Tuesday, May 20, 2014

Exchange Mobility Students AIMS- UI

Memang diluar jangkaan aku layak untuk ke Universitas Indonesia , Jakarta bermulai Ogos 2014 -Januari 2015...Banyak yang aku pertimbangkan saat ini...


Kebaikan untuk pergi:
1) Pengalaman untuk merasa belajar dan mengenal budaya masyarakat Indonesia selama 5bulan
2) Transkrip akademik terselitnya pertukaran pelajar dibawah Asean International Mobility Students, Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM .
3) Dapat tajaan ( dengar cerita 11k ...termasuk yuran...tempat tinggal...kos sara diri )
4) Berpeluang meningkatkn Confident Level aku.
5) Pergi Melancong
6) Dapat kawan baru
7)  Tambah ilmu yang tidak ada di Malaysia, mungkin corak memerhati dan tahu lokasi kawasan strategik nak borong berniaga nanti bila habis study


Keburukan untuk pergi:
1) Besar kemungkinan akan extend pengajian selama semester bagi aku yang sepatutnya bergraduasi 3thn, namun dsebabkan pergi bulan 8/2014 hingga 1/2015 maka kertas ilmiah dan 2 subjek major aku akan di ambil pada bulan 2/2015 - 6/2015 sementara praktikal hujung 6/2015- hujung 10/2015.....aku akan menamatkan pengajian namun besar kemungkinan tidak konvokesyen pada oktober 2015 thn hadapan. :-(
2) Jenayah disana yang perlu senantiasa berhati - hati
3) Kekangan bahasa dan corak hidup pribumi DEPOK, INDONESIA
4) Takut wujud perselisihan fahaman dengan budak 4org ekonomi lagi berkaitan tempat tinggal, sbb aku lebih selesa tinggal dibilik sendiri
5) Berbelanja lebih, sanakan murah...godaan sgt ...wahiffzon min kulli syaitannimmarid
6) Jauh dari family dan Mohd Ariff Tumiran

No comments:

Post a Comment