Penerbangan
ku separuh dari yuranku yang ditaja oleh Zakat Sabah serba sedikit telah
meringankan beban kewangan yang aku alami. 1 September 2012 detik yang tak
mampu aku lupakan, aku terbang ke Kota Kinabalu jam 8pagi ditemani oleh sahabatku
yg aku kenal dari Politeknik Kota Kinabalu, Marianti. 45 minit berlalu dan
sterusnya kami akan menaiki transit yang kedua untuk pergi ke KLIA menaiki Mas
Airlines jam 10.45 am akan berlepas.
2jam
lebih telah pun berlalu, sesampainya di KLIA, Aku dgn Mar duduk sekejap bagi
menanti kedatangan saudara yang akan menjemput di KLIA. Hampir sejam kami
menanti, dan Mar pun ditemani akak saudaranya bertolak ke Johor Bahru untuk
pergi ku UTM, Selang beberapa minit kemudian, aku terima panggilan dari abg aku,
dan segera menaiki kenderaan menuju ke Seremban untuk makan tengah hari.
Jam
menunjukkan jam 7.45pm, bapa ku yg bertolak dari Sandakan, Sabah ke KLIA telah
selamat tiba. Kami sekeluarga makan malam bersama2 di sebuah restoran
berhampiran Kuala Pilah, hidangannya cukup menyelerakan, namun tekak ku tak
lalu kiranya setiap juadah yang di makan, pedas semata-mata. Selepas makan,
kami berangkat pulang ke rumah abg dan kaki par di IPD Kuala Pilah.
Pada
malam tu hatiku gundah gulana tak dapat tidur, mungkin disebabkan suasana baru
yang membuat aku rasa tak biasa, sedangkan esok paginya aku perlu segera
bersiap utk menuju ke menara gading yang telah ku impikan sekian lama.
2
September
Aku
sampai menjejakkan kaki ke UKM sekitar jam 1.35pm, cuaca pada waktu itu hujan.
Mungkin disebabkan hati ku menangis tak ingin berpisah dari keluarga, kerna ku
tahu tinggal beberapa saat saja lagi aku takkan jumpa bapa, kerna beliau akan
pulang ke sabah pada esok harinya.
Ini
bukan kali pertama jauh dari keluarga, namun jarak masa selama 3 tahun yang
membuatkan hati aku rasa hiba dan berkelakuan seperti anak kecil yang
ditinggalkan oleh keluarganya, Bapa sempat berpesan kepada ku, “Cinta, jangan
lupa solat, belajar rajin2, jangan lupa baca yasin untuk arwah mama,
jangan lupa kunci pintu, tingkap........bla...bla...bla”. Tepat jam 2pm aku
melaporkan diri di K4 untuk bersama-sama budak Kolej yang lain.
Alangkah
terkejutnya aku, aku salah pakai baju. Sepatutnya pakai baju kolej, tapi aku pakai
baju sukan UKM. Nak cover line tu, aku cakaplah aku baru mendaftar, nak
tambahkan lagi cover line aku, aku cakaplah “Jam 1 tadi baru saya sampai dari
Sabah, tu la kelam kabut sampai lupa guna baju apa”, dalar roommate belum ada
sampai sekarang, da jadi kebiasaan kot masa Poly pun xde roommate.
9
September 2012
Seminggu
Minggu Mesra Pelajar berlalu, PENAT TAK TERHINGGA KU RASA KAN. Terlampau bnyk
aktiviti perlu dihadiri, rasa migraine pun ada, kaki badan dan tangan pun
sakit, dengan beribu pelajar yang brtuah masuk ke UKM ne. Hujung minggu berehat
puas2 dalam bilik. Namun minggu ini juga , aku telah berpeluang berkenalan dgn
ramai rakan yg datang dari negeri masing2 termasuk dari Indonesia.
16
September 2012
Seminggu
ini pun ku rasa asing bagiku , kerna setiap kursus yang perlu didaftarkan semester
ini, jauh berbeza apa yang pernah aku lakukan di Poly, semuanya serba canggih,
upload Modul kat iFoLio Ukm, semuanya perlu berdikari la, tapi akau belum
ketemu sahabat untuk pergi kelas sama2, rata2nya semua budak semenanjung..da
Takdir dapat sni, kenala blajar sesuaikan diri.1 demi 1 topik yang dipelajari
minggu ini, namun semuanya masih hambar ku rasakan, kerna hamper setahun
setengah aku meninggalkan dunia kampus.
Namun
1tahun setengah itu aku manfaatkan dengan belajar menjahit di Giatmara
Sandakan, dan bekerja di Aros Design. Rata2 yang masuk UKM 2012/2013 ne adik2
yang beza umur dengan aku 1,2,3 tahun. Tp itu bukan ukurannya, aku akan
pastikan : ILMU SUKAR UNTUK DIKUASAI NAMUN IANYA PENTING UNTUK DIPELAJARI =)
No comments:
Post a Comment