Sunday, October 4, 2015

Setiap manusia punya kisah, Allah tidak akan memberikan kisah yang Sia-sia

26 September 2015 (Sabtu)

Ujian ini membuatkan aku buntu, hidup bersendirian tanpa ditemani rakan. Hari ini genap 2 hari orang mengerjakan ibadah Haji. Tahun keenam aku beraya jauh dari keluarga. Sebelum ini beraya ditemani takbir sayup-sayup kedengaran dari Masjid Politeknik Kota Kinabalu.

Pada tahun 2012, hari raya pertama di UKM Bangi, ditemani sahabat Asmie Binti Amin. Ku ingat lagi seusai solat aidiladha dan meluangkan masa bersama rakan Sabahan yang lain, setelah itu semua pergi membawa haluan masing-masing. Tinggal aku terpinga keseorangan, aku mengambil keputusan beraya bersama rakan ku Farah Syuhada.

Tahun 2013, tika ini arwah bapa masih lagi ada kerna arwah bapa meninggal 27 Disember 2013 sedangkan aidiladha pada tahun ini sekitar bulan September 2013(jika aku tidak silap) aku mengambil keputusan beraya dengan keluarga mertua abangku. Ternyata harapan ku juga meleset, aku terperuk dibilik berek IPD Muazzam kerna mertua lelaki abangku berpangkat sarjan dan belum lagi pencen. Sama saja aku rasa bosan, aku mulai bosan dengan diriku sendiri.

Tahun 2014, kali ini aku beraya di perantauan di Depok Jakarta Indonesia, kerana menuntut satu semester di University of Indonesia kerana terpilih sebagai salah seorang pelajar pertukaran AIMS Asean International Mobility Student. Malam persiapan raya aku membantu rakan-rakanku yang lain Ekin, Tim, Syida dan Muth. Tapi keesokkannya sikap ku yg suka bersendirian dan waktu itu period aku berdiam saja dalam bilik hingga azan Zohor. Bayangkan, pendiam ku dah makin teruk. Keceriaan ku diragut semenjak arwah bapa dan mama ku telah tiada didunia ini. Sementara Ariff (kekasih mulai 2009 dan bertunang Jan 2015) selesa berada dilaut berbulan. Aku tak percayakan orang lain, dan hanya dia teman yang aku selesa dan kongsi cerita.

Hari ini disaat kau membaca nukilan ku, aku duduk bersandarkan bantaldan kaki terbujur kaku kehadapan dan lappyku Helty (nama computer ribaku) menjadi teman menghilangkan kebosananku. Iringan zikir ustaz Dzulkarnain “Ya Allah” mengingatkan aku betapa Allah itu penyayang, DIA tidak akan menguji hambaNYA jika tidak mampu. Ya, aku keseorangan dirumah sewa ku yang kosong ini, tapi Allah ada bersama ku. Tapi aku bodoh, sering saja melakukan dosa. Masihkah aku punya peluang untuk merasa bahagia? Aku rindukan kehadiran insan tersayang disisi, telah ku impikan mereka yang ku inginkan tapi aku tak sempurna.

No comments:

Post a Comment