Tuesday, May 17, 2011

taRikh Penting SejaRah SanDakan

TARIKH-TARIKH PENTING
SEJARAH SANDAKAN
(Tahun 1878 - 1960an)

11.2.1878William B. Pryer di beri kepercayaan oleh syarikat North Borneo Trading untuk mentadbir penempatan di Kampung Jerman yang telah dibuka oleh Kapten William Schuck untuk tujuan menjalankan perdagangan.
15.6.1879Kampung Jerman terbakar kerana dipercayai kecuaian seorang penduduk kampung.
21.6.1879Sandakan (Elopura) diasaskan oleh William B. Pryer.
Jun 1881Penduduk Sandakan meningkat ke 1,200 dari 698 jumlahpenduduk dari ia mula dijumpai.
1882Kwan Woo Kwong, seorang immigran dari Cina datang ke Sandakan dan menubuhkan Syarikat Man Woo Loong, iaitu syarikat yang tertua di Sandakan.
1883
Sekolah rasmi pertama ditubuhkan di Sandakan oleh paderi Byron mubaligh Roman Katolik. 
Pembinaan gereja St Michael bermula dan ia mengambilmasa selama 20 tahun untuk membina gereja yang di perbuat daripada batu granit.
1884Sandakan menjadi ibu negeri Sabah pada zamanpemerintahan British (British North Borneo).
Feb 1885Kayu balak di eksport buat kali pertamanya ke Australia. Industri balak secara besar-besaran dimulakan secara tidak sengaja oleh Baron de Lissa berasal dari Australia, perintis pembalakan di Sandakan.
1887Kuil Cina bernama Sam Sing Kung siap di bina, salah satu kuil yang pertama dan tertua di bandar Sandakan.
1889Sekolah St. Michael’s diasaskan oleh Rev. W. H. Elton dari mazhab Gereja Anglikan dari Persatuan MubalighEngland.
1894Pembinaan telegraf dari Sandakan ke Labuan.
8.4.1897Perhubungan melalui telegraf automatik berfungsi di antaraSandakan dan London. Sandakan merupakan bandar yangpertama di rantau Asia Barat yang mempunyai kemudahan ini.
1899Pada akhir tahun 1899 Jalan Leila diperbaiki.
Ogo 1902Kelab Rekreasi Sandakan yang pertama ditubuhkan.
1909Bekalan eletrik bermula di Sandakan.
1912Kereta mula kelihatan di bandar Sandakan.
Wayang bergambar yang pertama di tayangkan di panggung Sandakan dan pada tahun yang sama opera Cinadipersembahkan di bandar Sandakan.
1917Kelab Golf Sandakan ditubuhkan.
1920Syarikat Balak British Borneo ditubuhkan dan diberi kuasamonopoli untuk memotong balak dan mengeksport ke luarnegara.
1923Telefon berupa automatik diperkenalkan di Sandakan.
1930Wayang Melayu (teater Melayu) diperkenalkan di bandar Sandakan.
1942Jepun mula menguasai bandar Sandakan.
1945Beberapa askar pengaman datang ke Sandakan untuk memerangi tentera Jepun yang menahan tawanan di Batu 7yang sekarang dikenali sebagai "Australian War Memorial Park".
1946Peranan bandar Sandakan sebagai ibu negeri Sabah berakhir apabila (Jesselton) Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai ibu negeri baru Sabah.
1952Syarikat Balak British Borneo tidak aktif dan membolehkan peniaga tempatan mendapatkan lesen membalak masing-masing.
16.9.1963Sandakan menyambut Hari Kemerdekaan Sabah dengan penuh semangat.

No comments:

Post a Comment