Saturday, September 27, 2014

Sebulan sudah di Jakarta

Sudah lama tak jumpa rindu hati pula bertandang ke blog ini.
Seperti kebiasaannya adakala saya suka menghabiskan menonton movie korea, berimaginasi yang tak mampu terjangkau oleh realiti. Sudah hampir sebulan lebih di Depok Jakarta, Indonesia. Alhamdulillah semuanya baik – baik saja, kesihatan baik, minda kurang terasah kerana banyak menghabiskan masa melihat apa yang ada di sekeliling, sementara duit asyik saja dibazir membeli pakaian yang tak sudah – sudah.

                 Entri kali ini, hanya sekadar berbasi bahasa saja hanya untuk meredhakan rindu di hati terkenang kampung halaman nun jauh di sana. Ins sya allah empat bulan kemudian, habislah sudah, lalu menjengah nanti Februari 2015 maka bermulalah diri ini berentap menyiapkan tesis yang menjadi tuntutan pelajar tahun akhir di alam Universiti bagi peringkat Izajah Sarjana Muda. Mudah-mudahan diri ini berkesempatan untuk konvokesyen juga pada November 2015 tahun hadapan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mohon doa dari teman sekalian.

                Alhamdulillah juga keputusan peperiksaan semester tiga lulus juga semua subjek untuk subjek Innovation and Change Management dan Public Health walaupun pointer jatuh dari 3.81 ke 3.33. Agak mengecewakan, tapi apakan daya dengan usaha yang tak seberapa, dan ketika itu banyak kesalahan yang dilakukan dengan membelakangi tanggungjawab sebagai seorang hamba, kelam kabut akibat pemergian ke Jakarta, semuanya berantakan menjadi kekeliruan sehinggalah semuanya kembali tenang menunggu keputusan apa yang seterusnya rancangan dariNYA, ampuni aku ya ALLAH, yang sering melupakanMU.


                Sekembalinya cerita, keberadaan diri ini disini, cara pembelajaran disini Universitas Indonesia Kampus Depok jauh sekali semasa sesi kuliah di Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Kebangsaan Malaysia, kerana budaya yang berbeza, bahasa ada sedikit berbeza, oleh itu selama hamper sebulan disini, Alhamdulillah hadirnya beberapa orang teman yang baik hati dan mudah berkongsi ilmu iaitu Afifah Amalia , Rifky dan Mazmur. Seusai sesi kuliah International Human Resources kami berempat banyak menghabiskan masa bersantai di ruang kafe Ui,bercerita tentang itu dan ini. Mudah – mudahan persahabatan ini kekal sampai bila – bila dan berpeluang lagi menambah ilmu dan pengalaman di tempat orang.