Saturday, November 16, 2013

Istiqomah Itu Payah

Ku cuba pujuk hati untuk beralah
mungkin itu takdir ku tidak memperoleh rezeki dariNYA
ku bermonolog dalam hati
"mungkin aku tak dapat sebab, ada dosa yang ku lakukan, Ya ada yg ku lakukan tanpa pengetahuan kalian
tp inikah balasan yang aku dapat"
"orang lain senang-senang dapat, tapi aku dah berapa kali mencuba tetapi gagal juga"
ku cuba pujuk hati mungkin kali ini juga bukan rezeki ku
dan pasti rezeki jauh lebih baik menanti di masa depan.

*************

Kali ini ku coret rasa rindu ku pada kekasih hati
rupanya cinta yg ada dihatiku selama ini 
hanya sekadar mainan perasaan
telah ku abaikan sepanjang 23 tahun ku mencintai kepada NYA dan KEKASIHNYA..
jahil kah aku???
yg diluar sana lagi banyak jahil dari aku!!
tapi bukankah itu aku cuba membezakan antara mereka dgn aku
tapi hakikatnya KAMI serupa
mentaliti masyarakat sekarang
Cara paling baik untuk meraih cinta nya ku kan cuba saban hari berselawat untuknya
YA RASULLULLAH 
jangan biarkan aku mati tanpa melabuhkan cintaku kepada mu dan kepada NYA..
SIAPALAH AKU, 
tanpa hidayah dan syafaat mu.
AMPUNKANLAH AKU..

**************

Ku kira hidayah hanya boleh tiba datang begitu saja untukku
tapi aku sendiri kena berusaha , tekun dan gigih untuk
menanamkan ILTIZAM.
Ingin saja memililki tudung labuh seperti mereka
pakaian labuh, tudung labuh bak umpama telekung
tapi mentaliti masyarakat sekarang
kalau pakai labuh begitu
nanti tak boleh bergaya, lawa-lawa pakai mekap, pakai baju seksi bagi nampak bentuk langsing
PADA SIAPA INGIN AKU PAMERKAN?
TAKKANLAH BEGITU MURAH DIRI DAN HIASANKU DIPERAGAKAN?
tapi bagaimana bila nanti bekerja?mesti sukar cari kerja..syarikat sekarang bukan nak ambil kerja orang2 alim macam tu
APA KAU KIRA KERJA ITU BUKAN REZEKI?
rezeki itu sudah pastinya datang dari ALLAH TA'ALA
buat apa berlengah,
MATI itu PASTI



##hailah nyawa, hailah badan, yakinkan aku dan kuatkan azam ku, doakan aku, agar hidayah berhijab labuh itu pasti menjadi milikku ##









Sunday, June 23, 2013

Amalan pada Malam Nisfu Syaban

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)
Membaca Al-Quran.
Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Bersyukur dengan apa yang ada

"Bertuahnya kau Dina. Dapat kerja kat UK, duit banyak, kerja tak seteruk kat Malaysia, hidup best kat sana." kata seorang sahabat. Saya hanya mampu tersenyum dan memanjatkan syukur kepada Allah Swt. Tidak ada satu pun nikmat yang saya dapati melainkan semuanya atas rahmat Allah Taala. Tapi di sebalik semua nikmat itu, Allah selitkan juga ujian-ujian yang terpaksa saya hadapi. 'Ala kulli haal, alhamdulillah.

Dalam zaman social network yang makin canggih ni, dengan facebooknya, instagram, twitter, keek dan sebagainya, manusia berlumba-lumba untuk berkongsi kisah kehidupan mereka. Dan secara sedar atau tidak, kita sebenarnya saling mencemburui nikmat dan rezeki orang lain.

Yang masih belajar, rasa cemburu dengan kawan-kawan yang berkongsi gambar graduation. Yang masih bujang rasa cemburu dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin. Yang sudah berkahwin rasa cemburu dengan kawan-kawan yang dah ada anak. Yang belajar/kerja dalam negara, rasa cemburu dengan kawan-kawan yang belajar/kerja di luar negara. Yang dapat allowance £650 dulu rasa tak aci dengan student yang dapat allowance £880 sekarang. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. (Terlalu banyak comparison yang boleh dibuat).

Kalau pun tak cemburu, sekurang-kurangnya terdetik sedikit dalam hati "Bestnya dia.." atau "Untungnya dia.." atau "Kan best kalau aku ada/dapat benda tu.." atau "Alaa nak jugak.." dan sewaktu dengannya. (Kalau tak, baguslah, alhamdulillah..).

Kita kena sentiasa ingat, dalam setiap ujian yang Allah beri, sebenarnya terselit seribu satu nikmat. Dan dalam setiap nikmat yang Allah beri, terselit seribu satu ujian/amanah. Allah tak berikan kita jodoh kerana Allah tahu kita masih belum mampu untuk menghadapi ujian rumahtangga. Allah berikan peluang saya kerja di UK kerana Allah tahu saya tak mampu menghadapi ujian kehidupan di Malaysia (maka kawan-kawan saya yang jadi HO di Malaysia memang jauh lagi mantap daripada saya :-)). Allah tidak berikan kita apa yang kita mahu kerana kita tidak mampu menghadapi ujian di sebaliknya atau memikul amanah bersama nikmat tersebut.

Sebab tu Allah sebut dalam Surah At-Takathur (boleh buka terjemahan sekarang dan hayati), manusia ni memang sentiasa dalam kesibukan berlumba-lumba dalam mengejar urusan dunia, sehinggalah tiba-tiba mati dan masuk kubur, baru tersedar. Kadang-kadang kita memang tak perasan, tapi sebenarnya kita berada dalam perlumbaan itu. Tapi mudah-mudahan Allah sentiasa ingatkan kita dan jauhkan kita daripada golongan yang melupakan akhirat.

"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal." 20:131

Didiklah diri kita untuk sentiasa bersyukur kepada Allah dan sentiasa ingat bahawa segala-galanya adalah milik Allah, Dia boleh beri dan ambil bila Dia mahu. Allah lah Maha pemberi rezeki, Allah lah Maha kaya dan Maha memiliki segalanya.

Jumu'ah Mubarakah.

Thursday, June 20, 2013

Felt Worst



Sudah sekian lama hatiku sepi, adanya cinta pun kian membosankan, pengakhiran kertas peperiksaan Academic Communication seusai jam 5.30petang semalam ( Isnin- 17 jun ), tinggal sisa menjaga Bmart kedai runcit Aminuddin Baki…perlahan – lahan ku terima tahun 1 kian berakhir sudah.

Hampir seminggu tanpa peperiksaan terperuk dalam bilik tanpa rutin seperti biasa sebagai seorang pelajar, membuatkan hari yang aku lalui bosan. Punyai roommate yang menjengkelkan, oh tidakk, lagi rasa hariku kian membosankan, ya tuhan seandainya engkau maha pendengar dan maha mengasihi makbulkanlah doa hamba.. beri seorang sahabat yang bukan hanya dating dan pergi, tetapi menemani dan mendorong hari – hari sepi ku.

Buat Ariff, baca ni, seandainya aku ada depan matamu, ingin saja ku menampar muka mu,,,biar kau mengerti, aku pun punya perasaan. Cinta dan kasih yang ada pada diri ini selama 4 tahun, belum tentu dapat membahagiakan aku. Engkau berlagak, baru punya kerja begitu, sudah tak hiraukan aku ada disisi mu, kononnya merajuk ku tak bertempat, engkau mana mengerti hati dan naluri seorang wanita, arrgggg semua ni memenatkan…andai apa yang tertulis di LUH MAHFUZ kau bukan milikku pada masa depan, tinggalkanmu perlahan – lahan ku terima ….

Wahai hati, tenanglah usah bermuram durja, setiap kejadian ada hikmahnya, kenangan biarkan berlalu pergi…kerna I’m looking for the future, because at there I will spend for the rest of my life…apapun yang bakal berlaku, I wanna be a superwomen, making different and wonderful journey for my life =)

Sunday, May 19, 2013

Ujian demi ujian

18 mei 2013

 Hari ni aku tak pergi ke peperiksaan bertulis untuk jawatan penolong juruaudit w27 di Mardi Serdang. Ayahku tak izinkan aku untuk pergi ke peperiksaan berkenaan, walhal ini merupakan kali ke 3 rezeki untuk aku, 1 pada sehari selepas konvokesyen ku, yang ke 2 pada 2 Mei yang lepas utk jawatan pen. Pegawai tadbir N27, aku pun terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh ayahku. Sedangkan aku teringin sangat nak kerja , apatah lagi peluang untuk dipanggil temuduga oleh pihak spa bukannya mudah , 5 tahun aku menanti untuk peluang yang ku lepas dalam sekelip mata. Mungkin ini , bukan rezeki aku…Aku yakin dan percaya, ada benarnya kenapa ayah aku tak beri aku pergi ke temuduga dan peperiksaan itu---- untuk aku perolehi segulung ijazah, yang mana dalam 8 org adik beradik, baru aku seorang yang melangkah kaki ke menara gading ..UKM Bangi memang Universiti Impian ku…susah macamana pun akan aku tempuhi..Berikan aku kekuatan ya allah.. 

19 mei 2013

 Aku tak mengerti apa yang ku rasakan, aku kecewa, aku sedih, sebabnya khabar buruk yang ku terima dari kawanku yang kerja dizakat sabah , bahawa permohonan dermasiswa ku besar kemungkinan tak diterima oleh pihak TNC Zakat Sabah, peluang ku tipis sebabnya mereka utamakan pelajar degree yang ambil jurusan pengajian islam, sementara aku ambil jurusan pentadbiran perniagaan.

Thursday, May 9, 2013

kering idea

aku lelah dgn semua ne, rumet aku kat ukm ne pun tak syok....nama sj dak fakulti pengajian islam, tapi suka bising kat bilik, aku tak suka bilik yg bising, susah nak fokus..aku bukanla blagak pndai, tapi bg aku da kat luar bising, should be my room hve a privacy, jadi aku pun ble rest, ingat pndai tapi still bodoh, dgarla guna hansfree ke, mnyusahkan orang, padahal da byk kali tegur, naik jenuh aku, last2 aku buang mka... perjalanan kehidupan dan ukm tak best

Wednesday, April 3, 2013

Jangan Cepat Down

Tuhan tak turunkan musibah macam tu saja, mesti ada sebab dan tujuannya, jangan pula kata 'kenapa kita je kena?' sebab ramai lagi yang ditimpa macam-macam bencana dan kegagalan. Jenis, Bila, Serta sebab Musibah diturunkan : 1. Bala'-apabila org jahat melakukan kejahatan -dihina didunia sebelum dihina diakhirat . Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami (Allah) akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kepada Kami (Allah) kamu dikembalikan. " Maksud Firman surah anlanbiya' 21:35) 2. Ibtila'-apabila org baik melakukan kebaikan - supaya mereka bertaubat. "Dan sesungguhnya kami telah menghukum (Fir’aun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran."-Maksud surah al-araf7:130 3.Kafarah -apabila org baik buat jahat- sebagai ujian tingkatkan darjatnya sebagai seorang mukmin. "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. 29:2)-Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. 29:3)"- Maksud firman surah an-ankabut 29:2-3) Jika dapat musibah, jangan down cepat sangat , Apa perlu kita buat adalah : -Ucapkan lafaz istirja' dan berdoa dgn doa Ummu Salamah -Bersabar sebanyak mungkin -Bersangka baik dengan ALLAH. -Ada hikmahnya: manusia lemah bukan bijak merungkai/ tafsir semua hikmah -ALLAH masih ingat dan sayang kita, jika tak diuji mcm kafir, kita akan sesat - Jangan lupa berzikir dan bertasbih -Orang lain ada lagi teruk ditimpa musibah, namun hebatnya mereka kadangkala lebih kuat dari kita -Jangan mengeluh, tak seharusnya kamu terlalu mencintai dunia yang sementara ini -Lihatlah musibah dengan mata hati- ya! Mata hati akan melihat kepahitan di duniaini sebagai kemanisan di akhirat kelak. -Sesiapa yg ditimpa musibah tergolong bersama golongan bersama-sama Allah. Indahkan? Tapi bukanlah senang. -Yakin ALLAH akan beri pahala. Yakin lah! -Bandingkan musibah akhirat dengan musibah dunia. Bandingkan nikmatnya juga. -Musibah adalah ubat untuk peyakit hati. -Jangan bertindak melulu, buktikan anda bukan seorang yang berjiwa rapuh. P/S: Down,down, bangunlah! Jangan biar orang tepuk tangan sebab kesedihan dan kegagalan kita. Yakinlah, setiap awan mendung boleh berubah menjadi cerah. Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2010/12/jangan-cepat-down-kawan.html#ixzz2POX4u4J0

Saturday, January 5, 2013

WARKAH BUAT BAKAL SUAMIKU..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Ingin ku coretkan warkah ini buat bakal suamiku..tidak pernah terlintas untuk mengungkapkan lafaz yang sekian lama tersimpan sebelum tiba masanya..namun, ku coretkan warkah ini untuk ku nyatakan sesuatu kepadamu.. Sepanjang hidupku, tidak pernah ku buka pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu menyakitimu tanpa aku sedari..aku menjaga pandanganku dan pergaulanku kerana hatimu perlu ku utamakan.. Aku menutup rapi seluruh mahkota berharga buat kaum wanita kerana hanya kau insane yang selayaknya untuk itu..tidak guna, aku dipandang cantik dan menjadi rebutan ramai kerana aku tahu hanya kau seorang yang bisa aku milikki.. Aku menjaga akhlakku, aku berusaha menjadi wanita solehah kerana aku berpegang pada janji Allah..aku mengimpikan lelaki yang menjaga pandangan kepada wanita dan kerana itu aku perlu menjaga pandanganku terlebih dulu kerna janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. Aku tidak mampu menipu hati dan perasaanku..lumrah untuk mencintai dan dicintai juga mengasihi dan dikasihi..namun aku berusaha menafikan semuanya kerana mu..tidak mahu aku berikan sisa cintaku hasil lebihan dari lelaki lain kerana kau berhak mendapat yang tulen nan suci.. Bukan aku mengharap dirimu sekacak Yusuf, yang bisa membuatkan wanita berdarah tangannya kerana memandangnya..andai benar kau jodohku, andai benar aku diciptakan dari tulang rusukmu..aku pasti perasaan cinta dan sayang akan Allah campakkan tanpa aku sedari..akan tetapi sebelum ada ikatan yang sah, jangan pernah kau zahirkan perasaanmu kepada aku..aku bimbang tiada rahmat dan barakah Allah pada kehidupan kita nanti... Ingin coretkan permintaanku buat mu dalam warkah ini..aku mengarapkan engkau menyerahkan seluruh dirimu untuk menggapai redho Allah..izinkan aku menjadi sayap kiri dalam perjuanganmu dan benarkan aku untuk menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu kau rebah di medan fisabillah..beri aku kesempatan untuk menyesat darah dari lukamu, menyesat peluh dari tubuhmu dengan tanganku sendiri..kerana itu impianku yang telah lama tersimpan.. Aku pasti sedih dan kecewa andai kau mencintaiku seluruh jiwa dan ragamu..aku inginkan kau berikan seluruh cintamu kepada Allah dan Rasul kerana dengan itu aku pasti, kau mencintaiku keranaNYA..itulah cinta yang aku harpakan..kerana aku pasti cinta itu bakal tumbuh mekar hingga ke jannahNYA.. Jangan pernah kau kayakan aku dengan harta dan dunia..aku tidak akan pernah bahagia dengannya..aku bisa bahagia bila kau bisa meluruskan tulungku yang bengkok dengan bimbangan meniti jalan syariat, jalan yang diredhoi Allah..kerana kebahagian yang aku cari adalah kebahagian bila kita bisa hidup dalam rahmat Allah.. Aku bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara Cuma aku wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …