semalam ku bermimpi didatangi wajah arwah mama, papa dan nenek dan dalam igauan mimpi sempat ku rasakn wujudnya pesanan yg sayup-sayup kedengaran, tapi hingga kini meninggalkan kesan yg mendalam..
seusai melewati tugasan yang bersisa di ruang kaca skrin laptop, dan terdetik diperbaringan, apa khabarnya arwah mama, papa dan nenek disana? tempatkanlah mereka dikalangan orang yg beriman dan dilapangkan kubur mereka dari seksa neraka dan azab kubur..
satu persatu ku didatangi igauan mimpi wajah hamba yang ku rindu saban hari.. alhamdulillah wajah dambaan hati ketiganya mengukir senyuman dan meninggalkan pesan " Cinta jangan sedih, papa disini baik-baik saja, yang penting selalu mendoakan ya"...Subhanallah ya ALLAH...adakah ini benar belaka? jika YA..kasihani kedua orang tua ku disana, tidak lupa juga arwah nenek2 dan atuk2.. mudah-mudahan perjanjian yang ku buat tika dirahim dan hingga dewasa kini menjadi anak yg senantiasa disenangi ..Alhamdulillah ujian itu berat, namun pabila sirna harapan dan kesabaran dijadikan intipati meneruskan perjuangan, kini aku mampu hadapi dengan senyum.
# apabila jari mula menaip, antara nikmat dan anugerah
Thursday, April 17, 2014
Saturday, November 16, 2013
Istiqomah Itu Payah
Ku cuba pujuk hati untuk beralah
mungkin itu takdir ku tidak memperoleh rezeki dariNYA
ku bermonolog dalam hati
"mungkin aku tak dapat sebab, ada dosa yang ku lakukan, Ya ada yg ku lakukan tanpa pengetahuan kalian
tp inikah balasan yang aku dapat"
"orang lain senang-senang dapat, tapi aku dah berapa kali mencuba tetapi gagal juga"
ku cuba pujuk hati mungkin kali ini juga bukan rezeki ku
dan pasti rezeki jauh lebih baik menanti di masa depan.
*************
Kali ini ku coret rasa rindu ku pada kekasih hati
rupanya cinta yg ada dihatiku selama ini
hanya sekadar mainan perasaan
telah ku abaikan sepanjang 23 tahun ku mencintai kepada NYA dan KEKASIHNYA..
jahil kah aku???
yg diluar sana lagi banyak jahil dari aku!!
tapi bukankah itu aku cuba membezakan antara mereka dgn aku
tapi hakikatnya KAMI serupa
mentaliti masyarakat sekarang
Cara paling baik untuk meraih cinta nya ku kan cuba saban hari berselawat untuknya
YA RASULLULLAH
jangan biarkan aku mati tanpa melabuhkan cintaku kepada mu dan kepada NYA..
SIAPALAH AKU,
tanpa hidayah dan syafaat mu.
AMPUNKANLAH AKU..
**************
Ku kira hidayah hanya boleh tiba datang begitu saja untukku
tapi aku sendiri kena berusaha , tekun dan gigih untuk
menanamkan ILTIZAM.
Ingin saja memililki tudung labuh seperti mereka
pakaian labuh, tudung labuh bak umpama telekung
tapi mentaliti masyarakat sekarang
kalau pakai labuh begitu
nanti tak boleh bergaya, lawa-lawa pakai mekap, pakai baju seksi bagi nampak bentuk langsing
PADA SIAPA INGIN AKU PAMERKAN?
TAKKANLAH BEGITU MURAH DIRI DAN HIASANKU DIPERAGAKAN?
tapi bagaimana bila nanti bekerja?mesti sukar cari kerja..syarikat sekarang bukan nak ambil kerja orang2 alim macam tu
APA KAU KIRA KERJA ITU BUKAN REZEKI?
rezeki itu sudah pastinya datang dari ALLAH TA'ALA
buat apa berlengah,
MATI itu PASTI
##hailah nyawa, hailah badan, yakinkan aku dan kuatkan azam ku, doakan aku, agar hidayah berhijab labuh itu pasti menjadi milikku ##
Sunday, June 23, 2013
Amalan pada Malam Nisfu Syaban
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat
panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian
dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang
halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian
dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu
dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)
Membaca Al-Quran.
Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan
segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah
wabihamdih, Subhanallahal ’azim)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala
kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
(Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah
Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah,
Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.
Bersyukur dengan apa yang ada
"Bertuahnya kau Dina.
Dapat kerja kat UK, duit banyak, kerja tak seteruk kat Malaysia, hidup
best kat sana." kata seorang sahabat. Saya hanya mampu tersenyum dan
memanjatkan syukur kepada Allah Swt. Tidak ada satu pun nikmat yang saya
dapati melainkan semuanya atas rahmat Allah Taala. Tapi di sebalik
semua nikmat itu, Allah selitkan juga ujian-ujian yang terpaksa saya
hadapi. 'Ala kulli haal, alhamdulillah.
Dalam zaman social network yang makin canggih ni, dengan facebooknya, instagram, twitter, keek dan sebagainya, manusia berlumba-lumba untuk berkongsi kisah kehidupan mereka. Dan secara sedar atau tidak, kita sebenarnya saling mencemburui nikmat dan rezeki orang lain.
Yang masih belajar, rasa cemburu dengan kawan-kawan yang berkongsi gambar graduation. Yang masih bujang rasa cemburu dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin. Yang sudah berkahwin rasa cemburu dengan kawan-kawan yang dah ada anak. Yang belajar/kerja dalam negara, rasa cemburu dengan kawan-kawan yang belajar/kerja di luar negara. Yang dapat allowance £650 dulu rasa tak aci dengan student yang dapat allowance £880 sekarang. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. (Terlalu banyak comparison yang boleh dibuat).
Kalau pun tak cemburu, sekurang-kurangnya terdetik sedikit dalam hati "Bestnya dia.." atau "Untungnya dia.." atau "Kan best kalau aku ada/dapat benda tu.." atau "Alaa nak jugak.." dan sewaktu dengannya. (Kalau tak, baguslah, alhamdulillah..).
Kita kena sentiasa ingat, dalam setiap ujian yang Allah beri, sebenarnya terselit seribu satu nikmat. Dan dalam setiap nikmat yang Allah beri, terselit seribu satu ujian/amanah. Allah tak berikan kita jodoh kerana Allah tahu kita masih belum mampu untuk menghadapi ujian rumahtangga. Allah berikan peluang saya kerja di UK kerana Allah tahu saya tak mampu menghadapi ujian kehidupan di Malaysia (maka kawan-kawan saya yang jadi HO di Malaysia memang jauh lagi mantap daripada saya :-)). Allah tidak berikan kita apa yang kita mahu kerana kita tidak mampu menghadapi ujian di sebaliknya atau memikul amanah bersama nikmat tersebut.
Sebab tu Allah sebut dalam Surah At-Takathur (boleh buka terjemahan sekarang dan hayati), manusia ni memang sentiasa dalam kesibukan berlumba-lumba dalam mengejar urusan dunia, sehinggalah tiba-tiba mati dan masuk kubur, baru tersedar. Kadang-kadang kita memang tak perasan, tapi sebenarnya kita berada dalam perlumbaan itu. Tapi mudah-mudahan Allah sentiasa ingatkan kita dan jauhkan kita daripada golongan yang melupakan akhirat.
"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal." 20:131
Didiklah diri kita untuk sentiasa bersyukur kepada Allah dan sentiasa ingat bahawa segala-galanya adalah milik Allah, Dia boleh beri dan ambil bila Dia mahu. Allah lah Maha pemberi rezeki, Allah lah Maha kaya dan Maha memiliki segalanya.
Jumu'ah Mubarakah.

Thursday, June 20, 2013
Felt Worst
Sudah
sekian lama hatiku sepi, adanya cinta pun kian membosankan, pengakhiran kertas
peperiksaan Academic Communication seusai jam 5.30petang semalam ( Isnin- 17
jun ), tinggal sisa menjaga Bmart kedai runcit Aminuddin Baki…perlahan – lahan ku
terima tahun 1 kian berakhir sudah.
Hampir
seminggu tanpa peperiksaan terperuk dalam bilik tanpa rutin seperti biasa
sebagai seorang pelajar, membuatkan hari yang aku lalui bosan. Punyai roommate yang
menjengkelkan, oh tidakk, lagi rasa hariku kian membosankan, ya tuhan
seandainya engkau maha pendengar dan maha mengasihi makbulkanlah doa hamba..
beri seorang sahabat yang bukan hanya dating dan pergi, tetapi menemani dan
mendorong hari – hari sepi ku.
Buat
Ariff, baca ni, seandainya aku ada depan matamu, ingin saja ku menampar muka
mu,,,biar kau mengerti, aku pun punya perasaan. Cinta dan kasih yang ada pada
diri ini selama 4 tahun, belum tentu dapat membahagiakan aku. Engkau berlagak,
baru punya kerja begitu, sudah tak hiraukan aku ada disisi mu, kononnya merajuk
ku tak bertempat, engkau mana mengerti hati dan naluri seorang wanita, arrgggg
semua ni memenatkan…andai apa yang tertulis di LUH MAHFUZ kau bukan milikku
pada masa depan, tinggalkanmu perlahan – lahan ku terima ….
Wahai
hati, tenanglah usah bermuram durja, setiap kejadian ada hikmahnya, kenangan
biarkan berlalu pergi…kerna I’m looking for the future, because at there I will
spend for the rest of my life…apapun yang bakal berlaku, I wanna be a
superwomen, making different and wonderful journey for my life =)
Sunday, May 19, 2013
Ujian demi ujian
18 mei 2013
Hari ni aku tak pergi ke peperiksaan bertulis untuk jawatan penolong juruaudit w27 di Mardi Serdang. Ayahku tak izinkan aku untuk pergi ke peperiksaan berkenaan, walhal ini merupakan kali ke 3 rezeki untuk aku, 1 pada sehari selepas konvokesyen ku, yang ke 2 pada 2 Mei yang lepas utk jawatan pen. Pegawai tadbir N27, aku pun terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh ayahku. Sedangkan aku teringin sangat nak kerja , apatah lagi peluang untuk dipanggil temuduga oleh pihak spa bukannya mudah , 5 tahun aku menanti untuk peluang yang ku lepas dalam sekelip mata. Mungkin ini , bukan rezeki aku…Aku yakin dan percaya, ada benarnya kenapa ayah aku tak beri aku pergi ke temuduga dan peperiksaan itu---- untuk aku perolehi segulung ijazah, yang mana dalam 8 org adik beradik, baru aku seorang yang melangkah kaki ke menara gading ..UKM Bangi memang Universiti Impian ku…susah macamana pun akan aku tempuhi..Berikan aku kekuatan ya allah..
19 mei 2013
Aku tak mengerti apa yang ku rasakan, aku kecewa, aku sedih, sebabnya khabar buruk yang ku terima dari kawanku yang kerja dizakat sabah , bahawa permohonan dermasiswa ku besar kemungkinan tak diterima oleh pihak TNC Zakat Sabah, peluang ku tipis sebabnya mereka utamakan pelajar degree yang ambil jurusan pengajian islam, sementara aku ambil jurusan pentadbiran perniagaan.
Thursday, May 9, 2013
kering idea
aku lelah dgn semua ne, rumet aku kat ukm ne pun tak syok....nama sj dak fakulti pengajian islam, tapi suka bising kat bilik, aku tak suka bilik yg bising, susah nak fokus..aku bukanla blagak pndai, tapi bg aku da kat luar bising, should be my room hve a privacy, jadi aku pun ble rest, ingat pndai tapi still bodoh, dgarla guna hansfree ke, mnyusahkan orang, padahal da byk kali tegur, naik jenuh aku, last2 aku buang mka...
perjalanan kehidupan dan ukm tak best
Subscribe to:
Posts (Atom)