaga Bintang Perburuan ini, satu undang-undang baru telah dikeluarkan iaitu ‘Dilarang menangkap dan memelihara orang-utan’. Oleh itu Sepilok telah dipilih sebagai sebuah pusat pemuliharaan orang utan. Pelawat-pelawat boleh ke pelantar untuk melihat orang-orang utan datang dari dalam hutan untuk mendapatkan makanan dua kali sehari mereka iaitu susu dan pisang. Masa-masa memberi makan setiap hari ialah pada pukul 10:00 pagi dan 3:00 petang.
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu lagi kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk pelancung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi. Santuari ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan. Ia terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke pusat ini. Separuh daripada jalan tersebut adalah jalan gravel. Bagi sesiapa yang suka melihat haiwan unik ini, ini adalah suatu kemestian untuk melawat tempat ini. Jadual waktu pemerhatian ialah pada 11.30 pagi - 1.30 petang dan 4.30 petang - 6.00 petang.
Taman Buaya merupakan pusat pemeliharaan buaya berlesen yang tunggal di Sabah. Pemilik Pusat ini, merupakan keluarga yang memiliki beberapa buah kapal ikan yang besar. Selama ini banyak anak-anak buaya telah dijualnya kepada orang awam, terutamanya nelayan yang gemar memelihara buaya. Jumlah yang didapatinya sehingga tahun 1970an ialah 1,000 ekor buaya, ada yang telah disembelih untuk mendapatkan kulitnya yang berharga untuk diekspot, manakala
isinya yang sedap (bagi sebahagian orang) di jual kepada orang tempatan. Sehingga tahun 1982 Perdagangan Persidangan Peraturan Sedunia (International Convention Regulating Trade) Kerajaan Sabah telah mengharamkan pembunuhan buaya. Dengan ini buaya telah di pelihara. Di Taman Buaya ini terdapat lebih kurang 3,000 ekor buaya pada keseluruhannya. Selain buaya, Taman ini juga mempamerkan beraneka jenis binatang dan ikan-ikan tropika yang cantik dan besar. Taman Buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan. Taman Perikanan Jaya dirancang dan direka khas untuk memberi pengalaman memancing ikan-ikan segar terus dari
kolam ikan yang disediakan. Ia terletak di Batu 11, di kawasan Hutan Hujan Tropika dengan keluasan 5.24 ekar. Ini merupakan tempat untuk berehat dan bergembira di samping melakukan aktiviti memancing bersama keluarga pada hujung minggu atau hari cuti. Masa pembukaan ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 2.00 dan Kanak-kanak RM1.00 manakala bayaran untuk manancing ikan ialah RM 5.00 seorang termasuk bayaran tiket masuk dan sewaan peralatan memancing. Terdapat pelbagai ikan untuk dipancing, antaranya ialah ikan kurapu, ikan merah, tilapia, patin dan kuratang. Ikan-ikan yang di pancing akan dikenakan bayaran mengikut saiz dan beratnya.
kolam ikan yang disediakan. Ia terletak di Batu 11, di kawasan Hutan Hujan Tropika dengan keluasan 5.24 ekar. Ini merupakan tempat untuk berehat dan bergembira di samping melakukan aktiviti memancing bersama keluarga pada hujung minggu atau hari cuti. Masa pembukaan ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 2.00 dan Kanak-kanak RM1.00 manakala bayaran untuk manancing ikan ialah RM 5.00 seorang termasuk bayaran tiket masuk dan sewaan peralatan memancing. Terdapat pelbagai ikan untuk dipancing, antaranya ialah ikan kurapu, ikan merah, tilapia, patin dan kuratang. Ikan-ikan yang di pancing akan dikenakan bayaran mengikut saiz dan beratnya.
Semasa Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun sebagai pusat khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk menahan orang-orang tahanannya. Satu daripada khemah ini terletak di belakang Taman Rimba, Batu 8, Jalan Labuk. Kebanyakan orang-orang tahanannya adalah terdiri daripada orang Australia. Tinggalan bangunan dan peralatan-peralatan yang lama masih boleh dijumpai di kawasan ini. Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta kawan-kawan orang-orang tahanan Australia, tempat ini telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingatkan jasa-jasa mereka semasa penjajahan Jepun.
Dalam angkaran yang dibuat terdapat 2,000 orang tahanan Australia dan 750 orang British telah d itahan di Daerah Sandakan. Pada tahun 1944, bulan September jumlah tahanan yang tinggal ialah 1,800 orang Australia dan 600 orang British. Mereka tidak diberi makanan, dan ramai yang jatuh sakit. Dalam bulan September ini juga, walaupun sakit mereka di paksa berjalan kaki melalui hutan-rimba sehingga ke Ranau. Selama setahun perjalanan menuju ke Ranau, jumlah orang tahanan yang sebanyak 2,400 telah tinggal menjadi 6 orang saja. Perjalanan menuju ke Ranau ini dikenali sebagai ‘Death March’.
Agnes Keith adalah seorang rakyat Amerika yang tinggal di Sandakan dari tahun 1934 hingga 1952 bersama suaminya Harry Keith, seorang konservator pengarah pertanian. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah papan yang cantik letaknya di Jalan Istana, Bukit Merah. Rumah ini telah musnah semasa perang dunia kedua dan dibina semula oleh kerajaan mengikut reka bentuk Harry Keith. Beliau kembali bertugas selepas perang dunia kedua. Agnes Keith ialah seorang penulis yang mahir dan seorang pemerhati yang tidak berat sebelah. Beliau telah menulis tiga buah buku yang mengambarkan keadaan dan kehidupan di Sandakan pada masa itu, tajuk-tajuk buku yang dikarangnya ialah ‘Land below the Wind’, ‘Three came home’ dan ‘White man returns’. Buku bertajuk "Land Below The Wind" telah mempopularkan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri di bawah bayu di peringkat antarabangsa. Rumah Agnes Keith akan dijadikan Muzium Cawangan Sandakan.ST. MICHAEL AND ALL ANGELS CHURCH
Pada tahun 1888, Reverend W H Elton dari Persatuan Mubaligh Gereja di England telah membina sebuah sekolah
yang kecil diberi nama Sekolah Saint Michael’s di Sandakan. Di sekolah ini juga tempat untuk bersembahyang bagi orang-orang yang beragama Kristian. Dari ini datangnya buah fikiran untuk membina sebuah bangunan Gereja yang sempurna iaitu Gereja Saint Michael dan Semua Malaikat (Saint Michael and All Angels Church). Gereja St. Michael merupakan sebuah bangunan batu teguh yang pertama di Sandakan. Bangunan ini di reka oleh seorang New Zealand, Encik B W Mountfort, kerja pembinaan dimulakan pada tahun1893. Pada mulanya kayu belian digunakan dan diikuti batu-bata, yang dipercayai dari kampung Sim Sim. Pembinaan bangunan gereja ini telah mengambil masa lebih kurang 20 tahun dibuat daripada batu batan. Gereja Saint Michael masih kekal sebagai antara satu daripada beberapa buah bangunan batu yang tinggal dan merupakan antara pembinaan yang terbaik di Sandakan.Kuil Puu Jih Shih merupakan kuil yang terbesar di Sandakan. Letaknya di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan Kuil Puu Jih Shih yang cantik dan sifatnya curam dan kemewahannya membuatnya begitu mudah ternampak di Bandar Sandakan. Pembinaan telah menggunakan US$1 juta dan mengambil masa tiga tahun.
Untuk memperlengkapkan hiasan dalaman ia memerlukan lebih kurang US$1 juta, dan akhir sekali dirasmikan pada 26 September 1987. Pintu depan kuil ini menghadap bukit yang curam. Tiga patung Buddha yang berada diatas tempat pemujaan hampir memenuhi kawasan dalam kuil ini. Setiap patung dibuat daripada kayu jati dan di palut lapisan emas serta cat emas. Ketinggian patung ini ialah 23 kaki dengan keberatan ½ tan. Terdapat tanglung-tanglung yang tingginya 20 kaki di buat dari Taiwan, setiap tanglung ini mempunyai lampu yang berasingan sebanyak 1,700 buah di sisi tempat pemujaan. Terdapat juga banyak tempat pemujaan yang kecil dan patung-patung buddha di setiap tepi kuil ini, kesemua tempat pemujaan dan patung-patung Buddha ini di impot dari Macau. 34 tiang-tiang di kuil ini juga di buat dari Macau dan terdapat ukiran naga dari kayu jati dan lapisan emas.
Untuk memperlengkapkan hiasan dalaman ia memerlukan lebih kurang US$1 juta, dan akhir sekali dirasmikan pada 26 September 1987. Pintu depan kuil ini menghadap bukit yang curam. Tiga patung Buddha yang berada diatas tempat pemujaan hampir memenuhi kawasan dalam kuil ini. Setiap patung dibuat daripada kayu jati dan di palut lapisan emas serta cat emas. Ketinggian patung ini ialah 23 kaki dengan keberatan ½ tan. Terdapat tanglung-tanglung yang tingginya 20 kaki di buat dari Taiwan, setiap tanglung ini mempunyai lampu yang berasingan sebanyak 1,700 buah di sisi tempat pemujaan. Terdapat juga banyak tempat pemujaan yang kecil dan patung-patung buddha di setiap tepi kuil ini, kesemua tempat pemujaan dan patung-patung Buddha ini di impot dari Macau. 34 tiang-tiang di kuil ini juga di buat dari Macau dan terdapat ukiran naga dari kayu jati dan lapisan emas.Masjid Kecil Sandakan yang pertama, di bina pada awal tahun 1880, masjid tersebut hilang dan tidak dapat
di kesan lagi. Selepas perang dunia kedua, Masjid Bandar di bina di atas sebuah bukit berhampiran ‘Old Slipway’. Masjid ini kecil dan tidak dapat memuat ramai orang. Keperluan untuk mendapat sebuah masjid yang lebih besar dan tapak yang sesuai mula ketara pada tahun 1970. Sehingga tahun 1984 keperluan untuk mendapatkan sebuah masjid baru, iaitu Masjid Besar Sandakan telah menjadi kenyataan, pembinaan telah dimulakan sehingga tahun 1988 pembinaan ini siap. Walaupun Masjid Besar Sandakan ini sederhana tetapi ia kelihatan anggun dan tetap menarik perhatian dengan lokasinya yang terletak di Teluk Sandakan.
di kesan lagi. Selepas perang dunia kedua, Masjid Bandar di bina di atas sebuah bukit berhampiran ‘Old Slipway’. Masjid ini kecil dan tidak dapat memuat ramai orang. Keperluan untuk mendapat sebuah masjid yang lebih besar dan tapak yang sesuai mula ketara pada tahun 1970. Sehingga tahun 1984 keperluan untuk mendapatkan sebuah masjid baru, iaitu Masjid Besar Sandakan telah menjadi kenyataan, pembinaan telah dimulakan sehingga tahun 1988 pembinaan ini siap. Walaupun Masjid Besar Sandakan ini sederhana tetapi ia kelihatan anggun dan tetap menarik perhatian dengan lokasinya yang terletak di Teluk Sandakan.
Kuil Sam Sing Kung merupakan salah sebuah kuil yang tertua di Sandakan. Pada tahun 1887, dengan usaha bersama Persatuaan Kantonis, Teochew, Hakka dan Hainanese, Kuil Sam Sing Kung telah di bina di bahagian kaki bukit berdekatan dengan Kuil Kuan Ying. Kuil ini merupakan kuil yang terletak berdekatan dengan Padang rekreasi Sandakan. Kuil Sam Sing Kung merupakan Tiga orang suci di puja disini iaitu : ‘Kwan Woon Cheung’ (moyang Kwan Clan dan Buddha keadilan), Buddha Tin Hou (di puja oleh orang-orang yang bekerja di laut seperti nelayan) dan Maharaja Min Cheong (di puja oleh sesiapa yang ingin menduduki/lulus peperiksaan).Monday, May 9, 2011
Nabi Yusuf
Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke-12 al-Qur'an. Nama surah itu pun mengambil sempena nama Nabi Yusuf, iaitu Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 S.M, iaitu kira-kira 3,700 tahun dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.
Kisah Nabi Yusuf adalah cerita yang paling baik dalam al-Qur'an. Firman-Nya:
"Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur'an ini" (12:3).
Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapanya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.
"Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, 'Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya" (12:4).
Setelah mendengar cerita Yusuf, bapanya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya. Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya interpretasi mimpi.
Abang-abangnya tidak suka padanya kerana mereka sangka Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa mereka daripada mereka. Lalu mereka bercadang untuk membunuh atau membuang Yusuf ke tempat lain. Akan tetapi,
"Seorang daripada mereka berkata, 'Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu melakukan'" (12:10).
Setelah menetapkan rancangan itu mereka pergi kepada bapa mereka, meminta kebenarannya, supaya Yusuf dapat pergi bersama mereka untuk bersuka-suka dan bermain-main pada keesokan hari.
Pada mulanya bapa mereka keberatan untuk membenarkan Yusuf pergi bersama mereka, dengan berkata "Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya" (12:13).
"Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, lalu Kami mewahyukannya, 'Kamu akan memberitahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak menyedari'" (12:15).
Mereka balik kepada bapa mereka pada waktu isyak, menangis dan berkata, "Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami, lalu serigala memakannya. Tetapi ayah tidak akan mempercayai kami, walaupun kami berkata benar."
Dan, mereka menunjukkan baju Yusuf dengan darah palsu padanya. Bapanya berkata, "Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan."
Tidak lama kemudian, pengembara-pengembara datang ke perigi di mana Yusuf berada di dasarnya. Mereka mengutus seorang pengambil air lalu dia menurunkan timbanya. Tiba-tiba dia berkata, "Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda."
Mereka mengambil Yusuf dan merahsiakannya sebagai barang dagangan; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. Kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, hanya beberapa dirham sahaja, kerana mereka tidak menghargainya.
Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, "Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak sendiri."
Dengan itu, Tuhan meneguhkan Yusuf di bumi supaya Dia mengajarnya interpretasi mimpi.
Maka tinggallah Nabi Yusuf bersama orang Mesir yang membelinya sehingga dewasa. Dia menjadi seorang lelaki yang amat kacak. Kekacakan beliau membuatkan perempuan, yang di rumahnya dia tinggal, tergoda.
Perempuan itu menutup pintu-pintu seraya berkata, "Marilah kepadaku!" Yusuf menjawab, "Pada Allah berlindung! Sesungguhnya tuanku telah memberi aku tempat tinggal yang baik!"
Kalau tidak kerana pertolongan Allah, Nabi Yusuf turut tergoda pada perempuan itu. Kedua-duanya lari ke pintu, dan perempuan tersebut mengoyakkan baju Yusuf dari belakang.
Mereka mendapati ketua mereka di depan pintu. Perempuan itu berkata, "Apakah balasan bagi orang yang menghendaki kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan bahawa dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?"
Yusuf berkata, "Dia yang menggoda saya". Lalu seorang daripada ahli keluarga itu memberi suatu penjelasan, "Jika bajunya dikoyakkan di bahagian depan, maka perempuan itu telah berkata benar, dan Yusuf berdusta, tetapi jika bajunya dikoyakkan di bahagian belakang, maka perempuan itulah yang berdusta, dan Yusuf orang yang benar."
Apabila ketua mereka melihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, "Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar. Yusuf, berpalinglah daripada ini, dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu bersalah."
Kejadian itu sampai ke telinga wanita-wanita tertentu di kota. Mereka berbisik, "Isteri Gabenor menggoda pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta!"
Setelah isteri Gabenor mendengar bisikan-bisikan licik mereka, dia mengutus kepada mereka, dan menyediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia memberikan tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau.
Kemudian, dia menyuruh Yusuf pergi kepada perempuan-perempuan tersebut. Apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka memotong tangan-tangan mereka, dengan berkata, "Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia."
Lalu isteri Gabenor berkata, "Inilah dia orangnya yang kamu mencela aku dengannya. Benar, aku telah menggoda dia, tetapi dia menolak. Dan, jika dia tidak membuat apa yang aku memerintahkannya, dia akan dipenjarakan."
Yusuf berkata, "Pemeliharaku, penjara lebih aku menyukai untukku daripada apa yang mereka menyeru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak memalingkan muslihat mereka daripada aku, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku menjadi orang yang bodoh."
Pemeliharanya pula menyahutinya, dan Dia memalingkan daripadanya muslihat perempuan-perempuan itu; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
Maka Yusuf dimasukkan ke dalam penjara. Bersama dia adalah dua orang pemuda. Seorang daripada mereka berkata, "Aku bermimpi bahawa aku memerah anggur." Berkata yang lain, "Aku bermimpi bahawa aku membawa roti di atas kepalaku dan burung-burung makan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya. Kami melihat bahawa kamu adalah orang yang berbuat baik."
Yusuf berkata, "Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan menuangkan minuman arak untuk tuannya; bagi yang satu lagi, dia akan disalib, dan burung akan makan sebahagian daripada kepalanya."
Kemudian dia berkata kepada orang yang dia menyangka akan diselamatkan antara keduanya, "Sebutlah aku kepada tuan kamu." Akan tetapi, syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutnya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.
Suatu hari, raja berkata, "Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku."
Tiada seorang pun antara mereka yang tahu. Kemudian pemuda yang telah diselamatkan dahulu berkata, setelah teringat, "Aku sendiri akan memberitahu kamu interpretasinya, maka utuslah aku."
"Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus memakan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering, supaya aku kembali kepada mereka agar mereka mengetahui."
Yusuf berkata, "Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Selepas itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah."
Raja berkata setelah mendengar interpretasi mimpi oleh Yusuf yang dibawa oleh utusannya, "Datangkanlah dia kepadaku." Apabila utusan itu tiba, Yusuf berkata, "Kembalilah kepada tuan kamu, dan tanyalah dia, mengenai wanita-wanita yang memotong tangan mereka?"
Raja bertanya, "Apakah urusan kamu, perempuan-perempuan, apabila kamu menggoda Yusuf?" Mereka menjawab, "Dijauhkan Allah! Kami tidak mengetahui kejahatan padanya."
Isteri Gabenor berkata, "Sekarang yang benar akhirnya menjadi nyata. Sayalah yang menggodanya."
Raja berkata, "Datangkanlah dia kepadaku. Aku akan mendekatkannya dengan diriku." Setelah Yusuf berada dengannya, dia berkata kepada Yusuf, "Pada hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan kami."
Yusuf berkata, "Lantiklah saya kepada perbendaharaan bumi ini; saya adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."
"Maka Kami meneguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia kehendaki, dan Kami tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik" (12:56).
Suatu hari, saudara-saudara Yusuf datang lalu masuk kepadanya. Dia kenal akan mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya. Mereka datang untuk meminta pertolongan makanan.
Setelah Yusuf menyiapkan bekal untuk mereka, dia berkata, "Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu melihat aku menepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu? Tetapi jika kamu tidak mendatangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan bagi kamu denganku, dan tidak juga kamu dapat mendekatiku."
Mereka menjawab, "Kami akan memujuk bapa kami; itu kami akan buat."
Lalu Yusuf menyuruh budak-budak suruhannya meletakkan balik barang-barang mereka (yang dibawa untuk mengganti bekalan makanan daripada Yusuf) ke dalam pundi-pundi mereka supaya mereka mengenalinya apabila mereka balik kepada keluarga mereka.
Apabila mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, "Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami, maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami mendapatkan sukatan itu. Sesungguhnya kami akan menjaganya."
Bapa mereka berkata, "Adakah aku akan mempercayai kamu kepadanya seperti aku mempercayai kamu kepada saudaranya dahulu?"
Dan, apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka mendapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita menginginkan lagi? Barang-barang kita dikembalikan kepada kita, dan kita mendapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan menjaga saudara kita; kita akan mendapat tambahan beban seekor unta. Itulah sukatan yang mudah."
"Aku tidak akan mengutusnya bersama kamu sehingga kamu memberi aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan mendatangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi." Apabila mereka telah memberikannya janji mereka, dia berkata, "Allah menjadi Wakil atas apa yang kami ucapkan."
Maka apabila mereka masuk kepada Yusuf sekali lagi, dia mengambil saudaranya kepadanya, seraya berkata, "Aku saudara kamu; maka janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang mereka buat."
Kemudian, apabila Yusuf menyiapkan persiapan untuk mereka, dia meletakkan gelas minumannya ke dalam pundi saudara yang diambilnya.
Sedang mereka mula bertolak untuk kembali kepada keluarga mereka, datang pula orang yang menyeru, "Hai kafilah, kamu adalah pencuri!"
Mereka bertanya sambil mendekati orang yang menyeru, "Apa yang kamu hilang?"
"Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan mendapat beban seekor unta; itu aku jamin."
Mereka berkata, "Demi Allah, kamu mengetahui bahawa kami tidak datang untuk membuat kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri."
"Apakah balasannya jika kamu adalah pendusta?"
"Balasannya - dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah kami membalas orang-orang yang zalim."
"Maka dia (Yusuf) memulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia mengeluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami membuat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh mengambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah menghendaki.Mereka berkata, "Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu." Tetapi Yusuf merahsiakannya di dalam dirinya, dan tidak menampakkannya kepada mereka, dengan berkata, "Kedudukan kamu lebih buruk; Allah sangat mengetahui apa yang kamu menyifatkan."Mereka berkata, "Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang yang berbuat baik."Berkata, "Allah menegah bahawa kami patut mengambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami mendapati barang kami padanya, kerana jika kami berbuat demikian, tentulah kami menjadi orang-orang yang zalim" (12:76-79).
Apabila mereka kembali kepada bapa mereka dan menceritakan hal saudaranya yang mencuri dan ditahan di Mesir kedukaan bapanya bertambah,
"Dan dia berpaling daripada mereka, dan berkata, 'Aduhai, dukacitaku untuk Yusuf!' Dan kedua-dua matanya menjadi putih kerana kesedihan yang mencekiknya di dalam dirinya" (12:84).
Kemudian dia berkata, "Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Janganlah berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum yang tidak percaya (kafir)."
Lalu mereka pergi kepada Yusuf dan berkata, "Wahai al-aziz, penderitaan telah menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedekah."
Yusuf bertanya, "Adakah kamu mengetahui apa yang kamu melakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?"
Mereka menjawab, "Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?"
Dia berkata, "Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik."
Mereka berkata, "Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih menyukai kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah."
Yusuf berkata, "Tidak ada celaan pada hari ini kepada kamu; Allah mengampuni kamu; Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lemparlah ia kepada muka ayahku, dan dia akan memperoleh kembali penglihatannya; kemudian datangkanlah kepadaku keluarga kamu kesemuanya."
Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, "Sesungguhnya aku mendapati bau Yusuf, melainkan kamu menuduh aku nyanyuk."
Mereka berkata, "Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu."
Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan melemparkan baju Yusuf ke mukanya, tiba-tiba dia kembali dapat melihat. Dia berkata, "Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?"
Mereka berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah."
"Sungguh, aku akan meminta Pemeliharaku untuk mengampuni kamu; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih."
Kemudian mereka berangkat ke Mesir untuk menemui Yusuf.
"Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia mengambil ibu dan bapanya kepadanya, dengan berkata, 'Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah mengkehendaki, dalam keadaan aman.'Dan dia menaikkan ibu dan bapanya ke atas singgahsana; dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, 'Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi mimpi. Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang soleh" (12:99-101).
Kisah Nabi Idris AS Melihat Surga dan Neraka
Setiap hari Malaikat Izrael dan Nabi Idris beribadah bersama. Suatu kali, sekali lagi Nabi Idris mengajukan permintaan. “Bisakah engkau membawa saya melihat surga dan neraka?”
“Wahai Nabi Allah, lagi-lagi permintaanmu aneh,” kata Izrael.
Setelah Malaikat Izrael memohon izin kepada Allah, dibawanya Nabi Idris ke tempat yang ingin dilihatnya.
“Ya Nabi Allah, mengapa ingin melihat neraka? Bahkan para Malaikat pun takut melihatnya,” kata Izrael.
“Terus terang, saya takut sekali kepada Azab Allah itu. Tapi mudah-mudahan, iman saya menjadi tebal setelah melihatnya,” Nabi Idris menjelaskan alasannya.
Waktu mereka sampai ke dekat neraka, Nabi Idris langsung pingsan. Penjaga neraka adalah Malaikat yang sangat menakutkan. Ia menyeret dan menyiksa manusia-manusia yang durhaka kepada Allah semasa hidupnya. Nabi Idris tidak sanggup menyaksikan berbagai siksaan yang mengerikan itu. Api neraka berkobar dahsyat, bunyinya bergemuruh menakutkan, tak ada pemandangan yang lebih mengerikan dibanding tempat ini.
Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrael membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.
Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilahkan para penghuni surga untuk memasuki tempat yang mulia itu.
Waktu melihat isi surga, Nabi Idris kembali nyaris pingsan karena terpesona. Semua yang ada di dalamnya begitu indah dan menakjubkan. Nabi Idris terpukau tanpa bisa berkata-kata melihat pemandangan sangat indah di depannya. “Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…” ucap Nabi Idris beulang-ulang.
Nabi Idris melihat sungai-sungai yang airnya bening seperti kaca. Di pinggir sungai terdapat pohon-pohon yang batangnya terbuat dari emas dan perak. Ada juga istana-istana pualam bagi penghuni surga. Pohon buah-buahan ada disetiap penjuru. Buahnya segar, ranum dan harum.
Waktu berkeliling di sana, Nabi Idris diiringi pelayan surga. Mereka adalah para bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang amat tampan wajahnya. Mereka bertingkah laku dan berbicara dengan sopan.
Mendadak Nabi Idris ingin minum air sungai surga. “Bolehkah saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali.”
“Silahkan minum, inilah minuman untuk penghuni surga.” Jawab Izrael. Pelayan surga datang membawakan gelas minuman berupa piala yang terbuat dari emas dan perak. Nabi Idris pun minum air itu dengan nikmat. Dia amat bersyukur bisa menikmati air minum yang begitu segar dan luar biasa enak. Tak pernah terbayangkan olehnya ada minuman selezat itu. “Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” Nabi Idris mengucap syukur berulang-ulang.
Setelah puas melihat surga, tibalah waktunya pergi bagi Nabi Idris untuk kembali ke bumi. Tapi ia tidak mau kembali ke bumi. Hatinya sudah terpikat keindahan dan kenikmatan surga Allah.
“Saya tidak mau keluar dari surga ini, saya ingin beribadah kepada Allah sampai hari kiamat nanti,” kata Nabi Idris.
“Tuan boleh tinggal di sini setelah kiamat nanti, setelah semua amal ibadah di hisab oleh Allah, baru tuan bisa menghuni surga bersama para Nabi dan orang yang beriman lainnya,” kata Izrael.
“Tapi Allah itu Maha Pengasih, terutama kepada Nabi-Nya. Akhirnya Allah mengkaruniakan sebuah tempat yang mulia di langit, dan Nabi Idris menjadi satu-satunya Nabi yang menghuni surga tanpa mengalami kematian. Waktu diangkat ke tempat itu, Nabi Isris berusia 82 tahun.
Firman Allah:
“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).
***
Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.
Pada saat Nabi Muhammad sedang melakukan perjalanan Isra’ Mi’raj ke langit, beliau bertemu Nabi Idris. “Siapa orang ini? Tanya Nabi Muhammad kepada Jibril yang mendampinginya waktu itu.
“Inilah Idris,” jawab Jibril. Nabi Muhammad mendapat penjelasan Allah tentang Idris dalam Al-Qur’an Surat Al-Anbiya ayat 85 dan 86, serta Surat Maryam ayat 56 dan 57
Subscribe to:
Comments (Atom)




