"Bertuahnya kau Dina.
Dapat kerja kat UK, duit banyak, kerja tak seteruk kat Malaysia, hidup
best kat sana." kata seorang sahabat. Saya hanya mampu tersenyum dan
memanjatkan syukur kepada Allah Swt. Tidak ada satu pun nikmat yang saya
dapati melainkan semuanya atas rahmat Allah Taala. Tapi di sebalik
semua nikmat itu, Allah selitkan juga ujian-ujian yang terpaksa saya
hadapi. 'Ala kulli haal, alhamdulillah.
Dalam zaman social network yang makin canggih ni, dengan facebooknya,
instagram, twitter, keek dan sebagainya, manusia berlumba-lumba untuk
berkongsi kisah kehidupan mereka. Dan secara sedar atau tidak, kita
sebenarnya saling mencemburui nikmat dan rezeki orang lain.
Yang masih belajar, rasa cemburu dengan kawan-kawan yang berkongsi
gambar graduation. Yang masih bujang rasa cemburu dengan kawan-kawan
yang sudah berkahwin. Yang sudah berkahwin rasa cemburu dengan
kawan-kawan yang dah ada anak. Yang belajar/kerja dalam negara, rasa
cemburu dengan kawan-kawan yang belajar/kerja di luar negara. Yang dapat
allowance £650 dulu rasa tak aci dengan student yang dapat allowance
£880 sekarang. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. (Terlalu banyak comparison
yang boleh dibuat).
Kalau pun tak cemburu, sekurang-kurangnya
terdetik sedikit dalam hati "Bestnya dia.." atau "Untungnya dia.." atau
"Kan best kalau aku ada/dapat benda tu.." atau "Alaa nak jugak.." dan
sewaktu dengannya. (Kalau tak, baguslah, alhamdulillah..).
Kita kena sentiasa ingat, dalam setiap ujian yang Allah beri, sebenarnya
terselit seribu satu nikmat. Dan dalam setiap nikmat yang Allah beri,
terselit seribu satu ujian/amanah. Allah tak berikan kita jodoh kerana
Allah tahu kita masih belum mampu untuk menghadapi ujian rumahtangga.
Allah berikan peluang saya kerja di UK kerana Allah tahu saya tak mampu
menghadapi ujian kehidupan di Malaysia (maka kawan-kawan saya yang jadi
HO di Malaysia memang jauh lagi mantap daripada saya :-)). Allah tidak
berikan kita apa yang kita mahu kerana kita tidak mampu menghadapi ujian
di sebaliknya atau memikul amanah bersama nikmat tersebut.
Sebab tu Allah sebut dalam Surah At-Takathur (boleh buka terjemahan
sekarang dan hayati), manusia ni memang sentiasa dalam kesibukan
berlumba-lumba dalam mengejar urusan dunia, sehinggalah tiba-tiba mati
dan masuk kubur, baru tersedar. Kadang-kadang kita memang tak perasan,
tapi sebenarnya kita berada dalam perlumbaan itu. Tapi mudah-mudahan
Allah sentiasa ingatkan kita dan jauhkan kita daripada golongan yang
melupakan akhirat.
"Dan janganlah engkau tujukan pandangan
matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa
golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji
mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih
kekal." 20:131
Didiklah diri kita untuk sentiasa bersyukur
kepada Allah dan sentiasa ingat bahawa segala-galanya adalah milik
Allah, Dia boleh beri dan ambil bila Dia mahu. Allah lah Maha pemberi
rezeki, Allah lah Maha kaya dan Maha memiliki segalanya.
Jumu'ah Mubarakah.
No comments:
Post a Comment