Sunday, June 23, 2013

Amalan pada Malam Nisfu Syaban

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)
Membaca Al-Quran.
Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Bersyukur dengan apa yang ada

"Bertuahnya kau Dina. Dapat kerja kat UK, duit banyak, kerja tak seteruk kat Malaysia, hidup best kat sana." kata seorang sahabat. Saya hanya mampu tersenyum dan memanjatkan syukur kepada Allah Swt. Tidak ada satu pun nikmat yang saya dapati melainkan semuanya atas rahmat Allah Taala. Tapi di sebalik semua nikmat itu, Allah selitkan juga ujian-ujian yang terpaksa saya hadapi. 'Ala kulli haal, alhamdulillah.

Dalam zaman social network yang makin canggih ni, dengan facebooknya, instagram, twitter, keek dan sebagainya, manusia berlumba-lumba untuk berkongsi kisah kehidupan mereka. Dan secara sedar atau tidak, kita sebenarnya saling mencemburui nikmat dan rezeki orang lain.

Yang masih belajar, rasa cemburu dengan kawan-kawan yang berkongsi gambar graduation. Yang masih bujang rasa cemburu dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin. Yang sudah berkahwin rasa cemburu dengan kawan-kawan yang dah ada anak. Yang belajar/kerja dalam negara, rasa cemburu dengan kawan-kawan yang belajar/kerja di luar negara. Yang dapat allowance £650 dulu rasa tak aci dengan student yang dapat allowance £880 sekarang. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. (Terlalu banyak comparison yang boleh dibuat).

Kalau pun tak cemburu, sekurang-kurangnya terdetik sedikit dalam hati "Bestnya dia.." atau "Untungnya dia.." atau "Kan best kalau aku ada/dapat benda tu.." atau "Alaa nak jugak.." dan sewaktu dengannya. (Kalau tak, baguslah, alhamdulillah..).

Kita kena sentiasa ingat, dalam setiap ujian yang Allah beri, sebenarnya terselit seribu satu nikmat. Dan dalam setiap nikmat yang Allah beri, terselit seribu satu ujian/amanah. Allah tak berikan kita jodoh kerana Allah tahu kita masih belum mampu untuk menghadapi ujian rumahtangga. Allah berikan peluang saya kerja di UK kerana Allah tahu saya tak mampu menghadapi ujian kehidupan di Malaysia (maka kawan-kawan saya yang jadi HO di Malaysia memang jauh lagi mantap daripada saya :-)). Allah tidak berikan kita apa yang kita mahu kerana kita tidak mampu menghadapi ujian di sebaliknya atau memikul amanah bersama nikmat tersebut.

Sebab tu Allah sebut dalam Surah At-Takathur (boleh buka terjemahan sekarang dan hayati), manusia ni memang sentiasa dalam kesibukan berlumba-lumba dalam mengejar urusan dunia, sehinggalah tiba-tiba mati dan masuk kubur, baru tersedar. Kadang-kadang kita memang tak perasan, tapi sebenarnya kita berada dalam perlumbaan itu. Tapi mudah-mudahan Allah sentiasa ingatkan kita dan jauhkan kita daripada golongan yang melupakan akhirat.

"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal." 20:131

Didiklah diri kita untuk sentiasa bersyukur kepada Allah dan sentiasa ingat bahawa segala-galanya adalah milik Allah, Dia boleh beri dan ambil bila Dia mahu. Allah lah Maha pemberi rezeki, Allah lah Maha kaya dan Maha memiliki segalanya.

Jumu'ah Mubarakah.

Thursday, June 20, 2013

Felt Worst



Sudah sekian lama hatiku sepi, adanya cinta pun kian membosankan, pengakhiran kertas peperiksaan Academic Communication seusai jam 5.30petang semalam ( Isnin- 17 jun ), tinggal sisa menjaga Bmart kedai runcit Aminuddin Baki…perlahan – lahan ku terima tahun 1 kian berakhir sudah.

Hampir seminggu tanpa peperiksaan terperuk dalam bilik tanpa rutin seperti biasa sebagai seorang pelajar, membuatkan hari yang aku lalui bosan. Punyai roommate yang menjengkelkan, oh tidakk, lagi rasa hariku kian membosankan, ya tuhan seandainya engkau maha pendengar dan maha mengasihi makbulkanlah doa hamba.. beri seorang sahabat yang bukan hanya dating dan pergi, tetapi menemani dan mendorong hari – hari sepi ku.

Buat Ariff, baca ni, seandainya aku ada depan matamu, ingin saja ku menampar muka mu,,,biar kau mengerti, aku pun punya perasaan. Cinta dan kasih yang ada pada diri ini selama 4 tahun, belum tentu dapat membahagiakan aku. Engkau berlagak, baru punya kerja begitu, sudah tak hiraukan aku ada disisi mu, kononnya merajuk ku tak bertempat, engkau mana mengerti hati dan naluri seorang wanita, arrgggg semua ni memenatkan…andai apa yang tertulis di LUH MAHFUZ kau bukan milikku pada masa depan, tinggalkanmu perlahan – lahan ku terima ….

Wahai hati, tenanglah usah bermuram durja, setiap kejadian ada hikmahnya, kenangan biarkan berlalu pergi…kerna I’m looking for the future, because at there I will spend for the rest of my life…apapun yang bakal berlaku, I wanna be a superwomen, making different and wonderful journey for my life =)