Jujur ku mengakui Mohd
Ariff Bin Tumiran lelaki pertama dan terakhir yang akan kucintai tiada selain
dia, meskipun berjuta banyak lelaki diluar sana jauh lebih kaya dan tampan dari
dia. Tapi Ariff someone who special inside in my heart. Alhamdulillah perkenalan
kami sudah menjangkau usia 6 tahun bermula 31.03.2009 dan bertunang 24.01.2015
sekembalinya aku balik dari belajar (Universitas Indonesia).
Terlampau
banyak ujian kami tempuhi, dari pahit manis kehidupan kami lewati bersama hatta
jarak memisahkan kami. Semuanya aturan Allah, siapa menyangka aku melihat
seorang jejaka semasa beratur memasuki dewan Politeknik Kota Kinabalu, muncul
seorang lelaki tinggi 5kaki dengan berpakaian selamba mengenakan t-shirt
berkolar putih lambing Pkk, seluar track lusuh dan berkasut kungfu putih. Ya
itu kali pertama aku pandang lelaki dan rasa nak berpaling dan pandang kali ke
dua. Selesai disitu dan seusai ceramah dalam dewan, aku dan Dewi Isabella
rakanku kembali ke bilik masing – masing, kerana ada rencana seterusnya. Ya itu
kami, berhujung minggu pergi ke kota. Kota Kinabalu yang tidak asing di bumi
Sabah.
Seperti biasa mahasiswa/wi PKK akan menaiki bas berwarna
biru atau City Bus dengan kadar tambang ketika itu RM 1.00 murah bukan?. Kami
berbual bagai nak rak, bercerita perihal masing – masing. Tatkala itu, muncul
sekumpulan geng lelaki dan aku lihat ya itu dia, jejaka yang idamkan.
(hahahaha).
Ini mungkin peluang ku, dan takkan ku sia – siakan, akan
ku usaha dapatkan nombornya. Ya aku dapat nombornya dari temanku Zell. Aku
mengambil posisi betul – betul di belakangnya supaya aku dapat melihatnya dari
dekat walaupun dapat nampak rambut saja semasa berada dalam bas menuju ke KK.
45 minit berlalu, dan dia turun dahulu. Aku menarik nafas
panjang dan lirikan ku melihat betul – betul kearahnya dan berkata dalam hati “
Andai dia milikku” Ya itu aku pengaruh drama Korea dan Novel cinta. Hari
beransur gelap, dan aku sampai dibilik sebelum isyak. Seusai solat isyak, aku
mencapai handphoneku dan kemudian, mendail nombor tadi. Ya aku memang berani
jika aku tidak membuat salah, kerana kalau aku tidak cuba aku takkan tahu dia
berpunya atau tidak.
Dihujung panggilan terdengar suara lelaki yang ku
harapkan milik empunya suara yang kuidamkan. “ Assalamualaikum ini Adib ka?”,
dia menjawab “ Walaikumsalam, ini bukan Adib, “ Boleh tahu namamu siapa?”, “Ni
Arip, kenapa ya?”, “ Saya nak Tanya ni boleh nda kita jumpa malam ni?”, “ Atas
urusan apa ya?”, “ Tiada apa, Cuma ada yang saya mahu bagitahu”, “ Malam ni nda
boleh sebab ada assignment mahu disiapkan”, “ Kalau gitu bolehkah esok jam 12
jumpa di cafe?”, “ Boleh, tapi macam mana mau tahu ko siapa?”,” Nda pa, nanti
aku call, ok jumpa esok”.
Ya aku buat kerja gila, gila pun gilalah yang penting
sekarang dia tunangku dan dia mengajak aku bertunang. Yang penting misi
pertama, dia bukan kekasih siapa – siapa. Sehingga keesokkan harinya, hari yang
dinanti pun tiba. Tepat jam 12pm aku telefon dia, dan aku mengenakan kebaya
merah,tudung merah, heels 2inci, lipstick tipis ku kenakan, dan aku memang dah
tahu dia tengah berdiri dihujung sana, dan aku memang betul – betul duduk di
tengah – tengah kafeteria Politeknik Kota Kinabalu.
Aku perhatikan dia dari jauh tampannya dia berbaju kemeja
berlengan panjang dan dilipat hingga ke siku, berseluar slack hitam dan
berkasut kulit hitam, hidung mancung, mata kuyu, tinggi nya idamanku. Aku
mengarah dia menghampiriku yang bertudung merah dan melambai kearahnya. Aku
cemas dan teruja namun tetap maintain ayu lemparkan senyuman paling manis
mengalahkan gula ketika itu.
Dia kaku memandangku dan tiada sepatah pun, mungkin dia
tidak mengenalku tapi aku mengenalnya sejak dari kelmarin dan kalau boleh aku
nak dia jadi bakal suamiku. Kebangangan apakah ini? Aku pun tidak tahu, yang
pasti aku akan usaha sampai menjadi tanpa kuasa sihir mahupun syirik.
Aku mulakan perbualan, “ Assalamualaikum, nama ku
Fadzlyeena Sairen, boleh panggil Lyeen, pelajar tahun 2 DPM, diploma pengurusan
perniagaan, asal Sandakan dan bla..bla..bla..” dia senyum mungkin hairan aku
banyak cakap. Dia membalas “ Walaikumsalam, nama saya Mohd Ariff Bin Tumiran,
boleh panggil Ariff, tahun satu DKE diploma Elektronik, asal Sandakan juga
bla..bla..bla..” “Ariff dah makan? Kalau nda kita makan sama”, “ Eh sudah tadi
lepas kelas”.. dalam hatiku aishhh demi kau harini tak makan pun ndapa, menahan
lapar ni, sedar tak sedar dua jam berbual tanpa makan minum, memang pertama
kali sesi suai kenal buat kita serba tak menentu, jantung ni berdegup kencang.
“Arif, kalau Lyeen tanya bolehkah?”, “ Apa dia?”, “Ariff
ada girlfriend ka?”, “Tiada, kenapa?” “Kalau tiada bolehkah Lyeen jadi GF
Ariff”,” Hahahah main – main ni, nda percayalah” “Ya Lyeen serius, jumpa
kelmarin masa dalam dewan, lepas tu terjumpa lagi masa di bustop, dan naik bas
duduk tetap belakang Ariff”.”Maaf lyeen, nanti Ariff fikirkan dulu”.
Jam pun menunjukkan jam 2:30pm dan aku ada kelas
Perakaunan Komputer UBS, dan perlu bawa laptop ku kelas. Dan alasanku minta dihantar
olehnya kekelas. Dan mujurlah dia sudi, tapi dia meminta izin untuk solat Zohor
terlebih dahulu, dan aku izinkan dan senyum
kepadanya, dan dia tersenyum faham soal wanita. Sekembalinya dia selesai
solat Zohor, kami bergerak sama kebilikku dengan alasan mengambil laptopku, ku
control langkah dengan heels setinggi 2inci dengan kebaya yang sendat waktu tu.
Mujurlah bodyku sekarang 2015 maintain seperti dulu, hahahaha. Ya aku bahagia
dia mengiringiku hingga sampai ke pintu kelasku, rakan – rakanku senyum
memperli aku, dan mereka berseloroh Ariff seakan – akan pun suka padaku.
Kubiarkan haritu hingga menunggu jawapan dari Ariff.
Ya malamnya tepat pukul 2.00am dia memberi mesej
kepadaku, dia pun suka aku, aku banyak cakap, tak sunyi ada saja yang aku bualkan.
Dan akhirnya aku membaca:
Sebenarnya Arip pun suka lyeen, tapi malu
mahu cakap, lyeen cantik.
Hatiku berbunga-bunga
riang membaca mesej tu, malam tu memang aku tak tidur, lalu aku membalas
mesejnya:
So kita couple la ni kan =)
Tak sampai seminit dia membalas :
Ya, Ariff pun suka Lyeen.
Ya malam tu 2 April 2009 hingga ke hari ini 13 Jun 2015
aku ingat sampai bila – bila, semakin hari semakin intim dan mengenal hati budi
masing-masing sehinggalah bertunang 24 Januari 2015 dan terpisah oleh jarak
bagi menuntut ilmu di UKM, Bangi 2012-2015 dan dia bekerja di Schlumbergee
pelantar minyar Miri, Sarawak. Dan in sya allah rencana kami menikah tahun
depan bulan 31 Mac 2016 hari pertama kami bertembung di perhentian bas PKK.
Jauh di dalam hati,
Selalu ku rasa
bersyukur aku mengenalimu,
Kerana cinta darimu,
Menjadikan aku,
Wanita terbahagia
didunia.
Arfa E-day (Ariff & Fadzlyeena) 24.01.15
Hantar Ariff ke KLIA utk fligthnya
ke Abu Dhabi berkursus selama 1bln